BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bahaya makan papadom

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
image.jpg

Mohamed bersama pembantu penyelidik, Hatijah Hashim menunjukkan beberapa jenis papadom di pasaran yang mempunyai kandungan garam yang tinggi.



GEORGETOWN - Penggemar kerepek rangup yang dikenali sebagai papadom dinasihatkan agar mengurangkan pengambilannya kerana kandungan garam yang tinggi.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata, dalam ujian makmal yang dijalankan ke atas 11 sampel papadom, kesemuanya mengandungi lebih 1,000mg/100 gram garam.

Menurutnya, empat daripada sampel tersebut mengandungi lebih 2,000mg/100 gram garam.

"Pengambilan papadom yang banyak dalam makanan akan menyebabkan kandungan garam dalam badan tinggi. Ia akan menyebabkan tekanan darah tinggi, meningkatkan risiko strok dan serangan jantung.

"Sekeping papadom mengandungi 260 mg garam. Bayangkan jika satu hidangan, anda mengambil lima keping papadom, maknanya kandungan garam yang diambil adalah 1,300mg," katanya kepada media tadi.

Jelasnya, walaupun papadom boleh dianggap tidak memudaratkan, pengambilan berlebihan akan menyebabkan sembelit dan perut berangin.

Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan menetapkan kadar garam dalam papadom agar pengambilan perasa itu dapat dikawal.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/bahaya-makan-papadom-1.889378







.
 
Huh.. tak jadi makan laa gini. tak tahu pula ada kandungan garam tinggi.
 
kurangkan gula..kurangkan garam..minum air masak..minum air lemon...lemak akan hilang.
 
mujur kene kurangkan je.igtkn xleh mkn dh :D
 
Papadom ni campuran murah second class asalnya dari "Papadum / Appalam dalam bahasa Tamil" hidangan bersama nasi campur kaum India turun-temurun, sekarang Papadom ready made macam Pringles pun dah ada, pengguna tak tahu bahaya campuran bahan2 buatan "ready made" ni, bukan dari resepi asli.

Mak saya biasa beli dari kedai runcit kat Little India Klang (sebab direct import dari India). Kita masak sendiri.

Dunia makin maju dan laju, sampai orang xder masa nak masak :D

Lanjut https://en.wikipedia.org/wiki/Papadum
 
Last edited:
makan boleh.. cuma jangan berlebihan. simple
 
eh.. tapi ada je papadom yg x masin.. lebih pada tawar pahit +/- mcm tu..
ke itu papadom low class punya... :-?
 
Back
Top
Log in Register