BTC USD 59,524.0 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bahaya Lepas Ikan Larangan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
31.01.2019 - Kuala Lumpur, Jabatan Perikanan mewartakan Peraturan Perikanan yang melarang mana-mana individu mengimport, menjual, memelihara atau menyimpan genus ikan hidup kerana terlalu berbahaya kepada ekosistem sungai dan tasik apabila dikesan mampu memusnahkan keseluruhan hidupan asal jika terlepas masuk di kawasan berkenaan.

Ketua Pengarah Perikanan Datuk Munir Mohd Nawi berkata, pihaknya mengingatkan pengusaha atau individu ikan hiasan yang membuang ikan peliharaan mereka ke dalam sungai atau longkang besar mengundang gangguan keseimbangan biodiversiti, habitat dan spesies ikan asli di perairan umum.

Ikan berkenaan boleh menjadi dominan dan membiak dalam perairan umum serta menjadi pemangsa kepada ikan asli yang sedia ada di perairan negara.

Ia juga boleh menyumbang kepada bawaan penyakit baru dan punca sebaran serta rebakan penyakit dalam perairan umum.

Difahamkan, pengusaha atau individu terbabit dikatakan tidak mampu memelihara habitat berkenaan disebabkan beberapa faktor antaranya kos makanan yang tinggi selain tidak mahu membelanya lagi.

Jabatan Perikanan sudah mewartakan di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan beberapa jenis ikan hiasan yang dilarang import. Ini kerana terdapat kajian yang membuktikan sifat agresif ikan larangan import ini di perairan negara hingga menjejaskan kawasan berkenaan, katanya.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas laporan akhbar ini semalam mengenai permintaan menggalakkan selain harga tinggi mendorong ramai penternak di Pekan, Pahang, menternak ikan baung ekor merah atau nama saintifiknya Hemibagrus Wyckioides secara komersial dalam sangkar di Sungai Pahang.

Spesies dikategorikan sebagai ikan pemangsa dikatakan berasal dari Sungai Mekong, Vietnam, kini mula menjadi pilihan penggemar ikan air tawar itu.

Munir berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan permit untuk membawa masuk ikan baung ekor merah kerana ia termasuk dalam kategori ikan asing spesies alien.

Sekiranya ikan ini hendak dibawa masuk ke dalam negara ini, ia perlu menjalankan kajian risiko impak (IRA) dan kemudian dibentangkan dalam mesyuarat peringkat Jabatan Perikanan (JPJP).

Segelintir masyarakat seperti kalangan pekedai akuarium dan pengguna masih tidak peka dan tidak mengambil berat mengenainya, walaupun jabatan sudah membuat hebahan meluas melalui pelbagai medium termasuk program dialog, pameran dan siaran akhbar.

Ini berlaku kerana sikap tidak peka dan tidak prihatin kepada kepentingan, keselamatan serta ancaman kepada sumber perikanan semasa, katanya.

Munir berkata, ikan yang disimpan dalam keadaan terkawal seperti di rumah tidak begitu membimbangkan namun apa yang dikhuatiri apabila ikan ini tidak lagi mampu dijaga atas faktor usia atau memerlukan belanja tinggi.

Jalan yang mudah diambil adalah dengan melepaskan ke perairan umum. Ikan asing ada yang bersifat agresif seperti ikan peacock bass (cichla ocellaris). Ia cepat membiak dan pemangsa kepada ikan tempatan dan dikenal pasti sebagai penyebab ketidakseimbangan ekologi di habitat baru didiaminya.

Ikan flower horn bersifat lasak termasuk ‘mengadaptasi’ di kawasan dilanda banjir. Ia membiak dengan mudah dan mempunyai tabiat makan yang aktif.

Spesies ini boleh mengganggu ekosistem. Ikan yang bersifat memberi tuah akan dijaga dengan baik sementara yang tidak digemari penternak berkemungkinan dibuang ke perairan.

Ikan arapaima boleh membesar hingga tiga meter dan berkemungkinan dilepaskan ke perairan umum apabila penternak tidak mampu menampung kos makanan, katanya.

Katanya, peraturan ini melarang mengimport, menjual, memelihara dan menyimpan genus ikan kecuali dengan kebenaran bertulis Ketua Pengarah Perikanan.

Selain itu, kita dapat mengawal kemasukan spesies ikan dari luar negara ialah Akta Pemeriksaan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta MAQIS).

Seksyen 11 Akta MAQIS ini menetapkan import dan eksport ikan tidak boleh dibuat tanpa permit, lesen atau perakuan yang dikeluarkan di bawah akta berkenaan.

Kawalan utama bagi spesies ikan yang dibawa masuk adalah di peringkat pintu masuk. Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) adalah agensi yang bertanggungjawab dalam menjalankan penguat kuasa di pintu masuk,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang tidak mahu memelihara ikan ini boleh menghubungi mana-mana Pejabat Perikanan daerah atau negeri untuk tindakan sewajarnya.

Ia mungkin berguna untuk kajian tertentu, pendidikan atau dibuat pelupusan sewajarnya. Pelanggaran kepada larangan dalam peraturan perikanan mengikut Akta Perikanan 1985 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.

Sementara pelanggaran kepada Akta MAQIS 2009 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya, katanya.

bahaya1_1548894636.jpg


bahaya2_1548894649.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2019/01/417978/bahaya-lepas-ikan-larangan
 
ikan bandaraya klu dah jadi besar sgt, goreng je laa..
 
nak ke ikan idop kat longkang / sungai malaysia? air bukan bersih sangat
 
Elak baung merah terlepas

obj13174740_1550910244.jpg

IKAN baung ekor merah yang diternak di perairan Sungai Pahang. FOTO Mohd Rafi Mamat





JABATAN Perikanan akan mempertingkatkan program kesedaran kepada penternak ikan khususnya di Pahang susulan kebanjiran ikan pemangsa, baung ekor merah di Sungai Pahang.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Jabatan Perikanan berkata, program kesedaran itu penting bagi memastikan penternak mengambil langkah terbaik serta mengelak ikan berkenaan terlepas ke sungai.

“Ia sebagai panduan bagi memastikan industri akuakultur Sungai Pahang terjamin.

“Jabatan memandang serius mengenai kebanjiran ikan baung ekor merah di Sungai Pahang seperti yang dilaporkan baru-baru ini,” katanya.

Katanya, jabatan akan sentiasa memantau dan mengawasi industri ternakan ikan baung ekor merah di negeri ini supaya setiap penternak mematuhi cadangan dan peraturan ditetapkan terutama membabitkan ternakan dalam sangkar.

Menurutnya, jabatan juga akan meneruskan tindakan penguatkuasaan seperti program pemantauan atau penguatkuasaan bagi membuat hebahan dan kesedaran mengenai perkara ini.

“Pegawai perikanan daerah akan melakukan pemeriksaan secara berjadual bagi memastikan penternak menutup dengan jaring keseluruhan sangkar mereka supaya ikan tidak melompat keluar.

“Kehadiran ikan di perairan ini mungkin akibat terlepas semasa banjir besar sebelum ini,” katanya.

Selain itu, katanya, jabatan turut mencadangkan pindaan dibuat terhadap Kaedah-Kaedah Perikanan (Sungai) di peringkat negeri supaya aktiviti pelepasan spesies ikan eksotik (asing) juga dapat dikawal dan tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Menurutnya, jabatan tidak menggalakkan ternakan ini memandangkan banyak spesis tempatan yang juga mendapat permintaan yang tinggi seperti baung, patin dan kelah.

Ikan baung ekor merah atau nama saintifiknya hemibagrus wyckioides adalah ikan pemangsa yang disenaraikan Jabatan Perikanan selain 32 spesies ikan yang tidak dibenarkan dilepaskan dalam sungai, empangan, tasik dan lombong di negara ini.

Ikan berkenaan spesies berasal dari Sungai Mekong, Vietnam dan dikategorikan sebagai ikan pemangsa yang akan mengganggu ekosistem perairan sekiranya berada dan membiak dalam perairan umum.

Ia juga mempunyai sifat agresif memakan pelbagai hidupan dalam air termasuk anak ikan dan udang dan saiznya matangnya boleh mencapai berat puluhan kilogram.







sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/02/426364/elak-baung-merah-terlepas







.
 
Kalau kura-kura hijau yg beli kedai akuarium tu lepas dkt tasik pun x boleh ke?
 
Back
Top
Log in Register