ilhamjabil
Super Active Member

- Messages
- 7,119
- Joined
- Jul 27, 2008
- Messages
- 7,119
- Reaction score
- 1,693
- Points
- 151
Nak tanya TT ni org perlis ka?
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.

Nak tanya TT ni org perlis ka?![]()
jwpn >>> bkn,aku org perak...teluk intan
soalan >>> nk tuduh aku wahabi ke??? hehehe...
ahli bidah adalah golongn yg menokok tambah amal ibadah mereka mengikut adat dan budaya semata2,dicampur aduk dgn bentuk amalan agama lain sebagai cth wlupon isinya bunyi islam.tidak ada yg kita yg sempurna...malah bkn kesempurnaan yg dicari kerana itu mustahil...betulkan kebiasaan,dan biasakan perkara yg betul...
nak tambah sikit, sesuatu amalan yang tidak bertentangan dengan syara' tidaklah dinamakan sebagai bid'ah walaupun ianya tidak dilakukan oleh Nabi SAW. Walaupun dari segi bahasa ianya dinamakan bid'ah tetapi dari segi syara' ianya dinamakan sunnah.
Bid’ah dalam mazhab bernaksud : mendatangkan satu pendapat dimana orang yang mengatakan pendapat itu atau mengamalkannya tidak mengikut pedoman yang dibawa oleh pembawa syari’at (Nabi saw), tidak mengikut contoh2 yang terdahulu dan tidak mengikut prinsip2 yang diyakini. Atas pengertian inilah diriwayatkan hadith
Setiap yang baru di ada-adakan itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat dan setiap yang sesat berada dalam neraka.
Ibn al-Athir menyebutkan dalam kitab al-Nihayah:
Bid’ah ada dua, iaitu bid’ah petunjuk dan bid’ah sesat. Bid’ah yang bercanggah dengan perintah Allah dan Rasul-Nya maka ia berada dalam lingkaran tercela dan diingkari. Bid’ah yang termasuk dalam erti kata keumuman firman yang Allah galakkan serta digesa oleh Rasululullah s.a.w termasuk dalam lingkaran bid’ah yang terpuji. Bid’ah yang tidak ada contoh yang telah wujud seperti perbuatan baik, pemurah dan melakukan perkara yang makruf termasuk dalam lingkaran perbuatan-perbuatan yang terpuji. Tetapi perbuatan-perbuatan itu tidak harus bersalahan dengan ajaran yang dibawa oleh syarak. Ini kerana Nabi s.a.w telah menjadikan untuk perbuatan-perbuatan yang baik itu ada pahalanya.
Ibnu Majah meriwayatkan dgn sanad yg sahih drp abu Hurairah, Baginda bersabda:
Barang siapa yang mempelopori sunnah yang baik, maka dia memperolehi pahalanya dan pahala orang yang mengamalkannya.
Sebaliknya pula baginda bersabda:
Barang siapa yang mempelopori sunnah yang buruk, maka dia menanggung dosanya dan dosa orang yang mengamalkannya.
Sunnah yang buruk adalah apabila ia bercanggah dengan perintah Allah dan RasulNya sebagai contoh “ berhibur di hari raya yang melampaui batasan syariat (walaupun ada hadith membenarkan berhibur dalam lingkungan syariat) dgn mendedahkan aurat dan pergaulan bebas, ini adalah Bid’ah tercela.
Menziarahi perkuburan dan membuat pekara2 tercela dengan memuja kekeramatan si mati adalah Bid’ah sesat lagi tercela, tetapi apabila menziarahi kubur dengan menghadiahkan al fatihah kepada simati dan menwujudkan suasana keinsafan, mengeratkan silaturrahim dan mengenang jasa baik simati adalah Bid’ah yang baik dan amalan terpuji dan tidak bercanggah dengan syariat. Tiada seorang pun Ulama2 Nusantara yang menyatakan ziarah kubur adalah Wajib sebagaimana difitnah oleh golongan aliran Wahabi, malah ini adalah budaya dan adat yang baik yang perlu dicontohi.
Antara contoh sunnah yang baik ialah seperti yang dikatakan oleh Umar r.a:
sebaik-baik bid’ah ialah yang ini, iaitu bersembahyang tarawih secara berjemaah pada setiap malam di bulan Ramadan.
Ini kerana amalan tersebut termasuk dalam lingkaran kebaikan dan perbuatan yang terpuji. Oleh kerana itu Umar menamakannya sebagai bid’ah dan memujinya. Ia (sembahyang tarawih berjamaah pada setiap malam) dinamakan bid’ah kerana Nabi s.a.w tidak menganjurkannya kepada mereka. Baginda hanya mengerjakannya beberapa malam, kemudian baginda meninggalkannya dan tidak bertekun memeliharanya serta tidak pula mengumpulkan orang untuk sama-sama berjemaah. Ia juga tidak berlaku semasa zaman Abu Bakar. Umarlah orangnya yang mengumpulkan manusia dan menggalakkan mereka ke arahnya. Kerana itulah Umar menamakannya bid’ah, sedangkan pada hakikatntya ia adalah sunnah, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:
Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku, dan sunnah khulafa’ al-Rasyidin selepasku.


better be safe bro...jika dipastikan rasullullah xbuat kita jgn buat amalan/ibadah itu...xrugi pon tinggalkan bid'ah ni...folow je apa yg disuruh...tinggalkan apa yg dilarang.jgn pandai2 tokok tambah sesedap rase....siapa kita utk menokok tambah amal ibadah ni...yg ade2 pon xterbuat...lagi mau tambah ka...hebat mana pon seseorng tu xkan melebihi rasulullah s.a.w... para sahabat pon follow apa nabi buat...kalau nabi xbuat diorg xkan buat...wallahualam..
better be safe bro...jika dipastikan rasullullah xbuat kita jgn buat amalan/ibadah itu...xrugi pon tinggalkan bid'ah ni...folow je apa yg disuruh...tinggalkan apa yg dilarang.jgn pandai2 tokok tambah sesedap rase....siapa kita utk menokok tambah amal ibadah ni...yg ade2 pon xterbuat...lagi mau tambah ka...hebat mana pon seseorng tu xkan melebihi rasulullah s.a.w... para sahabat pon follow apa nabi buat...kalau nabi xbuat diorg xkan buat...wallahualam..

kalau nak selamat, lebih baik jangan tuduh sesuatu amalan tu sebagai bid'ah secara sembarangan. Itu lagi baik. Kalau ikut kaedah usul pun nak menetapkan hukum, menggunakan dua hadith yang berkaitan adalah lebih baik daripada menggunakan satu sahaja dan mengabaikan yang lain.
Secara jelas, kalau kita tak tahu memberi hukum lebih baik kita jangan senang2 nak kata sesuatu amalan itu bid'ah. Sebagai contoh amalan bertahlil beramai-ramai yang kebanyakkan golongan Wahhabi kata bid'ah, walaupun Nabi SAW sendiri tidak pernah menganjurkannya tetapi ada hadith yang menyatakan bahawa Nabi SAW sendiri menggalakkan sahabat-sahabat melakukannya.
jwpn >>> bkn,aku org perak...teluk intan
soalan >>> nk tuduh aku wahabi ke??? hehehe...
ahli bidah adalah golongn yg menokok tambah amal ibadah mereka mengikut adat dan budaya semata2,dicampur aduk dgn bentuk amalan agama lain sebagai cth wlupon isinya bunyi islam.tidak ada yg kita yg sempurna...malah bkn kesempurnaan yg dicari kerana itu mustahil...betulkan kebiasaan,dan biasakan perkara yg betul...