BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Bahang panas makin menjadi-jadi, wanita kongsi cara sejukkan rumah tanpa aircond

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,541
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,541
Reaction score
4,820
Points
266

Bahang panas makin menjadi-jadi, wanita ini kongsi cara sejukkan rumah tanpa aircond buat ramai nak tahu​

Oleh DANIA ABD HAMID

Bahang panas makin menjadi-jadi, wanita ini kongsi cara sejukkan rumah tanpa aircond buat ramai nak tahu.
CUACA panas melampau yang sedang melanda Malaysia menyebabkan kita hidup dalam suasana tidak selesa.

Situasi ini tidak begitu dirasai sekiranya kediaman anda dilengkapi pendingin hawa (aircond), namun apa pula alternatif bagi mereka yang kurang berkemampuan?

View attachment an.jpg.webp

1. Aluminium foil
Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Sapiah Mamat berkongsi kaedah untuk menyejukkan rumah dengan menggunakan aluminium foil.

Menurutnya, kaedah itu jauh lebih jimat memandangkan aluminium foil boleh dibeli secara dalam talian dan lebih murah berbanding kos pemasangan aircond.
“Tip sejukkan rumah tanpa pasang aircond. Tak sia-sia beli aluminium bubble foil dekat Shopee. Segulung tu 40 meter tak sampai RM300 pun tapi boleh buat rumah jadi nyaman tak berbahang.

2050280.jpg

“Kawasan Kak Piah ni dekat laut, rumah pula jenis teres himpit-himpit, jadi tak ada banyak angin boleh masuk dalam rumah sebab tingkap tak banyak. Seawal 9 pagi dah rasa bahang. Kalau malam, tidur pasang dua kipas masih berpeluh.

“Tapi selepas pasang aluminium foil ni penuh satu rumah, tidur malam terasa gigil walaupun tak pasang aircond. Aluminium foil ni paling sesuai diletakkan dekat dalam siling,” ujarnya.

Selain dipasang dalam siling rumah, aluminium foil juga boleh dilekatkan pada bahagian bawah atap yang mana ia berfungsi untuk memantulkan haba, sekali gus menjadikan rumah lebih nyaman.

2. Exhaust fan

2050281.jpg

Antara kaedah lain, anda boleh membeli exhaust fan pada harga kurang RM50 untuk menjadikan suhu dalam rumah lebih terkawal.
Exhaust fan biasanya dipasang pada dapur untuk menyedut haba dan menghilangkan bau.
Exhaust fan tidak berfungsi untuk menyejukkan, tapi dapat menyedut keluar haba bagi menjadikan rumah lebih nyaman. Foto: Facebook.

Fungsi sebenarnya bukanlah untuk menyejukkan, namun pemasangan exhaust fan mampu menyedut keluar haba panas dari kediaman anda.
“Tidaklah sejuk macam aircond, tapi sangat membantu untuk kurangkan haba panas dalam rumah. Rumah kami pasang tiga biji dan guna kipas siling saja,” tulis seorang pengguna.

3. Ais
Alternatif ini sememangnya menjimatkan wang, namun ia tidak bertahan lama dan memerlukan kerajinan untuk melakukannya.
2050279.jpg

Cara kreatif menggunakan ais untuk mendapatkan udara nyaman di kediaman. Foto: Aivee.
Caranya, halakan kipas ke arah ketulan ais yang diletakkan di dalam bekas bagi mendapatkan rasa sejuk seperti aircond.
Satu petua mudah, taburkan garam ke atas ketulan ais bagi menjadikannya kekal beku dengan lebih lama.
 
Low Tech, Low Cost Solutions To Keeping Cool In Indonesia | Money Mind | Cooling Technology​

New and sustainable ways to keep cool, amid soaring temperatures in Asia. How a cool tech project in Indonesia was able to reduce temperatures by up to 11 degrees Celsius, using a low tech, low cost solution.

teringat aku kaedah dipakai kat bangla yg viral dulu2 ..pakai botol plastik je..berjaya turunkan 5-6 degree .. boleh la cuba try test uji ..

BRC.jpg
 
img_2_1721174379841.webp

·
“Tak perlu pasang aircond” inilah kata2 beberapa orang yang telah datang melawat bangunan ini.
Iye… seawal2 saya bangunkan bangunan ini, saya telah kaji sistem ventilation yang telah digunakan pakai oleh orang melayu dulu2 yg menyebabkan rumah mereka sejuk tanpa perlu pasang aircond.
Antara point penting untuk jayakan “tak perlu pasang aircond” ini adalah
. Bangunan mesti lawan angin (timur - barat), hampir sepanjang tahun angin bergerak dari timur ke barat. Jika angin datang dari utara, angin tersebut agak keras.
. Bangunan ini ada lorong kat tengah untuk udara mengalir.
. Sekeliling bangunan ini level siling pula saya pasang bata bunga (lubang angin). Udara panas yg dihasilkan oleh badan manusia dalam bilik akan naik keatas dan akan disedut keluar oleh bata bunga (lubang angin). Udara panas adalah bertekanan tinggi, manakala udara sejuk bertekanan rendah. So secara semula jadi udara sejuk akan menarik udara panas.
. Saya juga custom tingkap bila buka tingkap akan dibuka keatas bukan kesisi seperti kebanyakan tingkap pasang siap. Setiap satu frame saya bahagi 3. Bila buka tingkap, ia juga akan bertindak sebagai “awning” penahan hujan dan cahaya matahari.
. Pemilihan warna.. semua tahu kan warna putih adalah warna yg terbaik untuk memantul haba.
Alhamdulillah, bila tak perlu pasang aircond maka teramat jimatlah bil elektrik

pki bata bunga yer..waktu angin ada mmg la syok..tp lubang tu jgk sgala menatang leh masuk..time ujan, kelkatu terbang masuk rumah, cicak pun buleh masuk ikut situ, ular sawa burung pun buleh ikut sekali masuk..
 
Back
Top
Log in Register