BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bahana Isteri Curang

abang mamak

Fun Poster
Messages
726
Joined
May 6, 2010
Messages
726
Reaction score
11
Points
15
KUALA LUMPUR: Ketika suaminya meringkuk dalam penjara, seorang wanita ligat berfoya-foya di kelab malam bersama lelaki lain hampir setiap malam dan tergamak meninggalkan tiga anak yang masih kecil di bawah jagaan ibu bapa mentua yang uzur.
Berikutan sikapnya yang curang dan tidak bertanggungjawab, ‘isteri terlampau’ berusia 25 tahun itu menerima musibah apabila dia cedera teruk akibat dibelasah abang iparnya.

Sumber polis berkata, wanita terbabit yang mempunyai tiga anak berusia tiga, lima dan tujuh tahun dibelasah abang iparnya sebaik saja dia selesai berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Doraisamy di sini, bersama empat rakan kira-kira jam 2.20 pagi, Rabu lalu.

“Ketika mangsa berjalan menuju kereta milik seorang daripada temannya, dia ditahan seorang lelaki yang mendakwa kenalan rapat suaminya. Lelaki itu mengarahkan mangsa menunggu seketika sementara abang iparnya dalam perjalanan ke pusat hiburan berkenaan.

“Sebaik saja tiba di tempat kejadian, abang ipar mangsa yang berusia 29 tahun menumbuk muka mangsa bertubi-tubi menyebabkan muka mangsa lebam dan matanya berdarah.

“Selepas puas membelasah mangsa, lelaki itu mengheret mangsa ke balai polis berhampiran dan meminta polis menahan mangsa yang didakwanya lari dari rumah dan sengaja meninggalkan anak-anaknya yang masih kecil di bawah jagaan bapa mentua yang sudah uzur.
 
alah..laki die pun bukan manusi baik..dok dlm jel jugeee
 
dah kena tahan ker? ehehhe dah kena tumbuk, kena heret lagi ke balai dan minta yang di tumbuk agar di tahan...
 
bagus2....
aku suke...
 
kene sedas dua..haa..buat jahat lg..kan dh sakit..
 
dia nak cari duit la tu..
asben dia pon duk dlm jel..mesti xbaik jg...
 
Kadang kala....Cara KOBOI ni.....
Memang memberikan PENGAJARAN & KESEDARAN....
Terpulang laaa/////Yg PENTING....Masalah bole SELESAI..............
 
Ha..ha..Bagus2,padan muka kena tumbuk kt muka...
 
Salam....padan muka da.. tu baru balasan di dunia belum lagi di ahkirat da
 
Back
Top
Log in Register