BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bagasi diperbuat dari dadah

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
image.jpg

Bagasi keldai dadah diperbuat dari dadah. - Foto polis Shanghai.

SHANGHAI - CHINA. Kastam China berjaya mengesan bagasi yang diperbuat daripada dadah.

Menurut laporan BBC, seorang wanita yang membawa dua bagasi tersebut ditahan untuk siasatan.

Sebelum kejadian, bagasi berkenaan hampir berjaya melepasi pemeriksaan X-ray kerana menyerupai bagasi normal.

Pegawai bertugas bagaimanapun mengesyaki sesuatu tidak kena kerana bagasi berkenaan terlalu berat dan menyuruh ianya dikosongkan.

Pihak berkuasa kemudian mengambil sampel bahan bagasi tersebut dan pemeriksaan mendapati ianya diperbuat daripada campuran kokain dan beberapa bahan lain.

Undang-undang di China mensabitkan hukuman mati kepada individu yang didapati cuba menyeludup dadah melebihi 50 gram.

Kes serupa berlaku di Eropah apabila sindiket dadah didapati menggunakan gam untuk mengeraskan dadah menyerupai beberapa objek normal untuk diseludup ke luar negara.

http://www.sinarharian.com.my/global/bagasi-diperbuat-dari-dadah-1.686365
 
Back
Top
Log in Register