BTC USD 84,441.4 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bagaimana untuk tidak Murtad?

"Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.


Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.


Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan ba ju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997 ,

"Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian."


Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..


Butir asal permohonan.. ....


Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28
November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.


Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam."

Perenggan 23: "Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abang nya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik".

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.



hurm banyak yg tau baca je Al-quran,tp x tau ape maksud die,sama lah macam burung kakak tua kt bawah nih,maaf kalo ade yg terasa,tp itulah hakikatnye,harap kita x jadi macam burung kakak tua,kisah ni pon dah lama,adakah masih ade yg belum sedar Islam ni kat mana?wat went wrong?jawapan nye ade kat diri saudara-saudara sume,fikir-fikirkanlah

http://www.youtube.com/watch?v=9Gx9nl1e2t0
 
Last edited:
kalau ada yg murtad sebab duit.itu bukan lah islam yg sejati.

jadi kerana dia bukan islam sejati...adakah dengan itu dibolehkan dia murtad?

lagi contoh bukan islam sejati.."pelakon anak pontianak" yang dikatakan berpakaian bikini...dia islam..tapi pakai sedemikian rupa..adakah dia bukan islam sejati? jadi adakah dia dibolehkan murtad(nauzubillah) juga?

dan..apa pulak orang islam yang sejati?

banyak faktor yang perlu diambil kira kenapa orang itu murtad...masalah kewangan mmg diantara punca sesorang boleh murtad, contohnya baitulmal tidak meluluskan bantuan..tetapi ada paderi depan rumah dia nak hulurkan bantuan..ini contoh mudah..dengan itu bukan dengan melabelkan sesorang itu "dia bukan islam sejati" dapat menyelesaikan masalah murtad..

harap kita boleh fikir² kan sejenak...

[2/256] "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)"
 
apa itu faktor2....

fator2 sama la maksud dgn punca2, sbb2 dan sbg ny....

klu dh nama pn faktor2....

mst la lebih dari satu....

xkisah la ia faktor yg besar mahupun kecil....

ia ttp faktor....

 
baru2 ni aku gi KK dlm perjalanan ke Kundasang xkurang dari 50 buah gereja aku kira, setiap 2km ada satu gereja, bagaimana aktifnya kristian berkembang disana, aku nampak hanya ada satu mesjid kat Karamunsing dan sebuah surau xingat nama tempat tu. So fikirlah sendiri cam maner........
 
baru2 ni aku gi KK dlm perjalanan ke Kundasang xkurang dari 50 buah gereja aku kira, setiap 2km ada satu gereja, bagaimana aktifnya kristian berkembang disana, aku nampak hanya ada satu mesjid kat Karamunsing dan sebuah surau xingat nama tempat tu. So fikirlah sendiri cam maner........

mcm mane die bleh dpt kbenaran nk bina gereja bnyk?..
kte ni btol ke negara islam?:-? :-?
 
semua orang Islam boleh dihukum bunuh kalau murtad."sebenarnya".tapi materialistik menyebabkan manusia condong ke arah lubang nerakalama2 terjun ngan labu2nya.
 
pukullah mereka semasa mereka masih kecil dan jangan anda menangis masa mereka dewasa..:((
akan saya ingat pesan saudara....peringatan bagi yang lupa...
dan sekarangkita bole dibodohkan bila seorang editor 'menkomen' tentang ulasan saudari kita mengenai kenipisan dan warna putih baju sekolah perempuan
terang saya nytakan, jika dia yang bukan islam begitu senang untuk memperlekehkan pegangan kita, apakah nasib agama kita pada masa akan daatang...? mana suara politik kita yang bukan main berkokok melawan sesama agama, tapi bila kaum lain berbisik, kita boleh menikus....?
 
jgn terlalu manjakan anak dan isteri.
jaga2 jgn lakukan perkara yg boleh merosakkan aqidah.
mula2 nampak kecil lama2 dah jadi besor.
 
Berkenaan dgn tajuk..
Pendidikan yg betul diterapkan dr kecik dpt elak drpd murtad.. Drpd pemahaman dlm pendidikan yg diberikan td dpt bentuk hati, perangai, percakapan, pemikiran & tabiat dpt dibentuk & dipelihara..
Pemahaman ilmu td yg memelihara iman yg senipis kulit bawang nih...
Wallahuaklam..
:)cgrock


aku rse nak slh kan kan pendidikan sje pun xleh gak... Peranan media lg kuat......
 
aku rse nak slh kan kan pendidikan sje pun xleh gak... Peranan media lg kuat......

Setuju...
Media mmg memainkan peranan dlm masalah nih.. Namun, kalo tembok (pendidikan) dah kuat, datanglah macamana punya kereta kebal (anasir -ve)... mesti steady....:-? :-?
 
Back
Top
Log in Register