BTC USD 82,481.8 Gold USD 4,131.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bagaimana menjejaki trend?

Meet Joe Black

Fun Poster
Messages
642
Joined
Oct 13, 2009
Messages
642
Reaction score
429
Points
31
Orang selalu bertanya, bagaimana kah untuk mengenalpasti sesuatu trend, bagaimana trade dengan trend, apakah trend masakini, dan banyak lagi persoalan. Trend hanya dapat dikenalpasti setelah ia berlaku dan menjadi sebentuk trend. Tetapi, persoalannya, apakah trend yang bakal terbentuk 1 jam akan datang, esok, minggu depan, bulan depan dan seterusnya, adakah siapa tahu? Tiada siapa tahu, tommorow is uncertainty.
Biar Rob Booker dengan EMA 62 nya pun tidak tahu apakah trend yang bakal terbentuk, adakah masih trend yang sama, sideway, atau membentuk trend yang baru.

Kita sentuh sedikit tentang support and resistance, pivot lines, trendlines, moving average, stochastic, bollinger band dan banyak lagi Technical Analysis indicator. Tiada satu pun tepat 100%. Kalau indicator tersebut tepat, kita tidak memerlukan Stop Loss. Realitinya, ketepatan sesuatu indicator bukanlah terletak kepada indicator tersebut. Ketepatan indicator yang saya sebut di atas tadi adalah bergantung kepada 1 saja – self fulfilling prophecy. Makin ramai trader yang menggunakan dan menjuruskan mata mereka dan bersetuju sebulat suara kepada retracement atau reversal pada 61.8 Fibo, maka makin tepat lah Fibo itu.

Salah satu sebab kenapa TA indicator kurang berkesan dalam Forex adalah kerana sebenarnya kita trading spread. Ya spread! Bukan spread bid dan ask tetapi jurang dan jarak di antara dua currency. Makin jauh matawang Euro keatas meninggalkan US dollar dibawah, jurangya makin besar, makin mencanak lah pair EUR/USD dan sebaliknya. Andaikata Stoch dan RSI sudah menunjukkan overbought eurusd, sekiranya salah satu currency (sama euro atau usd) buat hal, ia tidak akan menjadi tepat lagi. Adakah konsep overbought dan oversold boleh digunakan dalam forex? Mungkin hanya pada suatu masa tertentu atau ada kaitan dengan self fulfilling. Kita kena ingat, pasaran matawang bukan macam pasaran kereta Proton dimana mungkin 10 tahun akan datang pasaran Proton akan menjadi tepu dimana hampir semua orang sudah ada kereta dan tiada siapa ingin membeli kereta lagi – oversold. Forex tidak tepu, oversold yang anda nampak sekarang, masih boleh di-sell dan sell lagi.

Jadi, jangan tanya saya atau rakan anda, apakah harga akan jatuh atau naik, kerana tiada siapa tahu. Kalau rakan anda cakap dia tahu, maka Ibrahim Ali adalah abang kepada David Beckham.

Ok, cukuplah dengan falsafah di atas. Falsafah tidak baik untuk diaplikasikan dalam trading, kerana orang-orang yang gagal dalam trading kebanyakkan nya beralih profession menjadi ahli falsafah.

Di dalam perbincangan ini, kita bukan nak membincangkan bagaimana trade dengan trend, tetapi bagaimana menjejaki trend. Ya, menjejaki trend. Buang semua indicator anda, buang Fibo, buang RSI, Trendlines, Stoch, bogelkan chart anda dan buka satu satu indicator saja iaitu Candlestick. Bila kita buka chart dengan candlestick saja, apa yang kita nampak adalah sejumlah candlestick akan membentuk suatu trend. Setiap candlestick adalah satu jejak, jejak ke arah pembentukan suatu trend. Bilangan candlestick yang berturutan akan membentuk suatu trend. Jadi, bagaimana kita menjejaki suatu trend, jawapannya adalah ikut saja jejak candlestick.

Lapangkan fikiran anda dan setkan dalam pemikiran anda, trend terbentuk bukan kerana krisis hutang di Greece, bukan kerana kenaikan GDP dan Trade Balance di Jerman, bukan kerana spekulasi Soros ke atas Yen, tetapi kerana sejumlah candlestick yang bersetuju untuk bergerak ke satu arah – ke bawah atau ke atas. Dengan sejumlah bilangan candlestick yang bersetuju untuk bergerak ke satu arah, maka satu trend telah terbentuk. Kita boleh simpulkan seperti di bawah.

1. Downtrend – bilangan candlestick bearish mengatasi bilangan candlestick bullish dengan nisbah 2:1
2. Uptrend – bilangan candlestick bullish mengatasi bilangan candlestick bearish dengan nisbah 2:1

Masih tak faham. Ok lah, senang cerita. Bila market uptrend, jumlah candlestick bullish lebih banyak dari candlestick bearish, bukan? Bila market downtrend, jumlah candlestick bearish lebih banyak dari candlestick bullish, bukan?

Jadi, sekarang bagaimana kita nak menjejaki trend dan seterusnya mencapai cita-cita anda yang ingin trade dengan trend? Mudah saja. Ikut langkah berikut:

1. Setkan alarm clock anda pada pukul 4.55 pagi. Masih ada 5 minit lagi untuk bersedia ke pukul 5.
2. Pukul 5 pagi, candlestick akan buka candle daily yang baru.
3. Pukul 5 pagi, pilih antara no 4 atau no 5
4. Kalau candlestick semalam bearish, open sell
5. Kalau candlestick semalam bullish, open buy
6. Ulang langkah 1 hingga 5 setiap hari trading kecuali hujung minggu, melainkan anda ada akaun di Oanda.

Untuk lebih pemahaman, sila tengok contoh chart erusud dari 14 April – 14 May di bawah. Ikut langkan 1 hingga 5 dan Profit anda kira sendiri. Apa yang anda boleh nampak pada chart tersebut? Market adalah downtrend kerana bilangan bearish candlestik adalah 15 manakala bullish candlestick adalah 7. Nisbah 2 kepada 1. Sekiranya ada buka position berdasarkan candle semalam, maka sah lah anda sedang trade dengan trend.

trenda.jpg


Disclaimer: Teknik ini dicipta di atas usaha ingin menjawab persoalan bagaimana trade dengan trend. Buat masa sekarang, tiada sistem lengkap yang boleh saya berikan. Tiada Take Profit, Stop Loss, Averaging dan sebagainya. Anda boleh menjadikan teknik ini sebagai satu foundation atau asas kepada trading system yang bakal anda kembangkan atau pelengkap kepada system anda yang sedia ada. Sekiranya anda tidak berminat atau tidak bersetuju dengan teknik ini, anggap lah ia untuk tujuan pembelajaran saja.

Teknik ini untuk dipelajari, dikembangkan dan dikongsi bersama.

Silakan
 
teknik yang menarik..ade beberapa persoalan di sini..
1. OP pada pkl5 pg by refer candle semalam..adakah kita kena consider jugak CS pattern yang mungkin menunjukkan reversal trend?
2. camana dgn pengiraan R/R?
 
salam, apa maksud no 4 dan no 5 tu?
lagi satu, nak OP bila2 masa pon boleh kan asal ikut candle semalam punya...camtu ke? menarik gak ni...
 
salam, apa maksud no 4 dan no 5 tu?
lagi satu, nak OP bila2 masa pon boleh kan asal ikut candle semalam punya...camtu ke? menarik gak ni...

1st time baca aku pn keliru gak, apa yg patik paham la..no 4 dan no 5 tu step 4 dan 5, samada tgk candle bullish or bearish ntuk OP..OP time 5 pg iaitu masa candle baru terbentuk.
 
menarik gak ni... trade with trend..jgn lawan trend...

thanks TT..

patik tumpang berteduh cni ye...
 
1st time baca aku pn keliru gak, apa yg patik paham la..no 4 dan no 5 tu step 4 dan 5, samada tgk candle bullish or bearish ntuk OP..OP time 5 pg iaitu masa candle baru terbentuk.

btul tu..bc skali lalu mmg compius skit..penerangan tu btul bro..:D
 
mohon pencerahan..nak tgk TF bape yg seswai ek?
 
1st time baca aku pn keliru gak, apa yg patik paham la..no 4 dan no 5 tu step 4 dan 5, samada tgk candle bullish or bearish ntuk OP..OP time 5 pg iaitu masa candle baru terbentuk.

owh ok2, paham2...
means wat OP sekali je lah iaitu pd pukul 5 pagi based pada TF daily ye...
haa lagi satu yg kureng faham, kalau kata lah tf daily yg semalam punya bearish tp kita masih tak boleh nak OP short lagi kan?
kene tgk nisbah CS dulu kan, kalu nisbah candle bearish bersamaan 2:1 dgn bullish barulah konpem utk short ye? camtu ke boss?
 
thanks

wah best ni.. simple
sesuai sgt ngn aku yg trade tf daily ni :)cgrock
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.12423
USD / JPY
158.205
GBP / USD
1.33865
USD / CHF
0.82594
USD / CAD
1.40483
EUR / JPY
177.611
AUD / USD
0.70089
Back
Top
Log in Register