BTC USD 84,268.9 Gold USD 4,157.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

badminton

Badminton? Xreti main bdmntn.. tp berminat nk join... ekekekek

agak agak lah toshi..ekau x tau main badminton...bukan ekau ko yg selalu belasah den sampai tertongeng tonggeng nak amek bola smash ekau yang koncang bangat tuh..he..he..he
 
Takde org citer pasal Grand Prix Malaysia semalam ke?

OK laa, aku citer laa sikit pasal final grand prix semalam yg dilangsungkan di Kedah. Aku tak tgk semua game, aku cuma tgk game terpenting dalam tournament ini iaitu final Men Single, menemukan antara Ramdan Misbun (anak legend kita, Dato Misbun) dengan Chong Wei Feng.

Agak sengit jugak game semalam dimana set pertama Chong Wei Feng menang mudah 13-21. Dalam set pertama nampak cam lemah je si Misbun nih, nak balas smash Wei Feng pun cam malas.

Awal set kedua pun nampak takde perubahan pada game Ramdan, sehingga la pada kedudukan mata 3-6, dr situ baru Ramdan start main laju. dan terus menang set kedua 21-18.

Set ketiga plak, pada awal game nampak Ramdan memang control game, tapi pada tengah game, Wei Feng cuba mengejar dari jauh sehingga dapat samakan kedudukan (tak ingat dah pada kedudukan berapa) Tapi sayang buat Wei Feng, seperti penjaga garisan dan pengadil seolah-olah mengganggu beliau dengan menegur bermacam-macam kesalahan. Ada satu dua shuttle tu terkeluar tapi penjaga garisan mengatakan masuk. Akhirnya Ramdan menang set ketiga dengan 21-18.

Aku nampak kedua-dua pemain nih bagus, terutamanya Ramdan. memang ada harapan nak gantikan Chong Wei. Cumanya baik Ramdan mahupun Wei Feng, kedua-dua pemain nih masih lagi tak berapa laju, dan masih tiada sense and instinct sebagai seorg pemain badminton. Sepatutnya Ramdan dah dapat rasa dan agak ke mana smash Wei Feng akan menjunam, begitu jugak sebaliknya. Then diorg nih tak konsisten, terutama Ramdan. dah lepas 2-3 mata, tetiba dia boleh smash or buat return yg berkualiti, setaraf player2 utama. So, aku boleh katakan Ramdan sekarang nih macam Hafiz Hashim, sekali sekala je buat serangan yg betul2 kaw.

Utk rekod, sejak 2003 tournament nih dimenangi oleh Dato Lee Chong Wei. Tapi tahun nih Dato tarik diri maka dapat laa kita tgk juara baru, iaitu Ramdan Misbun. Tahniah Ramdan. :)
 
Mana laa member2 badminton dulu? takde citer ke pasal badminton?

takpe laa, aku update laa secara ringkas. currently tgh sibuk untuk korea open. tapi aku tak check lagi siapa yg main. ni adalah tournament termahal sekali dalam super siries nih.

then pagi ni kita dikejutkan dgn berita ramdan misbun bertindak keluar BAM. finally... ikut jejak langkah bapak dia jugak. kebetulan plak keluar pada bulan january jugak, tahun je berbeza.

aku rasa bagus laa ramdan keluar BAM, berlatih dgn ayah dia. tapi ayah dia dah pesan, kalau nak berlatih dgn dia, kena bersedia betul2. harap2 ramdan akan tabah berlatih dgn misbun, jgn laa ikut jadi seperti hafiz hashim nanti...
 
Ramdan Misbun mahukan Misbun

"Saya tinggalkan segala keistimewaan di BAM (Persatuan Badminton Malaysia), sedangkan saya tidak ada penaja... Itulah pengorbanan saya untuk pikat hati bapa dan berlatih bersamanya." Itu luahan bintang sedang meningkat, Misbun Ramdan Misbun ketika menjelaskan sebab mengapa dia meninggalkan skuad kebangsaan secara tiba-tiba.

Malah Ramdan mengakui, tindakannya mungkin berisiko apatah lagi dia tidak pernah berbincang mengenai perkara tersebut dengan Datuk Misbun Sidek, namun demi memenuhi impian untuk berguru bersama bapanya, dia mengambil keputusan nekad dengan harapan bapanya akan menerima.

"Saya tidak pernah bincang perkara ini (keluar BAM) dengan bapa. Dulu saya ada cakap hendak berlatih dengannya tetapi dia suruh saya kekal dalam skuad kebangsaan, sebab itu saya terpaksa ambil keputusan sendiri dan harap dia faham. Saya percaya, tidak mungkin dia akan membiarkan saya" akui Ramdan.

Mungkin tindakan Ramdan mengejutkan ramai pihak, namun bagi pemain yang genap 22 tahun pada 16 Mac ini, dia memang sudah lama mahu meninggalkan BAM untuk mengikut Misbun, namun niat itu terbantut kerana dihalang oleh bapanya sendiri.

"Bapa adalah idola saya sejak kecil. Saya tengok dia melatih bapa saudara saya, Rashid Sidek di Sukan Olimpik (meraih gangsa di Atlanta 1996). Dia bawa Hafiz Hashim muncul juara All England, kemudian bimbing Roslin Hashim jadi pemain No. 1 dunia. Terbaru, dia mengangkat (Datuk) Lee Chong Wei ke tahap sekarang.

"Sejak kecil, impian saya hanya mahu menjadi anak didiknya. Saya bermain badminton pun kerana bapa saya dan saya tidak pernah terfikir untuk berlatih dengan orang lain. Ketika masuk BAM, bapa yang bawa saya untuk menjadi sparring (rakan sepelatih) sebab itu bila dia keluar, saya kata... Saya hendak ikut tetapi dia tidak bagi.

"Dia kata, dari kecil saya selalu ikut dia ke mana-mana, sekarang saya kena berdikari, saya kena meluaskan pengetahuan dan ilmu, sebab itu saya kena kekal di BAM dan berlatih bersama Hendrawan. Sepanjang saya berlatih dengan skuad kebangsaan, dia langsung tidak pernah menyentuh mengenai program saya, kami tidak pernah bincang mengenainya.

"Dia tahu, hati saya memberontak hendak keluar daripada skuad kebangsaan dan berlatih bersamanya tetapi disebabkan dia tidak benarkan, saya tidak berani hendak minta. Saya sedar, dia seorang jurulatih hebat sedangkan saya hanya pemain muda yang tidak punya apa-apa, jadi siapalah saya hendak berlatih di bawahnya.

"Namun, kejayaan memenangi gelaran pertama di Terbuka Pahang (Oktober) dan muncul juara kebangsaan bulan lalu memberi kekuatan kepada saya untuk bertindak. Sejujurnya, bapa tidak tahu yang saya akan ambil keputusan ini, sekarang terpulang kepadanya sama ada mahu menerima saya sebagai anak murid atau tidak,'' kata Ramdan ketika ditemui selepas latihan bersama Nusa Mahsuri di Dewan Badminton Kompleks Sukan MBPJ, Kelana Jaya semalam.

Ditanya apakah dia kini menyertai Nusa Mahsuri, kelab profesional yang diwujudkan oleh keluarga legenda Sidek, Ramdan menjelaskan, ketika ini dia hanya berlatih di sana dan tidak tahu apakah kelab itu mempunyai perancangan untuknya.

Dia juga mengakui, belum mempunyai penaja, malah tidak ada mana-mana pihak yang datang menawarkan tajaan kepadanya untuk meneruskan karier, namun dia sentiasa percaya, bapanya pasti mampu merencanakan sesuatu untuk masa depannya.

Ramdan turut menegaskan, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Hendrawan, malah berterima kasih kepada jurulatih kelahiran Indonesia itu yang telah banyak meningkatkan permainannya sepanjang dua tahun ini.

Anak kedua Misbun itu juga menegaskan, dia tidak punya masalah dengan BAM biarpun pelbagai cerita keluar di laman sosial Facebook dan Twitter.

"Saya mendapat layanan yang baik daripada Hendrawan mahu pun BAM, itu yang boleh saya katakan. Saya berterima kasih kepada mereka kerana keistimewaan yang diberi kepada saya selama ini, tetapi saya mempunyai impian sendiri dan impian saya adalah berlatih dengan Misbun Sidek.

"Memang sekarang saya tidak ada penaja dan saya tidak ada perancangan, yang saya nampak hanya Misbun dan Misbun. Namun saya percaya, masakan bapa saya hendak biarkan saya, sudah tentu dia akan merencanakan sesuatu untuk saya, saya percaya kepadanya dan serahkan sepenuhnya karier serta masa depan saya di tangannya.

"Saya telah nampak sendiri di depan mata saya bagaimana dia melahirkan juara, sebab itu saya tidak pernah meragui kemampuannya untuk menaikkan saya. Mungkin, kalau kami dapat bermula dari sekarang, saya beri tempoh dua tahun lagi untuk berada pada tahap pemain terbaik dunia," kata Ramdan.
 
Last edited:

bangga gile kalo aku ade anak mcm ni...:)
 
tp kenapa BAM asyik nak naikkan player ca nun ya je ek??
 
Terharu aku baca luahan hati Ramdan nih. Dia memang bersungguh-sungguh nak berlatih dengan ayah dia. Dia yakin ayah dia boleh cipta dia menjadi juara.

Tahniah buat Ramdan sebab tekad buat keputusan nih. Memang pengorbanan yg besar jugak laa. Ramdan betul2 nak buktikan kt ayah dia yang dia betul2 nak berlatih dengan ayah dan nak jadi juara di bawah bimbingan dia. Sekarang terpulang laa pada dato Misbun samada nak terima anak dia atau tak? nak kembali mencipta juara atau tak?

Harapan aku, Ramdan kena betul2 bersungguh-sungguh berlatih dan ikut arahan ayah. perlu bertahan dr segi fizikal dan mental. kena ada inisiatif sendiri dan tekad, azam yg kuat untuk bermain badminton. InsyaAllah ayah ko mampu cipta ko jadi juara. Satu lagi harapan aku, jangan laa jadi seperti Hafiz Hashim. Kalau ko betul2 kuat mental, ikut arahan ayah ko, insyaAllah ko takkan ikut jejak Hafiz, maybe ko akan lebih hebat drpd Chong Wei satu hari nanti.
 
tt den nk join club ni.. seyes dh lama x main :D nk kontek sapo ni?
 
Back
Top
Log in Register