BTC USD 63,425.3 Gold USD 4,334.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Badan sihat dengan seks

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
NEW YORK: Lelaki yang melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya dua kali seminggu mampu mengurangkan hingga separuh terhadap kemungkinan diserang sakit jantung.


Kaji selidik terhadap 1,000 lelaki dilaksanakan Institut Penyelidikan New England di Massachusetts menunjukkan risiko menghidap sakit jantung mereka yang melakukan seks dua kali seminggu kurang 45 peratus berbanding lelaki yang melakukannya sekali atau kurang setiap bulan.

Kaji selidik itu bagaimanapun tidak mengkaji sama ada ia turut memberi kebaikan kepada wanita.



Kajian Penuaan Lelaki itu bermula 1987 dan membabitkan responden berusia antara 40 hingga 70 tahun.

Setiap responden akan disoal siasat pada waktu tertentu dalam tempoh 16 tahun untuk mengetahui kadar melakukan seks dan pemeriksaan dilakukan untuk mengenal pasti sama ada mereka menghidap penyakit jantung atau sebaliknya.

Penyelidik turut mengambil kira faktor lain, termasuk usia, berat badan, tekanan darah dan kadar kolesterol.

Selain hasil utama yang disiar di Jurnal Kardiologi Amerika, kaji selidik turut mendapati seks turut memberi kesan positif terhadap fizikal dan juga emosi individu.

Lelaki yang kerap melakukan seks lebih sihat kerana ia meningkatkan kesihatan kardiovaskular tapi selain itu lelaki ini akan lebih mesra dengan pasangannya sekali gus meningkatkan kesihatannya kerana beliau tidak menghadapi tekanan perasaan.

Sebelum ini, kaji selidik Insitut Barah Nasional AS menunjukkan mereka yang mencapai puncak ketika melakukan seks kurang risiko menghidap barah prostat.

Manakala penyelidik di Universiti Wilkes, Pennsylvania mendakwa hubungan seks sekali atau dua kali pada musim sejuk didakwa mengurangkan kebarangkalian menghidap selesema atau demam.

Menurut kajian, aktiviti seks meningkatkan penghasilan immunoglobulin A atau IGA yang bergabung dengan virus yang menceroboh tubuh dan kemudian mengaktifkan sistem ketahanan badan untuk memusnahkannya. - Agensi
 
ada kawan aku bgtau ada kes 1 apek tu mati kena heart attack masa tengah bersenggama dengan ah soh :))
 
kalo lebih 2x seminggu cmno lak? :eek:
 
utk yg umor 40 tahun kebawah aku rasa mahu 3-4 kali seminggu ni. utk 40 tahun ke atas seminggu 1 kali pun payah krn tenaga dah kurang. Jika ada pun mungkin 2 minggu 1 kali. Jika guna booster lagilah letih. TTg berita diatas tu aku boleh trima 50% saja.
 
kalau hari2 mau lebih elok kot
 
untung org jual seks ni.boleh qoute thread ni :p
 
utk yg umor 40 tahun kebawah aku rasa mahu 3-4 kali seminggu ni. utk 40 tahun ke atas seminggu 1 kali pun payah krn tenaga dah kurang. Jika ada pun mungkin 2 minggu 1 kali. Jika guna booster lagilah letih. TTg berita diatas tu aku boleh trima 50% saja.


untuk yang beristeri lebih mcm na plak? lagi bertambah sihat la sang suami :)):))
 
Back
Top
Log in Register