BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Baca lah... bagus ni....

bagus btul ahmad bleh jadi pakar motivasi.. :-D


kitalah yang menyebabkan kita takut semulajadi.
sebenarnya bukannya kita semulajadi takut
 
Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan. :-D
 
Personaliti yang wujud dalam diri kita adalah dalam bentuk yang dinamik, ia terus berkembang dan boleh berubah. Mengenalpasti personaliti diri adalah merupakan satu aset penting untuk kita mengenali dan mendalami diri sendiri. Dengan memahami personaliti yg terbentuk dlm diri kita maka lebih mudah kita menyesuaikan diri kita dengan persekitaran. Ada beberapa personaliti yang dirumuskan berdasarkan kajian dalam bidang psikologi.

a) Personaliti Periang
Seseorang yang periang akan mudah bergaul dgn orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan org lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dlm hidup. Mereka biasanya:

1. berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain
2. lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dgn dunia dlm diri mrk sendiri atau berfikir dengan idea sendiri
3. lebih suka berbincang dengan org lain dlm mencapai keputusan berbanding membuat keputusan sendiri
4. lebih banyak bercakap dari mendengar
5. berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah
6. gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta dan lain-lain
7. Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan rancak


b) Personaliti Pendiam
Bersifat:
1. lebih suka menyendiri
2. sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan ssesuatu yang mereka sukai
3. mudah merasa diketepikan dalam keramaian
4. lebih suka memikir dan mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi secara bersendirian
5. menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu
6. seorg pndengar yang baik, kurang gemar dipuji dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang lain


c) Personaliti Perasa
Bersifat:
1. mahu jawapan yang pasti dan tepat
2. suka kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang banyak
3. suka mengumpul banyak dan cukup maklumat sebelum bertindak
4. mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah berhadapan dengan perkara remeh temeh
5. lebih suka melakukan sesuatu dari hanya berfikir untuk melakukan sesuatu
6. kurang mempunyai firasat


d) Peramal
Sifatnya:
1. gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa
2. selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan dan bijak mengenalpasti peluang baru
3. tidak suka melakukan kerja yang remeh temeh
4. gemar belajar mengenai perkara yang baru tapi kurang menggunakan ilmu tersebut
5. sering memberi jawapan berbentuk umum
6. gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar melakukan kerja yang sama sepanjang masa
7. banyak persoalan yang ditimbulkan dalam perbincangan
8. suka menguji kebolehan orang lain


e) Personaliti pemikir
Bersifat:
1. mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah dan nama orang
2. sering bertenang wpun dalam suasana yang menyebabkan orang lain panik
3. yang penting dia mestilah benar setiap masa
4. kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati dan mudah mengkritik
5. baik dalam merancang sebarang kerja dan mengurus kerja peribadi
6. suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan

f) Personaliti sensitif
Bersifat:
1. sering mmbayangkan diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebih mudah simpati dengan perasaan,kehendak dan
kesukaan orang lain
2. dalam membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yg orang lain rasa dan bukan apa yang betul
3. suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan
4. tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain
5. akan melakukan apa saja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan konflik dengan orang lain
 
haha..nasihat org bagus la mad wi nie..tapi hang sendiri identiti crisis mcmane :p
 
tumpang tanya..cik mad wi dalam personaliti yang mana satu?

p/s: krisis identiti bahaya tusss! :-D
 
pakar motivasi nih..
bagus2..
 
Kisah Beruang

Seekor beruang yang bertubuh besar sedang menunggu seharian dgn sabar ditepi sungai deras, waktu itu bukanlah musim ikan.

Sejak pagi ia berdiri disana mencuba meraih ikan yang meloncat keluar dari air. Namun,tak satu pun ikan yg berhasil ditangkap. Setelah berkali-kali mencuba, akhirnya..hup .. ia dpt menangkap seekor ikan kecil.

Ikan yang tertangkap menjerit-jerit ketakutan, si ikan kecil itu meratap
pada sang beruang, "Wahai beruang, tolong lepaskan aku." "Mengapa ? " tanya beruang.

"Tidakkah kau lihat, aku ini terlalu kecil, bahkan bila makan tahi gigi pun x lepas"rintih sang ikan. "

Lalu kenapa?" tanya beruang lagi. "Begini sajalah, tolong lepaskan aku ke
sungai, setelah beberapa bulan aku akan membesar menjadi ikan yang besar, di saat itu kau bisa menangkapku dan memakanku utk memenuhi seleramu."kata ikan.

"Wahai ikan, kau tahu kenapa aku mampu tumbuh begitu besar?" tanya
beruang.

"Mengapa," ikan balas bertanya sambil menggeleng-gelengkan
kepalanya.

"Karena aku tidak pernah menyerah walau sekecil apapun keuntungan yang telah tergenggam di tangan !" jawab beruang sambil tersenyum mantap.

"Ops !"
teriak sang ikan.


Moralnya :

Dalam hidup, kita diberi banyak pilihan dan kesempatan. Namun jika kita tidak mau membuka hati dan mata kita untuk melihat dan menerima kesempatan yang Tuhan berikan maka kesempatan itu akan hilang begitu saja. Dan hal ini hanya akan menciptakan penyesalan yang tiada guna di

kemudian hari, saat kita harus berucap :"Ohhhh... andaikan aku tidak menyia-nyiakan kesempatan itu dulu ..!!!?. Maka bijaksanalah pada hidup, hargai setiap detil kesempatan dalam hidup kita.

Disaat sulit, selalu ada kesempatan untuk memperbaiki keadaan;....
Disaat sedih, selalu ada kesempatan untuk meraih kembali kebahagiaan; ....

Di saat jatuh selalu ada kesempatan untuk bangkit kembali; ....
Dan dalam keadaan terburuk pun selalu ada kesempatan untuk meraih kembali yang terbaik untuk hidup kita....

Bila kita setia pada perkara yang kecil maka kita akan mendapat perkara yang besar. Bila kita menghargai kesempatan yang kecil, maka ia akan menjadi kesempatan yang besar.

 
fuhh memang bagusss....terkedu jap aku, terasa pun ada gak hehe
 
jacksmith said:
fuhh memang bagusss....terkedu jap aku, terasa pun ada gak hehe
terasa?
ko rasa ko beruang ke ikan? huhuh
 
ikan dan beruang adalah perumpamaan yang menarik hatiku ini... jadi berfikir adalah jalan yg terbaik untuk membuat keputusan..

ini kerana ada hadis menyatakan maksudnya lebih kurang begini :

BERFIKIR SESAAT ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA SOLAT SUNAT SELAMA SETAHUN.
 
Back
Top
Log in Register