BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Baca jampi ubati koronavirus

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
PPMM menggesa orang ramai  supaya merujuk kepada klinik atau hospital jika berdepan masalah khususnya gejala Covid-19.

PPMM menggesa orang ramai supaya merujuk kepada klinik atau hospital jika berdepan masalah khususnya gejala Covid-19.

Kuala Lumpur: Dakwaan seorang lelaki memiliki kemampuan untuk menyembuhkan individu dijangkiti Covid-19 dengan membaca jampi secara maya, sekali gus mengubati ribuan orang hanya pembohongan.

Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) Leftenan Kolonel (Kehormat) Che Hassan Che Johan berkata, perkara itu diketahui selepas pihaknya menerima aduan daripada dua warga Bangladesh yang menjadi mangsa, baru-baru ini.

Menurutnya, lelaki berkenaan turut menawarkan khidmat untuk merawat semua pekerja sebuah kilang di Selangor yang disahkan positif wabak itu, baru-baru ini dengan pakej harga berpatutan.
"Dia juga mendakwa boleh merawat penyakit mengikut keadaan dan sejak dari awal lagi kita kesan ia satu pembohongan kerana menjalankan rawatan secara maya dan mengenakan bayaran tertentu.
"Dengan hanya satu panggilan dalam masa beberapa minit, dia boleh mengetahui jenis penyakit, tahapnya dan kesan kepada pesakit sedangkan ia tidak berlaku pun," katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, PPMM akan membawa isu penipuan rawatan berkenaan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan polis bagi tindakan lanjut bagi memastikan tiada mangsa lain terperdaya.
Katanya, pihaknya juga meminta masyarakat agar lebih berhati-hati dengan sebarang tawaran meragukan, sebaliknya merujuk kepada klinik atau hospital jika berdepan masalah khususnya gejala Covid-19. Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya akan meneliti kes terbabit terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil.

"Jais akan teliti faktanya dan akan dibawa ke jawatankuasa pengawalan akidah untuk penelitian lanjut dan status berkenaan," katanya.
 
Pesakit Covid di pusat kuarantin dibekal ‘air jampi’
January 28, 2021 9:05 am 0
FB_IMG_1611795738700.jpg

Persatuan Perubatan Islam Darussalam Cawangan Kelantan menghantar 10 kotak air ruqyah 1.5 liter untuk kegunaan 60 pesakit positif Covid-19 yang dikuarantin di Dewan Jubli Perak MPKB.

Persatuan terbabit yang diketuai Ustaz Ibrahim Saad menyediakan air tersebut bagi membantu merawat pesakit Covid-19 yang dikuarantin.

Adun Guchil, Hilmi Abdullah berkata, air tersebut dihantar petang semalam atas permintaan pegawai Jabatan Kesihatan sebagai ikhtiar rawatan secara Islam bagi menyembuh pesakit Covid-19.

“Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan bersama-sama beberapa perawat dari Persatuan Perubatan Islam Darussalam turut berusaha menggunakan kaedah syifa’ sebagai ikhtiar kesembuhan mengikut perawatan secara Islam.

“Insya-Allah semoga semua pesakit yang diberi ujian banyak bersabar dan tingkatkan amalan zikir serta kerap berdoa agar penyakit Covid-19 diangkat daripada mereka semua oleh Allah SWT,” katanya di sini. – HD

1611828622051.png
 
Biaq la dia nak iktiar mcm mn, dh dia yakin dengan benda tu nak buat mcm mn
 
Boleh dijauhi penyakit dengan bacaan Al-Quran / dengan air/ dengan doa/ dengan sedekah/ dengan ubat-ubatan..

Sebab asas penyembuhan adalah dgn izin Allah..

Kalau faham basic ni, InshaAllah xda masalah..

Tapi problem selalunya kita nak tahu logik ke tak ?

Kalau geng medic jenis x ngaji agama, dia akan cakap x logik..

Kalau geng medic jenis ngaji agama, dia diam je. Sebab dia tahu,yang menyembuh itu dgn izin Allah.

Air masak ke air apapun.. Xpe.. Cuma keberkesanan nya berbeza jika dibaca oleh orang yg warak, alim dalam amalan ilmunya.

Sebab tu kalau kita ngaji detail sikit. Ada istilah barakah. Benda ni x nmpk. Tapi kita sedar. Mengambil keberkatan doa para-para habib, syeikh, tn guru, ustaz dll.
 
Sami baca mantra jampi pakai kitab veda pun bole baik

yg penting tajwid kene betul :D

artikel berniat jahat ni.
copy paste dari Harakah Daily lepastu tukar tajuk asal dari Ruqyah ke jampi.

syaitan pun kerja kuat tuan-tuan.
 
Sami baca mantra jampi pakai kitab veda pun bole baik

yg penting tajwid kene betul :D

Dia boleh je nak baca apa pun..
Sebab yang menyembuh tetap Allah..

Cuma bila kita ni islam, kita bergantung kpd Allah..
Kita baca apa yang Nabi ajar..
Kita ambil keberkatan para-para guru, alim ulamak..

Basic je tn akudotcom..

xyah gi jauh..
Sihir pun Allah jua yang izinkan menjadi..
 
Tuhan tu turunkan quran bukan utk buat mantra jampi2 tuan

Tp utk hidupkan hati
Hati yg mati
Sakit hati etc lah :D
Eg supaya kamu sabar dgn dugaan

📖 YUNUS:57
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu NASIHAT pengajaran dari Tuhan kamu (Al-Quran) dan yang menjadi:-
▪PENAWAR [وَشِفَاءٌ] bagi PENYAKIT (yang berada) dalam DADA [الصُّدُورِ] dan
▪PETUNJUK [HUDA] serta
▪RAHMAT

*bagi orang-orang yang PERCAYA (beriman)* [mukminin]

17:83
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar [SYIFA] dan rahmat bagi orang-orang yang beriman (percaya-mukmini) dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.

Baca mcm kakaktua
Pak lobai pun masuk spital kalu kene covid

kene game aje lah korang ni hahaa
 
Back
Top
Log in Register