BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Baby Boy' buah hati Pok Usop

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Orang ramai tertarik melihat keakraban Pok Usop dan Baby Boy yang dilayannya seperti anak sendiri.
< 1 / 1 >
KUALA TERENGGANU – Gelagat seorang lelaki mendukung seekor lotong di atas ribanya sambil berbekalkan sebotol susu ketika sedang menikmati sarapan pagi, mencuit hati orang ramai yang berada di kedai berkenaan.

Kakitangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, Mamat Bakar, 55, atau mesra dengan panggilan Pok Usop berkata, dia tidak pernah mengendahkan tanggapan orang ramai terhadapnya yang sayangkan binatang.

“Saya sering bawa Lotong Cenakah yang diberi nama Baby Boy ini ke mana sahaja saya pergi, termasuk ke tempat kerja sambil menunggang motosikal.

"Biasanya setiap kali bersiap untuk ke tempat kerja, Baby Boy akan menjerit-jerit sekiranya saya tinggalkannya di rumah.

“Sebab itu, saya akan membawanya ke tempat kerja dan menjaganya seperti seorang bayi dengan berbekalkan susu tepung dan mengenakan pakaian serta lampin pakai buang,” katanya ketika ditemui di sebuah warung di Kampung Batu Hampar, Manir.

Bapa kepada lima orang anak itu sanggup mengeluarkan belanja hampir RM200 setiap bulan bagi menyediakan keperluan Baby Boy termasuk membeli pakaian, susu dan juga lampin.

“Keluarga tak kisah, anak-anak pun sama, malah setiap malam saya akan tidurkannya di atas katil kerana bagi saya, walaupun Baby Boy seekor haiwan, dia berhak mendapat kasih sayang daripada manusia,” katanya.

Pok Usop berkata, dia menjaga Baby Boy sejak menjumpai haiwan itu di sebalik semak berhampiran Masjid Lama Kampung Pulau Bahagia, Manir, tiga bulan lalu.

Malah menurutnya, dia juga memiliki lesen untuk menjaga Baby Boy dan akan memelihara haiwan itu sehingga akhir hayatnya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/baby-boy-buah-hati-pok-usop-1.314528
 
Back
Top
Log in Register