balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
WASHINGTON – Polis di Las Vegas melancarkan siasatan kes bunuh berhubung kematian le*genda irama blues, B.B. King, menurut kenyataan sebuah pejabat koroner Nevada kelmarin.
Siasatan itu dilancarkan selepas beberapa anak perempuannya dilaporkan mendakwa bahawa B.B. King diracun oleh pembantu-pembantunya.
King meninggal dunia pada 14 Mei di Las Vegas ketika berusia 89 tahun.
Dua anak perempuannya iaitu Karen Williams dan Patty King mendakwa, dia diracun oleh pe*ngurus perniagaannya, Laverne Toney dan pembantu peribadinya, lapor laman hiburan Eonline.
“Saya percaya bapa saya diracun dan dia diberikan benda asing supaya mati cepat,” kata dua anak perempuannya dalam afidavit berasingan, menurut Eonline.
Dalam pada itu, pengurus hartanah King, Toney menolak dakwaan dua wanita tersebut.
“Mereka sudah beberapa kali membuat tuduhan ini. Apa lagi yang baharu?,” kata Toney se*perti laporan laman hiburan tersebut.
Terdahulu, seorang koroner tempatan mengesahkan siasatan kes bunuh tersebut dan menyatakan, mayat King akan dibedah siasat.
King atau nama sebenarnya Riley B. King dilahirkan miskin dan membesar dengan bekerja di ladang kapas tetapi berpeluang menceburi dunia muzik ekoran bakatnya bermain gitar.
Dia kemudian berhijrah ke Memphis dan be*kerja untuk beberapa stesen radio.
King kemudian dikenali sebagai Beale Street Blues Boy yang akhirnya berakhir dengan singkatan B.B King.
King dikenali ramai kerana genre muziknya dan pernah menjadi duta irama blues. – AFP