agenloan
Active+ Member
- Messages
- 4,242
- Joined
- Oct 17, 2011
- Messages
- 4,242
- Reaction score
- 50
- Points
- 35
KUALA LUMPUR 10 April - Datuk Azzuddin Ahmad hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkuat kuasa pada penghujung bulan depan.
Perkara itu diumumkan beliau pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Eksekutif FAM di sini, sebentar tadi.
Azzuddin mengumumkan keputusan tersebut dibuat untuk membolehkan dia menjadi Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) bermula pada 1 Jun. - UTUSAN ONLINE
Azzuddin tinggalkan FAM
SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad bakal meninggalkan tugasnya di Wisma FAM untuk mengalas jawatan baru sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Asia (AFF) berkuatkuasa 1 Jun.
Perkara ini disahkan sendiri Azzuddin pada sidang media selepas majlis penyerahan sumbangan perlawanan amal Malaysia – Palestin di Hotel Royal, Chulan, hari ini.
Jelasnya, perkara ini telah dimaklumkan kepada Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah untuk mendapat perkenan dan secara dasarnya baginda menyokong.
“Ya saya akan mengalas jawatan tersebut jika tiada apa yang menghalang.
"Dan kemungkinan tugas itu akan bermula awal Jun nanti,” kata Azzuddin.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai jawatan sedia ada yang disandangnya ketika ini, Azzuddin berkata, jawatan tersebut akan disandangnya sehingga akhir Mei sebelum diganti dengan individu lain.
“Memandangkan saya menggalas jawatan di AFF nanti, jawatan di FAM perlu dilepaskan untuk memberi peluang kepada individu baru bagi memantapkan lagi FAM.
“Namun, buat masa ini saya sendiri tidak tahu siapa yang layak, namun saya percaya mereka yang bakal mengambil alih jawatan tersebut mampu menggalas tanggungjawab dan amanah,” ujarnya.
Pada masa yang sama, Azzuddin turut memberi bayangan dan komitmen akan mengeratkan hubungan dalam kalangan negara asia dan mengamalkan corak hubungan mesra dalam sukan bola sepak.