BTC USD 63,733.0 Gold USD 4,326.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Azrinaz tamatkan zaman janda

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
61525437669_freesize.jpg

image.jpg


image.jpg

Azrinaz Mazhar Hakim selamat bernikah dengan teman lamanya, Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei lalu.

KUALA LUMPUR 4 Mei – Personaliti terkenal tanah air yang juga bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Azrinaz Mazhar Hakim selamat bernikah dengan teman lamanya, Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei lalu.

Pasangan berkenaan melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di kediaman Azrinaz di sini.

Menurut Azrinaz, keputusan memilih untuk menamatkan zaman janda dengan Fairos dibuat selepas beliau yakin dengan suaminya yang sangat memahami rentak kehidupan dan kehendaknya.

Dalam masa sama, Azrinaz berkata, pernikahan kali ini bukan didorong oleh perasaan ingin mencari kekayaan semata-mata.

“Bukan material yang dicari, cukuplah seorang insan yang dapat membimbing, meneman, menyayangi, menghargai, menghormati dan menyanjungi diri ini di kala susah senang, suka duka, cerdas dan sakit, sewaktu kepala masih diliputi rambut mahupun sehelai dua,” kata Azrinaz kepada Utusan Online sebentar tadi.

Azrinaz turut memuat naik kenyataan dan foto pernikahannya dengan Fairos dalam laman sosial Instagram beberapa minit lalu.

Menurut Azrinaz, beliau memohon maaf kepada semua pihak termasuk media kerana tidak berkongsi lebih awal berita pernikahannya.

“Kami bukanlah sempurna, dengan ketidaksempurnaan inilah yang melengkapi kami berdua. Dari lubuk hati, maaf dipohon, 10 jari disusun kerana berita ini tidak dikongsi dengan rakan-rakan media terlebih dahulu mahupun sahabat handai.

“Biarlah penyatuan ini selamat selesai semuanya sebelum hebahan. Hubungan yang terjalin ini saya memilih cara lebih ‘privacy’ begitu juga dalam melayari alam rumah tangga nanti.

“Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya segala usaha telah dipermudahkan dalam setiap perancangan yang hanya memakan masa dua bulan,” ujar Azrinaz yang juga bekas wartawan penyiaran di stesen televisyen TV3.

Azrinaz dan Fairos dinikahkan oleh ketua Pendaftar nikah, cerai dan rujuk Jawi Wilayah Persekutuan, Hazman Hashim berwalikan bapa pengantin perempuan, Hakim Azhar Mohammad Johar.

Azrinaz yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-39 pada 23 September ini pernah bergelar isteri kepada Sultan Brunei selama lima tahun.

Beliau dan Sultan Hassanal Bolkiah berkahwin pada 2005 dan hasil perkahwinan tersebut pasangan diraja itu dikurniakan sepasang cahaya mata Pengiran Muda Abdul Wakeel, 12, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 10.


http://www.utusan.com.my/berita/ter...at-bernikah-1-mei-lalu-1.665387#ixzz5EXKI7Pcg
 
nafkah anak ttp kena bg wpun dah ada suami lain. klo dh papaku sultan brunei, mmg senangla hidup
 
nafkah anak bekas isteri kene bg ke? bkn ayah jerk kan tggjwb bg nafkah... bab nafkah anak ni rase terletak atas bahu suami wallahualam...

Betul dah tu. TT belum kawin lg. Die x sure la tu :D
Rasenya pengiran & puteri mesti duk istana punya. Xdenya sultan nk biar je waris jd org kebanyakan
 
betul ke kalau ada kayap susah nak baik cari lelaki bujang kahwin janda dan mintak dia sembur sikit..hehe..lepas ni suami dia boleh buka pusat perubatan kayap ni..
 
Ank dia waris no bpe sultan Brunei?
 
Back
Top
Log in Register