BTC USD 61,620.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Azmin Didesak Tinggalkan PKR

MATROCKO

Fun Poster
Messages
594
Joined
Mar 19, 2010
Messages
594
Reaction score
4
Points
15
azmin-pkr.jpg


KUALA LUMPUR: Pemimpin dan ahli PKR Cabang Ampang mendesak Timbalan Presiden parti, Mohamed Azmin Ali supaya meninggalkan PKR jika tidak berani tampil menjawab pelbagai dakwaan serta tuduhan yang dilemparkan ke atas Ahli Parlimen Gombak itu sejak kebelakangan ini.

Ketua Penerangannya, Mohd Isa Mohd Saidi, berkata jika benar pemimpin kanan PKR itu tidak terbabit dengan segala isu dibangkitkan, maka beliau harus mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang mencemar nama baiknya.

“Bukan saja rakyat menunggu jawapan Azmin, malah ahli parti sendiri bertanya kepada kami. Bagaimana kami mahu jawab kerana bertanya kepada kepemimpinan tertinggi parti mereka pula minta kita jangan campur tangan isu ‘atasan’.

“Kami amat bimbang jika tiada penjelasan dan tindakan berani daripada Azmin, nasib PKR serta kemungkinan pembangkang pasti akan kecundang pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita juga yakin beliau tidak akan membisu dan berdiam diri jika tidak bersalah. Beliau perlu tampil berani menjawab segala tuduhan demi kepentingan parti, diri serta keluarganya,” katanya pada sidang media di sini, semalam yang turut dihadiri, Naib Ketua Cabang PKR Ampang, HM Tan.

Bulan lalu, bekas EXCO Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mencabar Azmin supaya menjelaskan butiran sumber kewangannya untuk membeli saham bernilai jutaan ringgit ketika menjadi pegawai kerajaan pada 1992 hingga 1994 daripada terus mencari kesalahan orang lain.

Sebelum ini, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari, berkata sejak beliau mendedahkan maklumat itu menerusi laporan polis pada 17 November 2009 sehingga sekarang, Azmin masih gagal menjawab atau memberi penjelasan mengenainya.

Sementara itu, Mohd Isa berkata, lebih ramai pemimpin parti peringkat cabang dan ranting PKR seluruh negara perlu tampil mendesak Azmin supaya menjawab segala pertuduhan.

“Sekiranya Azmin tidak boleh jawab, maka kita minta pemimpin tertinggi PKR yang lain termasuk Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Ampang supaya ‘bantu’ beliau untuk menjawabnya.

“Jika kami diarah hanya setakat menafikan saja isu ini, sedangkan kami sendiri faham bukan saja rakyat negara ini malah masyarakat antarabangsa juga sedang menanti reaksi pemimpin PKR ini,” katanya.
 
hakhakhakhakak...abih up balik thread matrocko..
matrocko tgh riki datin tu kot senyap je ni..kuiukiukui
 
Wah ini nak cari Datin gersang ni nak jadi gigolo ke matrocko ni?
 
betul ke tu matrocko punya?


@matrocko,
kalau betul, ko nak aku carikan tak? 50% comission :p
 
azmin-pkr.jpg


KUALA LUMPUR: Pemimpin dan ahli PKR Cabang Ampang mendesak Timbalan Presiden parti, Mohamed Azmin Ali supaya meninggalkan PKR jika tidak berani tampil menjawab pelbagai dakwaan serta tuduhan yang dilemparkan ke atas Ahli Parlimen Gombak itu sejak kebelakangan ini.

Ketua Penerangannya, Mohd Isa Mohd Saidi, berkata jika benar pemimpin kanan PKR itu tidak terbabit dengan segala isu dibangkitkan, maka beliau harus mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang mencemar nama baiknya.

“Bukan saja rakyat menunggu jawapan Azmin, malah ahli parti sendiri bertanya kepada kami. Bagaimana kami mahu jawab kerana bertanya kepada kepemimpinan tertinggi parti mereka pula minta kita jangan campur tangan isu ‘atasan’.

“Kami amat bimbang jika tiada penjelasan dan tindakan berani daripada Azmin, nasib PKR serta kemungkinan pembangkang pasti akan kecundang pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita juga yakin beliau tidak akan membisu dan berdiam diri jika tidak bersalah. Beliau perlu tampil berani menjawab segala tuduhan demi kepentingan parti, diri serta keluarganya,” katanya pada sidang media di sini, semalam yang turut dihadiri, Naib Ketua Cabang PKR Ampang, HM Tan.

Bulan lalu, bekas EXCO Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mencabar Azmin supaya menjelaskan butiran sumber kewangannya untuk membeli saham bernilai jutaan ringgit ketika menjadi pegawai kerajaan pada 1992 hingga 1994 daripada terus mencari kesalahan orang lain.

Sebelum ini, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari, berkata sejak beliau mendedahkan maklumat itu menerusi laporan polis pada 17 November 2009 sehingga sekarang, Azmin masih gagal menjawab atau memberi penjelasan mengenainya.

Sementara itu, Mohd Isa berkata, lebih ramai pemimpin parti peringkat cabang dan ranting PKR seluruh negara perlu tampil mendesak Azmin supaya menjawab segala pertuduhan.

“Sekiranya Azmin tidak boleh jawab, maka kita minta pemimpin tertinggi PKR yang lain termasuk Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Ampang supaya ‘bantu’ beliau untuk menjawabnya.

“Jika kami diarah hanya setakat menafikan saja isu ini, sedangkan kami sendiri faham bukan saja rakyat negara ini malah masyarakat antarabangsa juga sedang menanti reaksi pemimpin PKR ini,” katanya.


bro baik lu tinggalakn umnGOk parti yg buat islam d pandang hina oleh masyarkt lain...buat2lah muhasabah diri yo jang oiiiiiiiiiii:eek::eek::eek:
 
berapa banyak thread ko nak bukak pencacai woi tak takut m.a.mpus ke
 
Back
Top
Log in Register