BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Azlan sedia gegar Autopolis

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
PELUMBA pasukan Boon Siew Honda Racing Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman mahu mengubati kekecewaan yang dialami dalam kategori Super- Sports 600cc menjelang Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) Petronas di Litar Lumba Antarabangsa Autopolis, Jepun minggu ini.

Azlan hampir mencatat kemenangan pertamanya musim ini pada Pusingan 3 di Chennai, India, namun pada dua pusingan terakhir, dia gagal menga- wal jenteranya lalu terjatuh ketika sedang mendahului Perlumbaan 2.

Azlan berupaya meneruskan perlumbaan, namun sekadar berada di kedudukan ke-14.

Menjelang perlumbaan kali ini, Azlan sedia bangkit mene- bus kesilapan di samping berharap dapat menamatkan penantian untuk bergelar juara pada musim ini.

“Saya telah mensia-siakan peluang yang ada kerana terlalu inginkan kemenangan.

“Saya telah mencuba melebihi kemampuan saya kerana pada ketika itu saya tidak berada dalam keadaan yang benar-benar cergas,” kata Azlan yang meraih kejayaan terakhir pada tahun 2009 di Jepun.

Sudah melupakan kesilapan tersebut dan bersedia sepenuhnya untuk menghadapi cabaran sengit di Jepun, Azlan menambah: “Sudah tentu pelumba-pelumba Jepun seperti Katsuaki Fujiwara dan Toshiyuki Hamaguchi mempunyai kelebihan beraksi di tempat sendiri, namun ia tidak menjadi alasan menyekat kemahuan saya.”

Pelumba berusia 27 tahun itu menjelaskan, kru pasukannya mempunyai banyak pengalaman di Litar Autopolis dan ia akan menjadi bekalan terbaik untuk mereka melakar kejayaan.

“Selain itu, dengan adanya Yoshiteru Konishi (juara empat kali Kejuaraan Seluruh Jepun SuperSports 600cc) yang bertindak sebagai mentor dan juru- latih, saya percaya kami dapat menyahut cabaran.

“Dengan tunjuk ajar Konishi, kemahiran tunggangan saya semakin meningkat, terutamanya ketika di selekoh. Saya tidak lagi tergelincir seperti mana yang sering berlaku sebelum ini.

“Jentera Honda saya juga berada dalam keadaan terbaik, pasukan teknikal Harc-Pro begitu berkemahiran dan saya juga percaya dengan kemampuan yang saya miliki.

“Kami menggabungkan kesemua perkara ini bersama-sama untuk mencapai keputusan terbaik dan saya juga begitu bersemangat untuk meraih kejayaan pertama pada musim ini,” tambah Azlan.

Dalam misi memburu kejayaan sulung, Azlan turut menyatakan Fujiwara, Hamaguchi, Mohd. Zamri Baba dan pasangan pelumba Thailand, Decha Kraisart dan Charlempol Pola- mai akan menjadi pesaing utamanya nanti.

Dengan lima kejayaan menaiki podium daripada enam perlumbaan, Azlan kini berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan mengumpul 84 mata.
 
Back
Top
Log in Register