BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Azizulhasni raih emas acara keirin elit Siri Trek ASEAN

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
3395952.webp

Mohd Azizulhasni (kiri) dan Nur Alyssa (kanan) bergambar bersama sempena perlumbaan Siri Trek ASEAN Piala Presiden 1 di Velodrom Nasional Nilai pada Khamis.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


KUALA LUMPUR - Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terus mempamerkan prestasi cemerlang apabila meraih pingat emas dalam acara keirin elit pada kejohanan Siri Trek ASEAN (Piala Presiden) 1 di Velodrom Nasional di Nilai pada Khamis. 

Pelumba yang digelar "The Pocket Rocketman" itu mewakili Team Azizul itu menewaskan Dika Alif Dhentaka dari Indonesia, manakala tempat ketiga dimenangi To Cheuk Hei dari Hong Kong.

Dalam pada itu, dua lagi wakil Malaysia, Muhammad Ridwan Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis yang beraksi dalam cara final keirin, masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat keempat dan kelima.

Sementara itu, dalam acara keirin wanita elit menyaksikan pelumba negara Nurul Alyssa Farid meraih emas selepas menewaskan rakan senegara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua, manakala pelumba Hong Kong, Cho Yiu Yeung menamatkan perlumbaan di tempat ketiga. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register