BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aziz Bari diberi amaran

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Walaupun berdepan dengan pelbagai tekanan dan penarikan diri ahli panel, namun forum membantah e-undi dalam pilihanraya kampus, tetap diteruskan walaupun terpaksa diadakan di koridor dewan kuliah utama Akademi Pengajian Islam (API) Universi Malaya (UM) malam tadi.

Forum yang membahaskan tajuk "E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus" itu turut dikejutkan penarikan diri pensyarah terkenal Dr Abdul Aziz Bari (kiri) sebagai ahli panel beberapa jam sebelum majlis itu berlangsung.

Forum anjuran Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) itu terpaksa diadakan di luar dewan tersebut selepas pihak pentadbiran membatalkan penggunaan dewan kuliah untuk forum tersebut, tiga hari lalu.

Sebelum ini dilaporkan dua penyelaras BANTAH menerima ugutan dalam bentuk surat layang dan mesej SMS serta didesak membatalkan forum tersebut. Forum itu berlangsung selama satu jam setengah bermula jam 9.45 malam.

Pengerusi BANTAH, Mohd Aizat Mohd Salleh ketika ditemui pemberita selepas forum itu berakhir mendakwa, penarikan tokoh akademik itu disebabkan surat amaran telah dikeluarkan kepadanya oleh pentadbiran Univerisiti Islam Antarabangsa (UIA).

"Ini adalah satu pencabulan demokrasi kepada ahli akademik," katanya ketika mengulas penarikan diri Dr Abdul Aziz pada saat-saat akhir.

Diberi surat amaran

Menurut Aizat, sebelum ini, pihaknya telah dua kali mendapat persetujuan kehadiran pakar perlembagaan itu untuk menghadiri forum malam tadi.

Sebelum majlis itu bermula, Mohd Aizat memberitahu Malaysiakini, bahawa beliau menyedari keputusan Dr Abdul Aziz itu setelah menyemak emelnya jam 1 tengah hari semalam.

Menurutnya, sebaik sahaja menyedari hal tersebut, beliau cuba meyakinkan Abdul Aziz supaya menghadiri majlis tersebut dengan membalas emelnya.

Bagaimanapun, sehingga jam kira-kira 4.30 petang semalam, emelnya kepada Dr Abdul Aziz Bari tidak dijawab.

Dalam emel lima perenggan yang dihantar kepada Mohd Aizat yang juga exco MPMUM, Dr Abdul Aziz memohon maaf kerana tidak dapat hadir sebagai ahli penal forum tersebut, selepas dikatakan mendapat surat amaran dari UIA.

Mengulas lanjut, Mohd Aizat berkata beliau bercadang untuk berjumpa dengan Dr Abdul Aziz Isnin ini bagi mendapatkan penjelasan berhubung surat amaran dan bentuk tekanan yang diterima oleh tokoh akademik tersebut.

Sementara itu, ketiadaan Dr Abdul Aziz tidak mematahkan semangat BANTAH untuk menerus penganjuran forum malam tadi, yang disifatkan sebagai kemuncak penentangan pelaksanaan pengundian secara elektronik dalam pilihanraya kampus itu, yang dijangka diadakan pertengahan bulan ini.

200 pelajar hadir

Forum itu mendapat sambutan hangat dengan lebih 200 pelajar yang beramai-ramai duduk bersila dan bersimpuh di atas hamparan tikar, di hadapan dewan tersebut.

Selain mahasiswa UM dan UIA, forum malam tadi turut hadir pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Ahli panel forum tersebut terdiri daripada ADUN Teja Chang Lih Kang, Pengerusi Pro-Mahasiswa (Pro-M) Nasional Mohd Shafie Hashim manakala pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Shazni Munir Mohd Ithnin pula menggantikan tempat Dr Abdul Aziz Bari.

Forum tersebut dipengerusikan oleh Mohamad Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini, salah seorang tertuduh dalam kes menconteng dan cubaan membakar dewan kuliah API, beberapa bulan lalu.

Dalam majlis itu juga, pihak MPMUM dan Pro-M, masing-masing mengedarkan risalah kepada hadirin, yang menyatakan sebab mereka membantah penggunaan e-undi.

BANTAH juga turut menggantungkan kain rentang di dewan kuliah tersebut untuk mengumpul tandatangan pelajar yang membantah pelaksanaan sistem tersebut.
 
Pensyarah UIA akui terima 'tekanan'

Pensyarah terkemuka Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Abdul Aziz Bari mengakui beliau menerima "tekanan" ekoran kesediaan beliau untuk menghadiri forum membantah pelaksanaan sistem pengundian berkomputer atau e-undi, di Universiti Malaya (UM) malam tadi.

Katanya, beliau terpaksa membatalkan hasratnya itu ekoran tekanan dari "pihak atasan" menyebabkan beliau mengundur diri sebagai ahli panel beberapa jam sebelum forum bertajuk "E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus" yang berlangsung di koridor dewan syarahan di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) malam tadi.

"Saya menghadapi keadaan yang sulit. Memang ada tekanan, saya berada dalam keadaan dilema. Saya berada dalam keadaan sukar buat masa ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Katanya sebelum ini beliau banyak kali menerima tekanan secara tidak langsung daripada pentadbiran UIA ekoran kelantangan beliau dalam mengupas sesuatu isu, menyebabkan ketua jabatannya terpaksa menjawab bagi pihaknya.

"Itupun tekanan juga. Sebelum ini saya pernah dapat emel yang menyatakan itu tak boleh buat, ini tak boleh buat.

"Bahkan terdapat surat pekeliling yang menyatakan kakitatangan universiti tidak boleh mengeluarkan kenyataan tanpa kebenaran pejabat pendaftar.

"Orang kata, surat itu ditujukan kepada Dr Abdul Aziz Bari lah tu," katanya sambil ketawa.

Menurut tokoh akademik itu, beliau telah menjelaskan kepada penganjur bahawa beliau tidak berniat untuk menarik diri pada saat-saat akhir kerana sebelum ini beliau telah memberi pengesahan untuk hadir sebagai ahli panel dalam forum tersebut.

"Saya bimbang jadi macam YB Nik Nazmi...Saya memang bertanggungjawab untuk beritahu sesuatu (dalam forum itu). Saya bersimpati dengan perjuangan mereka," katanya.

Forum yang membahaskan tajuk "E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus" anjuran Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH) dikejutkan dengan penarikan diri Dr Abdul Aziz sebagai ahli panel, beberapa jam sebelum forum itu berlangsung.

Pengerusi BANTAH, Mohd Aizat Mohd Salleh dilaporkan berkata, penarikan tokoh akademik itu disebabkan surat amaran telah dikeluarkan kepadanya oleh pentadbiran UIA dan menyifatkan ia sebagai "satu pencabulan demokrasi kepada ahli akademik."

Menurut Aizat, sebelum ini, pihaknya telah mendapat persetujuan untuk hadir sebanyak dua kali dari pakar perlembagaan itu.

Sebelum majlis itu bermula, Mohd Aizat memberitahu Malaysiakini, bahawa beliau menyedari keputusan Dr Abdul Aziz itu setelah membuat semakan melalui emelnya jam 1 tengah hari semalam.

Bagaimanapun, sehingga jam kira-kira 4.30 petang semalam, emelnya kepada Dr Abdul Aziz Bari tidak dijawab.

Bagaimanapun forum tersebut dapat berjalan dengan baik, dan tempat Dr Abdul Aziz Bari digantikan dengan pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Shazni Munir Mohd Ithnin.
 
Ketelusan e-undi terus dipertikaikan

Umumnya ketiga-tiga pemforum dalam majlis forum "E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus" di Universiti Malaya (UM) malam tadi mempersoalkan ketelusan dalam perlaksanaan pengundian secara elektronik (e-voting).

Mereka tidak menolak secara total sistem tersebut tetapi mempersoalkan kepercayaan pelaksanaan sistem tersebut yang "diragui dan boleh dimanipulasikan".

Ini kerana ia tersebut dikawal oleh pihak pentadbiran universiti terutama dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UM.

Ahli penal tersebut, Pengerusi Pro-Mahasiswa (Pro-M) Nasional Mohd Shafie Hashim (kanan) berkata mahasiswa khususnya di UM mempersoalkan integriti sistem e-undi yang merupakan satu perisian yang khas yang bangunkan untuk memudahkan proses pengundian dan pengiraan undi.

Katanya, pelaksanaan undi secara berkomputer "tidak patut" dilaksanakan di Universiti Malaya (UM).

"Mahasiswa tidak membantah sistem perlaksanaan e-undi, kerana kita tidak mampu untuk membahas tentang perisian dan kita tidak mempunyai kepakaran.

"Yang kita persoalkan adalah intergriti sistem tersebut, kerana sistem tersebut sudah tentu dikawal oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP)," katanya bagi memulakan forum tersebut.

Mohd Shafie berkata perisian khas yang diperkenalkan untuk perlaksanaan sistem itu telah menyebabkan mereka mempersoalkan tahap ketelusan sistem tersebut boleh diragui.

Menurut Mohd Shafie lagi berdasarkan maklum balas dari pihak pentabdiran UM, mereka menjelaskan terdapat tiga rasional menggunakan sistem tersebut, antaranya, untuk memudahkan gerak kerja pentadbiran dan menjimatkan masa pengiraan undi yang sebelum ini memakan masa yang terlalu lama.

Beliau berkata, sekiranya, pihak pentadbiran melaksanakan e-undi dengan alasan untuk memudahkan kerja, maka lebih baik menyerahkan tugas tersebut kepada mahasiswa untuk melaksanakannya.

"Serah kepada pelajar sebagai SPR kampus, untuk memudahkan perlaksanaan e-undi... kita tidak menolak ICT, tapi kita soal intergriti lebih penting," katanya

Menurutnya lagi, pentadbiran UM tidak mendapatkan pandangan mahasiswa berhubung keputusan untuk melaksanakan sistem tersebut dalam pilihan raya kampus kali ini.

"Padangan mahasiswa tidak diambil kira. Ini adalah satu bentuk diskriminasi dalam perlaksanaan perkara baru dalam pilihan raya kampus di UM," katanya yang diminta mengulas kebaikan dan keburukan sistem tersebut.

Selain itu, beliau turut mendedahkan kelemahan sistem itu kerana wakil calon tidak diberi peluang untuk melihat perjalanan pengundian itu berlangsung.

Padangan Mohd Shafie kemudiannya disokong oleh ADUN Teja Chang Lih Kang (kanan) yang menjadi ahli panel kedua forum tersebut.

Katanya, beliau bersetuju dengan sistem e-undi sekiranya ia membawa kebaikan dalam proses pendemokrasian dalam kampus di universiti.

Bagaimanapun, seperti Mohd Hashim, Chang turut mempertikaikan tahap ketelusan sistem tersebut sekiranya tidak mempunyai 'semak dan imbang' dalam proses pengundian dan pengiraan undi.

"Bagaimana kita boleh tentukan kertas undi yang dipangkah itu dapat dikira sebagai undi atau pun tidak. Kita tidak tahu. Bagaimana satu undi dikira dan perlunya ada semak dan imbang," katanya.

Dengan memberi contoh pengalamannya sebagai bekas aktivis mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2003, Chang berkata sistem e-undi diperkenalkan di kampus UPM pada tahun tersebut.

"Sebelum itu, empat lima tahun sebelum itu, kami menang besar. Dari 48 kerusi yang dipertandingkan kami menang lebih daripada 35 kerusi. Tetapi pada 2003, terus berubah, proaspirasi menang," katanya.

Katanya pada tahun itu seorang calon pro-M yang bertanding di Kolej Veterinar, hanya memperolehi satu undi.

Perkara itu tidak mungkin berlaku kerana sekurang-kurangnya calon mendapat tiga termasuk melalui sokongan pencadang dan penyokongnya, tambahnya.

"Selepas disemak semula, bukan dapat satu undi tapi 81 undi. Jadi sistem ini tidak ada semak dan imbang. Penyelewangan boleh berlaku," katanya.

Bagaimanapun katanya terdapat negara yang mengamalkan e-undi antaranya seperti di Kanada, Brazil, India dan Perancis yang memberikan kebaikan kepada mereka.

"Tapi orang yang mengendalikan, kena ada kredibiliti. HEP ada tak?" soalnya kepada para hadirin.

"Kamu pikirlah sendiri," katanya disambut gelak ketawa para hadirin.

Tambahnya, beliau menggesa agar perlunya satu "padang yang sama rata" untuk memastikan ketelusan perlaksanaan sistem tersebut.

"Bukan soal menang atau kalah kerana menang bukan tradisi, kalah bukan boleh diwarisi. Ia boleh berlaku manipulasi," katanya sambil diiringi tepukan gemuruh hadirin.

Sehubungan itu beliau mencadangkan kepada pihak pentadbir universiti khususnya UM agar tidak tergesa-gesa untuk melaksanakan sistem ini.

"Universiti mungkin ada niat yang bagus, tapi ada niat mesti dibawa bincang, tak boleh buat tergesa-gesa. Niat baik kita kena bincang, dapatkan konsesus terlebih dahulu kemudian laksanakan.

"Dapatkan persetujuan dari kedua-dua belah pihak. Kalau seorang sahaja bersetuju, kena tangguhlah perlaksanaannya," katanya.

Beliau mencadangkan agar menggunakan kaedah pengundian 'sentuh skrin', iaitu sistem pengundian elektronik menyentuh skrin dan ia dikira sebagai undi.

Pada masa yang sama, katanya, undian tersebut akan direkodkan oleh 'server' dan kertas undi akan dicetak yang telah ditanda pangkah akan keluar dan seterusnya dimasukkan ke dalam kotak.

Katanya, ini membolehkan calon membuat semakan terhadap jumlah kertas undi yang diperolehinya, sekiranya terdapat kesilapan pada pengiraan e-undi.

"Ini adalah salah satu daripada cara untuk mewujudkan demokrasi di dalam pilihan raya kampus," katanya.

Sementara itu, pengerusi SMM Shazni Munir Mohd Ithnin (kanan) yang menggantikan Dr Abdul Aziz Bari berkata sistem demokrasi yang digunapakai pada hari ini adalah dari pengamalan Yunani sejak abad 5 sebelum masihi.

Katanya, tahap permahaman terhadap demokrasi umumnya di kalangan rakyat Malaysia amat menyedihkan.

"Kita masih tidak boleh kenal demokrasi. Dari kecil hingga besar kita tidak dididik dengan demokrasi," katanya.

Tegasnya, demokrasi secara asasnya adalah kuasa rakyat untuk menentukan bentuk pemerintahan yang diingini.

Beliau berkata, setahunya tidak ada negara yang mengamalkan amalan demokrasi sepenuhnya, sebab banyak elemen termasuk pemilihan presiden, sehinggakan terdapat presiden yang dipilih, cuba mempengaruhi keputusan yang telah dibuat.

"(Jadi) bagaimana kita boleh yakin dengan demokrasi di kampus, hanya sekadar membantah dengan memangkah di kertas undi?" soal Shazni Munir.

Menurutnya, mahasiswa tidak mempunyai masalah dengan kecanggihan teknologi tetapi beliau tidak mahu melihat teknologi itu menggangu perjalanan demokrasi di kampus.

"Kita tidak ada masalah dengan teknologi, tapi teknologi kena ikut demokrasi, bukan demokrasi kena ikut teknologi. Teknologi kena duduk di bawah demokrasi," katanya.

Forum tersebut anjuran Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya, berlangsung selama satu jam setengah mulai jam 9.45 malam.

Walaupun menerima banyak tekanan dan halangan, pihak penganjur berjaya melaksanakan forum tersebut yang dihadiri lebih 200 pelajar daripada beberapa kampus utama di Lembah Klang antaranya Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Pensyarah terkenal Dr Abdul Aziz Bari yang merancang untuk menghadiri forum tersebut terpaksa membatalkan hasratnya kerana dikatakan menerima surat amaran daripada pentadbiran UIA.
 
mak pak antar uni utk belajar...bukan utk bikin onar...cth onar?

Forum tersebut dipengerusikan oleh Mohamad Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini, salah seorang tertuduh dalam kes menconteng dan cubaan membakar dewan kuliah API, beberapa bulan lalu.

ntah ler...

p/s: tapi kalau budak ni jawab, mesti dia kata," saya belajar gak nih buat forum...":eek::eek::eek:
 
patut buat proses undi mcm p/raya umum Malaysia la. nak bagus lagi pakai dakwat celup jari dan prses pengiraan telus melibatkan semua pihak yg bertanding. proses e-voting ni meragukan sebab boleh dimanipulasi oleh pihak yg menjaga sistem itu iaitu pihak universiti yg tunduk kepada arahan kerajaan/UMNO.
 
TT...banner kat bawah tu boleh tahan ayat nya... mcm kurang elok bunyinya..
 
patut buat proses undi mcm p/raya umum Malaysia la. nak bagus lagi pakai dakwat celup jari dan prses pengiraan telus melibatkan semua pihak yg bertanding. proses e-voting ni meragukan sebab boleh dimanipulasi oleh pihak yg menjaga sistem itu iaitu pihak universiti yg tunduk kepada arahan kerajaan/UMNO.


yup...sokong nih...
benda2 penting camni takyah ler nak cepat2 sgt pun...sistem lama bagus sebab pakai kertas yang boleh trace pergerakan dia...

cuma takyah ler nak berforum2...ramai yg amik kesempatan...buat petition amik sign dah cukup rasanya...HEP tak dengar, pakat2 sapa yg sign tu boikot tak gi ngundi...lagi untung per...sebab?

katakan kalau biasa peratusan ngundi 80%...so ada 20% tak gi undi...yg sign tu katakan 40% pengundi...so bila hari undi kena boikot...geng2 ni boleh la kata 40%+20%= 60% menyokong kami sebab boikot ngundi...ekekekeke...

work smart not work hard...:)cgrock
 
Belajar dulu la kasi habis. Dah kuar Universiti nak bangkang ke buat ape pun buat la. Kesian kat mak bapak kat kampung tu. Bangsa lain sibuk study nak dapat first class degree...budak melayu duk sibuk berpolitik pelajaran terabai pastu kena tendang keluar. Org lain buat degree 3 thn dia buat sampai 6 thn tu pun result cukup makan. Come on la...politik kampus je...projek paling besar pun Pesta Konvokesyen je.
 
Belajar dulu la kasi habis. Dah kuar Universiti nak bangkang ke buat ape pun buat la. Kesian kat mak bapak kat kampung tu. Bangsa lain sibuk study nak dapat first class degree...budak melayu duk sibuk berpolitik pelajaran terabai pastu kena tendang keluar. Org lain buat degree 3 thn dia buat sampai 6 thn tu pun result cukup makan. Come on la...politik kampus je...projek paling besar pun Pesta Konvokesyen je.

dr muda le nk blajar bro....:D:D
 
dah settle kot....


Penjelasan Aziz Bari

Pensyarah Universiti Islam Malaysia (UIA) Dr Abdul Aziz Bari menjelaskan berlaku salahfaham berhubung ketidakhadirannya di forum "E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus" di Universiti Malaya semalam.

Forum tersebut anjuran Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya, berlangsung selama satu jam setengah mulai jam 9.45 malam.

Berikut adalah penjelasan penuh Dr Aziz Bari ekoran laporan mengenai perkara itu:

"Nampaknya ketidakhadiran saya semalam menimbulkan keadaan dan tanggapan yang kian kusut dan mengelirukan. Saya ingin menjelaskan pihak UIA tidak memberi amaran supaya saya tidak hadir dalam forum itu.

"Malangnya penganjur forum itu salah faham dengan maksud emel saya itu. Ketidakfahaman itu menyebabkan media terkeliru sama dan timbul laporan yang menimbulkan imej negatif pada UIA. Ini tidak adil dan tidak betul. Saya sekadar berkomunikasi dengan penganjur; komunikasi itu tidak harus dijadikan kenyataan umum kerana ia tidak dimaksudkan begitu.

"Maksud sebenarnya saya ialah saya tidak selesa dengan publisiti negatif forum berkenaan. Dan sebagai orang luar saya berasa ragu untuk masuk ke kampus tersebut dalam keadaan sedemikian.

"Saya maksudkan keadaan sulit dan tekanan dalam suasana politik sekarang. Bukan tekanan dari UIA. UIA tidak ada kena mengena dengan forum itu. Saya melihat masalah itu ialah antara penganjur forum itu dengan pihak UM. Bukan dengan UIA.

"Saya menyebut tekanan tapi bukan tekanan dari UIA. Tekanan dirasakan akibat pergolakan sekarang. Ia ingatan umum tentang peraturan universiti dan tidak merujuk kepada forum malam tadi.

"Malangnya apa yang saya sebutkan 'amaran' itu disalahanggap dan penganjur ingat merujuk kepada forum itu."
 
Back
Top
Log in Register