BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Azeira mahu luaskan jenama sendiri

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg


Minat yang mendalam dalam bidang perniagaan membuatkan Azeira Azman, 21, mengambil keputusan membuka butik pakaiannya sendiri sejurus tamat pengajian di Giatmara dalam jurusan Beauty Spa dua tahun lalu.

Menurutnya, menjadi usahawan pada usia yang begitu muda bukanlah kerjaya yang mudah. Perlu ada semangat kental, tahan menghadapi cabaran dan dugaan, selain semangat untuk terus kekal dalam bidang yang dipilih.

Bagi Azeira yang lebih selesa dipanggil Baby, memilih untuk bekerja sendiri tanpa terikat dengan mana-mana syarikat memang menjadi matlamatnya sejak di bangku sekolah.

Meletakkan ibunya di tahap tertinggi sebagai idola dalam menguruskan kehidupan dan perniagaan, dia tekad mengikut jejak langkah ibunya.

Baby berkata, sudah dua tahun dia membuka butik pakaian dan aksesori wanita yang diberi nama Red Roses Beauty & Collection dan sehingga kini perniagaannya mendapat sambutan yang memberangsangkan.

“Antara pakaian yang dijual termasuklah jubah, abaya, baju kurung, skirt, palazo dan semua rekaan adalah daripada ilham saya sendiri.

“Pengunjung tidak akan dapat rekaan ini di tempat lain kerana ia merupakan rekaan eksklusif untuk Red Roses Beauty & Collection,” katanya ketika ditemui S2 di butiknya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Gadis yang memiliki perwatakan ceria dan mesra ini berkata, harga pakaian dan aksesori wanita yang dijual di butiknya adalah berpatutan iaitu bermula daripada RM10 sehingga RM399.

Jelasnya, dia juga menawarkan khidmat ‘cash on delivery’ kepada pelanggan yang berada di sekitar ibu kota.

“Penghantaran barang dan menjaga butik dilakukan sendiri oleh saya. Saya tidak mempunyai pekerja kerana saya yakin boleh menjalankan semua kerja ini sendiri.

“Bagi anak muda yang minat berniaga, jangan takut mencuba. Kita tidak akan tahu sesuatu dan pelajari sesuatu kalau kita tak pernah mencubanya sendiri,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register