BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Azeem Pecah Rekod Lagi

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836

Azeem pecah rekod lagi​

11 Februari 2023 10:11am

2088787.jpg


Muhammad Azeem


PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi terus menampilkan prestasi terbaik apabila memecahkan rekod kebangsaan yang juga rekod miliknya sendiri dalam acara pecut 60 meter (m) lelaki dalam dewan pada kejohanan Tiger Paw Invitational, South Carolina pada Sabtu.

Atlet berusia 18 tahun yang mewakili Universiti Auburn, berjaya mencatat 6.62 saat (s) untuk memadamkan rekod 6.63s yang dilakukannya pada kejohanan 2023 Texas Tech Open, 28 Januari lalu.

Rekod kebangsaan sebelum ini dipegang pemenang pingat perak Kejohanan Asia 1998, Watson Nyambek yang mencatat 6.66s pada Kejohanan Dunia 1999 di Maebashi, Jepun.

Dalam kejohanan di South Carolina itu, Muhammad Azeem yang beraksi dalam acara final mengakhiri saingan di kedudukan kelima.

Trayvon Bromell menduduki tempat pertama dengan catatan masa 6.42s, Marcellus Moore kedua dengan 6.52s dan Sterling Warner-Savage berada di kedudukan ketiga dengan masa 6.59s.

Muhammad Azeem, yang juga pemegang rekod kebangsaan acara 100m dengan catatan 10.09s, tiba di Universiti Auburn di Alabama pada 4 Januari, untuk melanjutkan pelajaran sambil menjalani latihan di sana.


 
Atlet berusia 18 tahun yang mewakili Universiti Auburn, berjaya mencatat 6.62 saat (s) untuk memadamkan rekod 6.63s yang dilakukannya pada kejohanan 2023 Texas Tech Open, 28 Januari lalu.
 

Azeem sandaran pingat emas negara di Olimpik - Hannah​

11 Februari 2023 05:09pm

2089426.jpg


Hannah menyifatkan Muhammad Azeem boleh diletakkan sebagai sandaran pingat emas negara pada Sukan Olimpik suatu hari nanti.


MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyifatkan atlet pecut, Muhammad Azeem Mohd Fahmi boleh diletakkan sebagai sandaran pingat emas negara pada Sukan Olimpik suatu hari nanti.

Hannah berkata, ia berdasarkan prestasi semasa atlet berusia 18 tahun itu yang memecahkan rekod kebangsaan acara 60 meter (m) miliknya pada Kejohanan Tiger Paw Invitational di Amerika Syarikat, awal pagi tadi.

"Saya sangat bangga dengan pencapaian beliau. Azeem adalah bintang meningkat naik dan diharapkan suatu hari nanti, dia boleh memberikan kita pingat emas di Sukan Olimpik,” katanya ketika ditemui pemberita di Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) di Stadium Mini MSN Bukit Jalil pada Sabtu.

Pada perlumbaan berlangsung di Universiti Clemson, South Carolina itu, Muhammad Azeem mewakili Universiti Auburn mencatatkan 6.62 saat (s) pada aksi final untuk menamatkan saingan di tempat kelima, iaitu 0.01s lebih pantas daripada rekodnya yang dilakukannya pada Kejohanan Terbuka Texas Tech, Januari lepas.

Dalam pada itu, Hannah berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang mendapatkan peruntukan mencukupi menjelang pembentangan Bajet 2023 pada 24 Februari ini bagi memastikan lebih banyak kejohanan dapat dianjurkan buat atlet negara, sepertimana dilakukan KOM.

"Hari ini saya datang untuk melihat sendiri kejohanan ini. Ini sesuatu yang kita perlukan, apabila lebih banyak kejohanan dianjurkan, ia boleh membantu kita mengenal pasti bakat-bakat baharu.

"Selain itu, atlet juga boleh menilai prestasi dan memperbaiki ranking mereka. Ini sesuatu saya sedang usahakan menjelang bajet kali ini. Untuk pastikan kita sentiasa mempunyai peruntukan yang cukup untuk menganjurkan lebih banyak kejohanan," katanya.

Katanya, menerusi sesi libat urus bersama atlet sebelum ini, mereka menyatakan hasrat untuk terlibat dalam lebih banyak kejohanan dalam usaha memperbaiki prestasi masing-masing. - Bernama


 
Klau kt kata dia xlayak jd menteri sukan penyokong dia marah....xrealistik langsung sasaran pun, klau dia target Asia dl ka ok la....
Betoi bang
Bagi juara Asia pun tinggi dah rasanya buat masa ni

sukan Asia lebih realistic.. dan malaysia pernah dapat emas pun 2 kali ..tapi last sekali naik podium (1,2,3) dah 41 tahun lebih..
even sukan Asia, lau tak dpt bwh pada 9.9s ,susah nk dpt emas
 
Back
Top
Log in Register