BTC USD 63,083.7 Gold USD 4,317.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ayuh melayu bantah gst

ketua pemuda umno

Banned
Messages
404
Joined
Dec 10, 2013
Messages
404
Reaction score
4
Points
15
10153031_233341036865166_785435368837278473_n.jpg


10301537_238334586365811_6645118323536324031_n.png


10296281_236404953225441_3650912371642951257_o.jpg


10015102_235299470002656_8477302241341753878_o.jpg


10250158_797321686947759_5581388445905514307_n.jpg



Ayuh melayu bantah gst kami tokey tokey besar duk rumah... koranglah berjuang untuk kami.... Korg sakit ? Kami ada ubat... Polis tangkap ? Kami ada lawyer.... Pandai betul mata sepet kasi melayu marah suruh berjuang sampai kerajaan tumbang... Melayu sama melayu gaduh diorg tepuk tangan dari belakang

'Amir bin Said daripada bapanya berkata bahawa :

"Suatu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu Baginda masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W. Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T. Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud :

"Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu Allah S.W.T hanya memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan.
Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a).
Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam).
Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak)

10256549_10152146521724998_8118244306636908707_n.jpg


10178046_10152146599114998_5917662365516205468_n.jpg


10314562_792149907464347_6194421040260582085_n.jpg


10250246_792149807464357_8882584110367753918_n.jpg

bos besar sudah datang

10299086_678618942200402_8944815843489411982_n.jpg
 
Last edited:
memang puak2 yg bantah GST ni tak paham bahasa ***** tak boleh diajar.. pandai tak boleh tumpang,..
cukai 6% tu yg korang nak bising
yang diorang suka masukkan sampai 10% kat kantung Cha aliff nun yaa..
pergilah bertempur sesama bangsa kat dataran tu..pastu post gambar
berapa kerat chaa alif nun yaa yg ada kat sana??
 
memang puak2 yg bantah GST ni tak paham bahasa ***** tak boleh diajar.. pandai tak boleh tumpang,..
cukai 6% tu yg korang nak bising
yang diorang suka masukkan sampai 10% kat kantung Cha aliff nun yaa..
pergilah bertempur sesama bangsa kat dataran tu..pastu post gambar
berapa kerat chaa alif nun yaa yg ada kat sana??

Ko bengap ke ape? xphm jgn komen..diam2 suda.. :(scam
 
memang puak2 yg bantah GST ni tak paham bahasa ***** tak boleh diajar.. pandai tak boleh tumpang,..
cukai 6% tu yg korang nak bising
yang diorang suka masukkan sampai 10% kat kantung Cha aliff nun yaa..
pergilah bertempur sesama bangsa kat dataran tu..pastu post gambar
berapa kerat chaa alif nun yaa yg ada kat sana??

bagus jugak kalau bro dapat jelaskan dengan lebih terperinci pasal GST ni.
aku secara jujurnya kabur dengan maklumat yang diperolehi, dan tak tau mana lebih bagus sama ada dilaksanakan atau tak dilaksanakan.

terima kasih.
 
aku pun x paham gak GST nie..

nak bantah pun tak tau ape nak dibantah nye..

tapi yg aku tau...harga barang makin naik
 
melayu sama melayu bergaduh ?
islam sama islam bergaduh ?

melayu belum tentu islam.
 
Up sket kot tak nampak.
Kesan GST kepada Kos Kehidupan Rakyat Malaysia
gst.jpg
Oleh:

Dr. Mohd Nazari Ismail[1] dan Ahmad Nizam bin Samsudin[2]


Pengenalan dan Latarbelakang

Semasa pembentangan Belanjawan Kerajaan 2014 pada 25 Oktober 2013, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan rancangan kerajaan untuk melaksanakan Goods and Services Tax (GST) dan penghapusan Sales and Services Tax (SST) yang akan berkuatkuasa pada 1 April 2015.

Kerajaan menyatakan bahawa langkah tersebut adalah perlu kerana keadaan kewangan kerajaan adalah tenat. Ini terbukti apabila Syarikat Fitch, sebuah agensi ‘Rating’ menurunkan (downgrade) bon kerajaan ke tahap `Negatif’ pada bulan Julai 2013.[3]

Susulan dari itu telah timbul perdebatan sama ada langkah itu adalah adil kepada rakyat atau tidak serta sama ada ianya akan membebankan rakyat di masa akan datang.


Percukaian di Malaysia – SST dan GST

Jika sistem percukaian negara ini dilihat dengan lebih dekat,akan didapati rakyat Malaysia telah pun membayar cukai dalam bentuk SST yang menjadi sebahagian daripada kos barangan dan perkhidmatan semenjak tahun 1972 lagi. Beza antara GST dan SST ialah GST adalah cukai nilai tambahan atau ‘value added tax’ (VAT) yang dikenakan bagi setiap urusniaga yang berlaku. Kadar GST yang ditetapkan oleh kerajaan menentukan berapa banyak cukai yang ditanggung oleh pengguna.

Mengikut undang-undang, GST dikenakan ke atas setiap urusniaga kecuali urusniaga itu diberi pengecualian dari skop GST. Semua perkhidmatan atau barangan yang tidak diumumkan sebagai “dikecualikan” akan dikenakan GST. Walupun GST akan dikenakan pada setiap peringkat urusniaga, namun pada akhirnya pengguna membayar sekali sahaja kerana GST mempunyai mekanisma ‘Input tax credit’ dimana cukai yang dibayar oleh sesebuah firma dalam proses pembuatan dan pengagihan boleh dituntut balik. Cuma pengguna akhir sahaja yang tidak dapat meminta balik cukai yang dibayar. Di samping itu, hanya firma yang menjual barang atau perkhidmatan melebihi RM500,000 setahun diwajibkan mendaftar untuk mengenakan GST.

Perbezaan antara GST dan kaedah cukai SST boleh dilihat dalam Jadual berikut:



fahamGSTtolakGST-page24.jpg


Secara umumnya pakar-pakar percukaian di Malaysia bersetuju bahawa kaedah GST jika dilaksanakan akan membantu kerajaan untuk meningkatkan pendapatan cukainya dalam jangka panjang. Namun mereka berbeza pendapat berkenaan kesannya kepada pihak pengguna.

Alasan utama kepada hujah yang menyatakan GST tidak membebankan rakyat ialah kadar yang dikenakan adalah rendah iaitu 6% sahaja. Di samping itu, 40 kategori barangan asas tidak akan dikenakan cukai langsung. Ini termasuk beras, gula, susu tepung dan gandum. Di samping itu juga perkhidmatan yang diklasifikasikan sebagai penting seperti perkhidmatan kesihatan adalah dikecualikan dari cukai. Lagipun pelaksanaan GST juga bermakna SST akan dihapuskan. Akibatnya bagi sesetengah keluaran harga mungkin akan menurun kerana penghapusan cukai SST. Ini kerana di bawah sistem SST sedia ada, pengguna bukan sahaja membayar cukai jualan, bahkan dalam kes minuman berkarbonat di hotel sebagai contoh, pengguna juga dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus yang dikenakan pihak hotel pula.
Sebaliknya masalah cukai berganda ini tidak akan berlaku di bawah sistem GST kerana cukai yang dibayar pemilik hotel diperolehi semula dalam bentuk kredit cukai input dan tidak mewakili kos kepada hotel.

Namun terdapat pandangan lain yang menyatakan bahawa ada beberapa aspek pelaksanaan GST yang akan menghasilkan keadaan di mana harga barangan akan meningkat. Hujah utama mereka ialah dengan pelaksanaan GST, walaupun kadar cukai adalah lebih rendah dan banyak barangan dan keperluan asas adalah dikecualikan dari cukai, namun skop GST adalah lebih besar kerana melibatkan banyak aktiviti urusniaga. Sebagai contoh kos menghasilkan alat keluaran seperti mesin, bahan pembungkusan, elektrik dan lain-lain semuanya akan dikenakan GST. Akibatnya pengilang terpaksa menaikkan harga untuk menampung kenaikan kos akibat GST ini walaupun ianya melibatkan pengeluaran barangan asas.

Dalam erti kata yang lain, walaupun kadar cukai 10% sekarang (iaitu cukai jualan) akan dikurangkan menjadi 6% dibawah GST, hakikatnya sekarang hanya 6-7 perkhidmatan harian yang dikenakan cukai dan hanya 10–15 barangan harian yang digunakan dikenakan cukai. Namun di bawah sistem GST nanti 90% dari barangan dan perkhidmatan harian dikenakan cukai, walaupun pada kadar yang lebih rendah. Jadi, bebanan rakyat seharian menjadi semakin tinggi kerana semakin banyak barangan dan perkhidmatan yang perlu dibayar cukai.

Kos melaksanakan GST (seperti mencetak invois baru, membayar akauntan, kursus dan lain-lain) dianggarkan mencecah RM15,000 setahun bagi setiap syarikat. Perbelanjaan ini akan dimasukkan di dalam kos yang akan menaikkan harga. Ini akan memberi kesan kepada peningkatan harga sesuatu barang.

Akhir sekali apabila GST dilaksanakan nanti, 89% dari keluarga di Malaysia yang sebelum ini dikira tidak perlu membayar cukai kerana pendapatannya rendah, perlu membayar cukai GST secara tidak langsung. Malah, mereka juga tidak menikmati faedah dari penurunan cukai pendapatan kerana pendapatan mereka rendah. Sebahagian besar rakyat Malaysia tergolong dalam kumpulan ini yang terpaksa menanggung cukai baru tetapi tidak pula mendapat faedah dari penurunan cukai sedia ada.

Berdasarkan perbincangan di atas, tidak hairanlah kenapa wujud perbezaan pendapat berkenaan sama ada GST akan meningkatkan kos kehidupan rakyat atau tidak.
Walau bagaimana pun kami berpendapat bahawa pandangan yang menyatakan bahawa pelaksanaan GST tidak akan menghasilkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan adalah tidak meyakinkan. Sebaliknya kami merasakan bahawa kenaikan harga asas masih akan pasti berlaku akibat fenomena kenaikan kos pengeluaran barang dan perkhidmatan yang menyeluruh di dalam pasaran. Cuma kadar kenaikan harga mungkin tidak berapa tinggi buat masa terdekat memandangkan kadar cukai yang ditetapkan adalah hanya 6% buat masa ini.

Di samping itu, sistem GST yang memerlukan pengiraan cukai input dan output yang lebih teliti oleh peniaga akan menyukarkan mereka dalam memberi fokus kepada perniagaan utama mereka. Masalah kurang ketelitian cukai input dan cukai output ini mungkin akan menyebabkan peniaga lebih sukar untuk menganggar kos sebenar perbelanjaan perniagaan mereka dan ini menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga barang atau perkhidmatan mereka. Tambahan pula kos hal pentadbiran bagi mengurus pelaksanaan GST akan bertambah dan ini juga akan meningkatkan harga barang dan perkhidmatan. Akhir sekali, jika kadar cukai GST dinaikkan lagi (dari kadar 6% sekarang) dan melibatkan banyak lagi kategori barangan dan perkhidmatan, maka kos kehidupan rakyat sudah tentu akan meningkat lagi.

Rumusan

Pelaksanaan cukai SST atau GST sebenarnya tidak akan mampu menyelesaikan masalah kewangan kerajaan serta masalah kenaikan harga barangan. Ini kerana punca kepada masalah adalah kombinasi banyak faktor termasuk sistem Riba yang diamalkan di negara kita serta perbelanjaan kerajaan yang tidak terkawal akibat amalan pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan dan amalan korupsi yang berleluasa.

Oleh kerana itu kerajaan sepatutnya memberi fokus kepada usaha mengawal perbelanjaannya dengan menghapuskan amalan pembaziran dan amalan korupsi. Disamping itu kerajaan dan rakyat juga mesti mengorak langkah untuk membersihkan segala bentuk amalan riba dalam sistem ekonomi dan kewangan negara demi kesejahteraan masyarakat dalam jangka panjang.



Artikel khas oleh Unit Penyelidikan IKRAM



[1] Profesor di Jabatan Dasar dan Strategi, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya

[2] Akauntan Bertauliah (M) dan Pengarah Hazi and Nizam Corporate Services Sdn. Bhd.

[3] https://www.fitchratings.com/gws/en/fitchwire/fitchwirearticle/Malaysia-Budget-Signals?pr_id=806210

http://www.ikram.org.my/v2/index.ph...rakyat-malaysia&catid=1:berita-pusat&Itemid=9
Negara laksana GST catat peningkatan inflasi, kata MTEM
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
November 06, 2013

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) berkata, sejarah negara luar yang melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan menyaksikan berlakunya peningkatan kadar inflasi selepas pelaksanaannya.

Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd Nizam Mahshar, berkata kurangnya maklumat disampaikan kerajaan berhubung kumpulan yang akan menerima impak akibat pelaksanaan cukai tersebut juga membimbangkan.

Mohd Nizam berkata, Cukai Barangan dan Jualan (SST) sememangnya memberi tekanan kepada pengguna kerana kadar cukainya yang tinggi namun kerajaan perlu mencari mekanisme terbaik sama ada melaksanakan GST atau model percukaian yang lain.

"Kita tahu dalam sejarah banyak negara yang melaksanakan GST, inflasi pasti berlaku. Itu yang kita bimbangkan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan tempoh 17 bulan bagi sistem percukaian negara ditukarkan daripada SST kepada GST, maka tempoh yang diberi harus digunakan bagi mengenal pasti masalah.

"Inilah masa pemain industri dan pengguna meneliti dan memberi maklum balas kepada kerajaan. SST yang digunakan sekarang mempunyai masalah kerana kadar yang tinggi maka masalah sistem percukaian semasa perlu diatasi sama ada memperkenalkan GST atau sistem percukaian lain,” katanya ketika ditemui The Malaysian Insider.

Najib semasa membentangkan Bajet 2014 mengumumkan pengenalan GST pada kadar 6% bermula April 2015 dan memansuhkan SST sebagai salah satu langkah untuk mengukuhkan pengurusan fiskal menjadikan ekonomi Malaysia lebih berdaya tahan.

Katanya, GST tidak akan dikenakan ke atas bahan makanan asas seperti beras, gula dan tepung serta bekalan air mentah. Cukai tersebut juga tidak akan dikenakan ke atas perkhidmatan kerajaan dan 200 unit pertama bekalan elektrik dalam tempoh sebulan untuk pelanggan domestik.

Mohd Nizam berkata, MTEM kini masih di peringkat perdebatan kerana mereka belum mempunyai maklumat yang cukup tentang model GST yang akan digunakan kerajaan.

"Kita sedar GST ada kebaikan dan keburukannya sendiri. Apabila kerajaan memberi butiran lanjut tentang GST, kami akan memberikan kata putus dan cadangan kepada kerajaan.

“GST tidak wajar dikenakan kepada barangan keperluan rakyat. Kerajaan harus jelas kumpulan mana yang layak dikenakan GST dan siapa yang akan menerima impak lebih besar akibat pelaksanaan cukai tersebut,” katanya.

Beliau berkata, kumpulan berpendapatan rendah tidak harus menerima kesan akibat pelaksanaan GST sambil menggesa kerajaan untuk mengambil kira semua pandangan yang dikemukakan.

Katanya, MTEM gusar dengan cukai berganda yang akan dikenakan kepada pengguna dan dakwaan tersebut ada kebenarannya.

“Jika benar perkara itu berlaku dan rakyat yang menerima kesannya maka itu adalah tidak adil.

“Itu sebabnya kami mahu penjelasan lanjut mengenai model GST. Siapa yang terbeban, pengguna akhir atau hanya di peringkat pengilang? Jika cukai bermula dari peringkat pengilang dan pengguna menerima kesan berganda maka itu tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Hujung bulan lalu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang terdiri daripada 800,000 ahli menentang pelaksanaan GST yang dilihat membebankan pekerja berpendapatan rendah dan rakyat terbeban dengan cukai berganda dikenakan kepada mereka.

Presidennya, Mohd Khalid Atan, berkata golongan pekerja yang akan terkesan dengan pelaksanaan GST adalah mereka yang bergaji rendah dan pertengahan selain kerajaan tidak memberi jaminan kenaikan barang melampau tidak berlaku.

Katanya, meskipun Najib mendakwa barangan keperluan asas tidak dikenakan GST, namun barangan seperti sayur dan ikan sudah beberapa kali mencatatkan kenaikan harga yang menurutnya GST dikenakan bermula daripada peringkat pengilang, pemborong, peruncit dan akhir sekali kepada pengguna.

Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui khutbah Jumaat pada minggu lalu turut meyakinkan hadirin bahawa GST tidak akan membebankan rakyat dan menyifatkannya sebagai kaedah penyusunan semula sistem percukaian negara.

Khatib berkata, dengan pelaksanaan GST, sistem percukaian negara akan dapat diurus tadbir dengan lebih berkesan, saksama dan efisien selain dapat mengelak berlakunya cukai yang terselindung dan bertindih.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam pada Ahad turut berkata, kos perkhidmatan kesihatan di negara ini tidak akan meningkat dengan pelaksanaan GST pada April 2015.

Beliau berkata, sektor kesihatan merupakan antara perkhidmatan dikecualikan cukai dan meminta mana-mana pihak tidak membuat spekulasi tentang peningkatan kos perkhidmatan kesihatan di Malaysia yang boleh mengelirukan orang ramai.

Katanya, Kementerian Kesihatan akan meneliti dan seterusnya mengeluarkan senarai terperinci jenis perkhidmatan kesihatan dikecualikan GST untuk maklumat orang ramai apabila sistem cukai itu dilaksanakan kelak. – 6 November, 2013.
Lebih Banyak Restoran kena GST :))
7f594c3bc6b4cd0b55bd58c7dd61a51e.jpg


Kira-kira 15,542 restoran dijangka mengutip cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bila ia dikuatkuasakan mulai 1 April tahun depan, tiga kali ganda lebih daripada cukai perkhidmatan semasa akan dikenakan kepada pengguna.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan memberitahu Dewan Rakyat sewaktu sesi soal jawab, bawah skim GST, mana-mana restoran dengan jualan tahunan melebihi RM500,000 mesti mengutip cukai.

Sebaliknya, hanya restoran dengan jualan tahunan sebanyak RM3 juta atau lebih - atau 4,357 premis ketika ini - boleh mengenakan cukai perkhidmatan.

Ahmad kemudiannya memberitahu pemberita bahawa perkara ini tidak bermakna bahawa harga makanan dan minuman akan naik mendadak di restoran apabila GST - enam peratus dikuatkuasakan.

"Jika anda jangka harga meningkat enam peratus, itu tidak betul. (Ia akan meningkat) hanya 1 peratus lebih, seperti barangan makanan yang telahpun tertakluk kepada 5 peratus cukai perkhidmatan," katanya.
CUKAI GST DALAM INDUSTRI KAHWIN/KATERING

Felda D'Saji ingin mengumumkan bahawa bersempena dengan pengenalan GST oleh Kerajaan Malaysia pada April 2015, tarikh perkahwinan bermula dengan tarikh tersebut atau pakej perkahwinan dibeli selepas tarikh tersebut akan dikenakan GST yang ditetapkan oleh kerajaan sebanyak 6%.Keputusan ini diambil selepas taklimat diberikan oleh LHDN/Kastam kepada Felda D'Saji.Disebabkan kos bahan mentah dan operasi semakin meningkat dan tiada pengurangan cukai korporat untuk syarikat katering seperti D'Saji serta undang-undang GST yang ketat, Felda D'Saji terpaksa memindahkan kos tersebut kepada pelanggan.Ini bermaksud, daripada jumlah X amaun yang perlu dibayar, tambahan sebanyak 6% daripada X tersebut perlu dibayar kepada pelanggan untuk kerajaan.Walau bagaimanapun, jika terdapat perubahan lanjut berkenaan percukaian dalam industri perkahwinan atau katering, D'Saji pasti akan menyampaikan berita terbaru kepada pelanggan yang dikasihi. Untuk pertanyaan lanjut GST boleh ajukan kepada:

Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui:

Laman sesawang : http://gst.customs.gov.my/
Tel: 03 8882 2417 / 2424 / 2857 / 2827
Faks: 03 8882 2132
E-mel: [email protected]
[email protected]
[email protected]

Sekian terima kasih.

https://ms-my.facebook.com/feldadsaji
Perubatan tak kena GST?
10320523_739007269482734_4656020111065707030_n.jpg
Lagi info GST
attachment.php
QA GST

fahamGSTtolakGST-page31.jpg

fahamGSTtolakGST-page33.jpg

fahamGSTtolakGST-page29.jpg

fahamGSTtolakGST-page30.jpg

 
Last edited:
Back
Top
Log in Register