Ledakan Binari: 3 petua untuk membantu anda menang
Pedagang Yang Dihargai,
Salah satu daripada detik paling indah dalam tugas kami adalah untuk menerima maklum balas daripada anda mengenai semua perkara penting yang ingin anda kongsikan bersama kami dan juga pedagang lain. Kami amat berbesar hati dan berterima kasih atas segala pujian dan cadangan yang anda berikan dan kami ingin menerbitkan petikan tersebut di sini untuk sesiapa sahaja yang berminat dalam dagangan opsyen binari.
Kami telah menerima surat ini yang dikirimkan oleh Stefano dari Itali. Anda mungkin mengenali beliau melalui Pertandingan Ledakan Binari, melalui nama step09 yang telah berjaya menjadi juara sebanyak 10 kali dalam pertandingan ini! Ini merupakan keputusan dagangan yang paling hebat pernah kami lihat setakat ini. Kami berharap agar anda dapat memanfaatkan perkongsian beliau bersama kami!
“Hai! Saya Stefano, terima kasih atas temu bual ini! Saya sangat menggemari Pertandingan Ledakan Binari ini dan saya rasa pertandingan ini merupakan peluang terbaik untuk mereka yang ingin mempelajari cara berdagang opsyen binari, kerana ia mengajar mengenai cara dagangan ini berfungsi. Saya rasa tidak sukar untuk menang pusingan Ledakan Binari ini. Perkara yang mencabar ialah keupayaan untuk kekal sabar, fokus dan bertenang tanpa diselubungi oleh emosi”.
1) Bagaimanakah anda bersedia dalam setiap pusingan?
S: “Pada pendapat saya, rahsia kejayaan sesuatu dagangan terletak pada keupayaan untuk mengawal minda serta untuk bertindak seperti yang dirancang tanpa diganggu oleh emosi dan keadaan lain.
Sekiranya anda hilang kawalan dan membiarkan diri anda dipengaruhi oleh emosi, anda akan menghampiri kegagalan kerana anda seharusnya bertindak dengan rasional pada setiap masa.
Sebelum Pertandingan bermula, adalah lebih baik untuk memastikan minda dan diri anda berada dalam keadaan yang tenang. Tetapi keadaan ini turut bergantung pada masa dan lokasi anda. Sebagai contoh, saya lakukan dagangan pada waktu makan tengah hari, jadi sebaik sahaja saya selesai makan saya akan mengambil bahagian dalam Pertandingan. Sememangnya lebih baik untuk berdagang dengan perut yang kenyang! Saya juga sering berjalan di sekeliling setengah jam sebelum melakukan dagangan”.
2) Apakah perkara yang paling anda gemari mengenai Pertandingan ini?
S: “Saya menggemari Pertandingan ini kerana saya suka menerima cabaran oleh orang lain. Keadaan ini membolehkan anda untuk mengenal pasti tahap kemahiran anda, kerana dagangan tidak berlaku disebabkan tuah, tetapi melalui keupayaan anda untuk mengikuti acara pada pasaran kewangan yang tidak menentu. Pertandingan ini bukan sahaja membenarkan anda untuk bergembira, tetapi untuk melakukan perkara yang luar biasa, luangkan masa selama 1 jam untuk melihat sejauh mana kemampuan anda. Keistimewaan pertandingan ini adalah dengan melakukan dalam kehidupan sebenar khususnya untuk mengetahui detik terbaik untuk tidak melakukan dagangan. Peringkat permulaan merupakan bahagian yang paling mengujakan, kerana anda tidak akan tahu sejauh mana kemampuan anda”.
3) Apakah perkara yang boleh anda sarankan kepada peserta lain?
S: “Saya ingin mengesyorkan tiga perkara kepada pedagang lain:
1) Lakukan banyak latihan dagangan menerusi demo, perhatikan lilin serta pergerakannya, kerana kedua-dua pergerakan jangka pendek dan jangka panjang boleh berulang dan memahaminya dapat membantu anda untuk menentukan detik terbaik untuk bertindak. Masalah paling besar ialah untuk bertindak tepat pada masanya. Latihan pada akaun Demo dapat membantu anda untuk melakukan keputusan dengan lebih cepat.
2) Jangan berputus asa, walaupun jika anda kalah sekali, dua kali, sepuluh kali, mahupun seratus kali? Jangan pernah berputus asa! Sememangnya dagangan bukan untuk mereka yang lemah. Pedagang lemah bukanlah mereka yang kerugian wang. Tetapi pedagang lemah adalah mereka yang menyerah kalah di saat-saat sukar.
3) Akhir sekali, Pertandingan yang dijalankan merupakan penghubung antara akaun demo dan akaun sebenar, kerana cara dagangan dalam pertandingan mencerminkan cara anda melakukan dagangan dengan wang sebenar, khususnya pada tahap pembuatan keputusan. Oleh itu, berhati-hati walaupun ketika anda melakukan dagangan dalam Pertandingan, kerana anda dapat mempelajari banyak perkara, khususnya tentang diri anda sendiri dan dengan itu anda dapat mempelajari cara untuk mengawal emosi anda, yang penting untuk mereka yang ingin berjaya dalam opsyen binari”.
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Stefano atas perkongsian terperinci serta maklum balas beliau yang amat membantu, dan kami juga ingin memberikan penghargaan kepada semua pedagang yang menyertai Pertandingan ini pada setiap minggu. Selamat maju jaya dalam aktiviti dagangan anda!