Rahsia dagangan bersama Jalur Bollinger
Pedagang Yang Dihargai,
Pada permulaan kerjaya mereka, kebanyakan pedagang sering tertanya-tanya mengenai cara bagaimanakah sebenarnya pasaran diramal? Adakah perkara itu boleh dilakukan dan jika benar, bagaimanakah cara untuk melakukannya? Jawapannya begitu mudah - boleh dengan bantuan alat analisis teknikal.
Ciri utama dalam pendekatan ini terletak pada analisis pergerakan harga pasaran yang terperinci. Analisis ini dapat membantu anda untuk mengenal pasti situasi penawaran dan permintaan dalam pasaran dan memahami potensi arah pergerakan harga yang akan datang.
Pada tahun 1980-an, juruteknik pasaran terkenal, John Bollinger telah mengusahakan suatu strategi yang menggunakan purata pergerakan dan pengiraan sisihan piawai untuk memahami cara bagaimana harga sesuatu aset dapat berubah daripada nilai sebenarnya. Melalui cara ini, anda boleh melihat sendiri apabila berlaku ketidakstabilan pasaran yang disebabkan oleh jalur yang melebar, malah anda juga dapat mengenal pasti waktu-waktu tidak stabil apabila jalur berkenaan mengecil.
Jalur Bollinger merupakan kombinasi 3 garisan sahaja: garis tengah dan 2 saluran di atas dan di bawahnya. Garisan tengah merupakan purata pergerakan bereksponen dan saluran (atau jalur) harga merupakan sisihan piawai bagi aset anda. Purata pergerakan dapat membantu pedagang untuk melihat trend dengan lebih baik, manakala jalur merupakan alat pemantauan terbaik untuk memantau aktiviti dagangan di sekitar aset anda.
Hebat, bukan? Namun apakah peraturan untuk menggunakan jalur ini dalam kehidupan sebenar? Buat masa ini, apabila anda mendapati bahawa harga aset anda mencecah bahagian atas Jalur Bollinger secara berulang kali, harga berkenaan boleh dianggap sebagai terlebih beli. Sebaliknya, apabila harga mencecah jalur bawah, jelas sekali ia telah terlebih jual dan tibalah waktunya untuk anda memasuki pasaran.
Biasanya, jika harga aset mencecah jalur dan bersilang merentasinya, keadaan itu merupakan isyarat bagi permulaan atau sambungan sesuatu trend. Oleh yang demikian, sekiranya harga bertembung atau bersilang merentasi jalur atas, keadaan itu menunjukkan trend atas dan sekiranya harga bertembung dengan jalur bawah, maka ia merupakan trend bawah.
Jalur Bollinger merupakan bantuan terbaik untuk setiap pedagang, tetapi kami ingin mengesyorkan supaya anda tidak mengharapkan kepada alat ini sepenuhnya, tetapi gabungkannya bersama penanda lain dan laraskan strategi anda untuk mencapai keputusan dagangan terbaik.
Nikmati dagangan dengan penanda pada peranti Android anda 24 jam sehari, 5 hari seminggu!
Yang benar,
Pasukan Ayrex.