Ayrex Binary Blast Contest
Pedagang Yang Dihargai,
Kami telah menemubual para pemenang Pertandingan ini sepanjang bulan lalu dan beberapa petua dan nasihat mereka telah berjaya kami kumpulkan untuk para peserta akan datang. Petikan yang paling popular merupakan “Pengalaman merupakan guru yang terbaik”. Oleh itu, kami menyarankan supaya semua pedagang membaca artikel ini, khususnya mereka yang ingin menjadi pemenang Pertandingan!
Kami juga telah menerima banyak jawapan daripada para pemenang dan 2 jawapan yang paling menarik telah terpilih, dan kami inginkan anda menjadi orang yang pertama untuk mengetahuinya.
Jawapan pertama diperoleh daripada Aherman, yang telah mendapat tempat pertama dengan ganjaran sebanyak $100 pada 28 Oktober yang lalu. Jawapan kedua pula datang daripada Grindgirl, yang memperolehi $5 (kami harap ganjaran ini sekadar permulaan kepada kemenangan beliau yang seterusnya!) pada 21 Oktober yang lalu.
1)
“Bagaimanakah anda bersedia dalam setiap pusingan?”
A: Saya seorang pedagang baru, jadi saya sentiasa berlatih pada setiap hari.
G: Saya akan bancuh secawan kopi dan duduk di meja saya, kemudian saya buka carta kegemaran saya dengan pembayaran yang paling tinggi, dan saya akan pastikan saya buang air terlebih dahulu sebelum pertandingan bermula.
2)
“Apakah perkara yang paling anda gemari mengenai Pertandingan ini?”
A: Perkara yang saya gemari dalam pertandingan ini ialah cara bagaimana masa satu jam dapat mengawal emosi saya yang turut mempengaruhi strategi dagangan yang saya gunakan
G: Disebabkan pertandingan ini dijalankan tiga kali seminggu; maka saya dapat memperolehi lebih banyak peluang. Setiap pertandingan berlangsung selama satu jam, dan tempoh ini amat menarik berbanding broker lain yang menawarkan pertandingan yang berlangsung selama seminggu atau sebulan.
3)
“Apakah perkara yang boleh anda sarankan kepada peserta lain?”
A: Ramai peserta gagal kerana mereka tidak berupaya untuk mengawal emosi diri, dan binari bukanlah satu perjudian tetapi lebih kepada analisis, dengan formula terbaik yang merangkumi 10% strategi dagangan, 20% pengurusan kewangan dan 70% kepintaran emosi.
G: Jangan terburu-buru untuk melakukan dagangan hanya kerana ini merupakan satu pertandingan; ikuti strategi anda seperti biasa sambil bertenang.
Sertai kami dalam Pertandingan Ledakan Binari pada bila-bila masa sahaja melalui laman web kami atau peranti mudah alih anda!
Yang benar,
Pasukan Ayrex.