BTC USD 60,783.6 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ayam pakai lampin

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
1558537_10152431638490555_8120308545911168476_n.jpg



Sibu: “Kertas surat khabar yang digunakan untuk membungkus ayam ini berfungsi sebagai lampin pakai buang dan ia akan ditukar dua hingga tiga kali sehari,” kata Sim Lim Hui, 42, penjual ayam hidup di Pasar Sentral Sibu.

Dia yang berpengalaman lebih lima tahun menjual ayam di pasar berkenaan menganggap tindakan membungkus ayam menggunakan kertas surat khabar adalah tradisi turun temurun yang diwarisi dari generasi tua dan diteruskan sehingga kini.


Mungkin ada pengunjung yang pertama kali singgah ke bandar ini menganggap tindakan peniaga membungkus ayam hidup itu sesuatu yang luar biasa dan menarik perhatian.

Namun itulah cara peniaga ayam di bandar ini sejak dulu kerana dengan membungkus ayam jualan mereka, kebersihan sekitar lebih terjamin.


Menurut Sim, dia akan menukar kertas surat khabar yang membalut ayam itu dua atau tiga kali sehari untuk membuang najis dan ia berterusan selagi ayam itu tidak terjual.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ayampakailampin/Article/index_html
 
Rajin ah beng ni. Susah2 pula tapi utk kebesihan apa salahnya.
 
ayam singgit...singgit...bijan
 
ok la macam ni...
tak ade lah nampak tahii bersepah...
 
Back
Top
Log in Register