BTC USD 83,414.4 Gold USD 4,265.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell Ayam Organik

ayam organik ni kat indon dikenali sebagai ayam peminum jamu... wakakak... sebab guna bahan bukan kimia.. pastu ayam ni pon memang seksi.. sebab bulu dia sikit2 je....
 
ubat tu maybe untuk lawan penyakit je tu kot. tapi ayam ni aku rasa tak membesar dalam masa 3 bulan mcm ayam yang kita duk makan tu. ayam yang kita makan ni, 3 bulan je dah bleh sembelih. #:-S . ubat apa dia cucuk tak tau la.

ubat subur kot... :eek: :eek:
 
FW: Ayam

Assalamualaikum semua.

terlanjur sahabat saya ,che ismail dah buka cerita,wajib saya berkongsi.

Jika anda pernah come across Majalah 3 pada bulan July ade paparan ttg ayam organic herba di usahakan seorang profesor - Dr Mohamad Zainol Abdul Haja. Saya tertarik dgn cara pembiakan ayam yg Dr Zainol usahakan,bersih,terkawal dan halal.

Saya dan suami menjejaki Dr Zainol,dpt jumpa,berborak,sy juga pernah bawa Dr Zainol dan isteri beliau Dr Mumtaz ,berjumpa dgn network saya di Melilea Puchong.Sekadar ingin mengajak beliau berkongsi pengalaman dgn kami.

Saya kagumi insan ini,mengorbankan kerjaya profesional utk akhirnye memilih jalan berbakti kepada ummah.Terlalu mudah akidah umat islam di Malaysia kini diperalat,kami sgt sedih.Matlamat kami sama,insyaallah.

Sungguh,teknologi menjadikan kita negara yg moden,teknologi juga akan kemudiannye merosak byk perkara baik dlm tubuh kita..yg akhirnye akan merosak akidah.Kalau hendak dicerita,sgt panjang. Saya ringkaskan.

Wujud enzim khinzir dlm ayam diper akui setelah bbrp tahun buat research,malah byk website yg ade maklumat ini,sy akan beri add nnt. Enzim khinzir mungkin tidak terlabel secara individual dlm proses menggemukkan ayam(m'sia tidak akan buat label ) ,tp hasil dari kajian ,protein dari khinzir,antibiotik,dan pelbagai lagi mampu menyuburkan ayam,cepat gemuk,lg berat lagi cepat boleh jual,cepat dpt hasil.,maka suntikan,makanan ayam ade campuran pelbagai yg sumbernya diragui. Thats y,dari telur hungga ia menjadi hidangan anda,ayam tidak perlu mengambil masa berbulan bulan..ayam KFC cuma 28 hari,ayam daging mungkin 40 hari...sy tidak pasti.

Lately sibuk harga ayam naik,sy come across pulak seorang pengusaha ayam berbangsa china di Buletin Utama 2 mlm yg lalu,"harga ayam mesti mau naik sikit,makanan ayam pun ssulah naik halga,itu UBAT ayam pun sudah naik halga"...ubat ???..tapi tiada apa lagi yg memeranjatkan saya....anda fikirkan,anda nilailah.Ayam kat malaysia ni sampai dah macam tak cukup supply,hg semakin lama semakin naik,yg gemuknye pengusaha ayam cina inilah.

Halal ke ayam daging? tidak mengapa jika anda pasti dan yakin ttg kehalalannye,tambahan di Malaysia ade sykt besar yg melabelkan halal utk ape pun jua produk ayamnye. tetapi Taraf Halal itu ,saya anggap ia hanye di kategorikan utk PROSES PENYEMBELIHAN cara islam yg diutamakan di sykt itu..even pernah masuk TV,tetapi cara ayam dibesarkan,di beri mkn makanan yg bagaimana tidak mungkin termasuk dlm HALAL yg dimaksudkan....anda fikir bagaimana?

Sy pernah bertanye kpd Dr Zainol,government negara islam ini tak berbuat ape ape ke? Dia jawab,it happens around the world nanee.its the technology!!

Percaya atau tidak,sewaktu Dr Zainol confirm ayam daging ini ade enzim khinzir,beliau menangis,after a long time of research,baru skrg confirm!! Saya juga sgt sedih..sgt sgt sedeh. Bayangkan kotornye,hinanya makanan yang kita mkn,makanan yg membentuk 'kita'.

Ayam daging biasanya dlm 20 minutes kalau letak kat luar peti sejuk mesti lalat dah datang,bau dia mak aaaaiiiii...senang hanyir,kenapa?Ade certain part part ayam ni daging dia punyelah padat dan banyak kan ...kenapa ye...fikir fikirkan.

Saya tidak berniat mempromosi ape ape,sy juga tiada share dlm biz Dr Zainol,tapi saya seru,kepada sesiapa sahabat yg terbaca email ini,mungkin skrng tiba masanye kita mengubah sumber pemakanan kita..maafkan saya jika terlambat bercerita,sy hanya manusia,kdg2 sy takut juga pandangan ikhlas saya di salah erti.Pernah beberapa kali sy bercerita kpd kwn kwn,tapi cerita sy di anggap seperti diada adakan,malah ade yg tak respon ape ape,(bila pk pk kelakar pun ade,takkan benda dasyat mcm ni takde respon ek...)jd sy berhenti bercerita seketika..maafkan sy terlambat memanjangkan
kepada kwn kwn..but anyway inilah sebenarnye tanggungjawab kita.
Fwd this mail to your friends,kita ambillah tanggungjawab
ini.insyaaallah
Allah berkati.

last mth pun article Ayam Organic ade keluar kat Berita Harian,full page,kat dlm tu pun ade ttg enzim khinzir ini.

Anyway sy dan keluarga kini tidak lagi risau harga ayam daging ni naik ke turun ke,lantokkkkkk le dia.... Ayam organic jauh lebih sedap,manis n tak byk daging.,yg penting kita pasti ttg sumber pembesaran ayam ini.,insyaallah.

TQ & Regards.
Nanee

Attached (no 1-3) mail from Dr Zainol,panjang,tapi make sure u read the last page.he also provided some website add for you to refer.


(1)
Asssalammualaikum

This is the article on pork protein used in chicken breeding. Pls
spread around.

wassalam

Dr. Mohamad Zainol Ahmad Haja
Head - Research & Development
Innovation Centre
Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn Bhd.
No 17. Jalan Nirwana 35.
Taman Nirwana. 68000 ampang.
Selangor. Malaysia .
Tel 603 92811802 / 92816924
Fax 603 92816925
e mail [email protected]
mobile 6012 3248081
(See attached file: ayam dengan enzyme babi.doc)

(2)

please read and there is plenty of further evidence by this well known reporter Felicity LawrencePlease click here to view the article or select the link below or copy it into the address bar of your browser.http://www.theecologist.org/archive_detail.asp?content_id=309Man
y
thanks
The Ecologistwww.theecologist.org

Disclaimer:
1) Aku salin dan tampal email forward yang aku baca.
2) Ayam kampung, makan dengan mematuk-matuk dan adakalanya, mematuk-matuk di celah tahi-tahinya sendiri yang juga adalah najis walaupun bukan di tahap najis berat. Secara prinsip, sumber makanannya juga bercampur dengan najis.
3) SILA RUJUK USTAZ & USTAZAH yang berdekatan. Aku cuma menyampaikan sumber tentang ubat yang digunakan untuk menggemukkan ayam. Wallahu'alam.
 
-Edited-

Dah di post oleh zolympus - awal 1 minit. hehehe
 
Last edited:
Rujuk keratan di Metro dan maklumbalas di BAHEIS.

myMETRO

Metro Ahad menerima banyak panggilan daripada orang ramai yang meminta pihak berkuasa melakukan siasatan terperinci mengenai dakwaan di dalam e-mel itu bagi memastikan umat Islam di negara ini tidak disogokkan makanan haram tanpa disedari.

Pegawai Penyelidik CAP, Hatijah Hashim, berkata enzim babi memang digunakan untuk mempercepatkan tumbesaran ayam di luar negara seperti Eropah, Amerika Syarikat, Belanda, Brazil dan China, namun pihaknya tidak ada laporan tepat mengenai penggunaannya di negara ini kerana tidak pernah menjalankan kajian berhubung isu itu.

Sementara itu, doktor perubatan yang kini mengusahakan ladang ayam organik, Dr Mohamad Zainol Ahmad Haja, yang dikaitkan di dalam e-mel berkenaan berkata, beliau mengetahui mengenai enzim itu menerusi jurnal penyiasatan Felicity Lawwrence di laman web The Ecologist yang turut disiarkan BBC di United Kingdom.

Bagaimanapun, kata Dr Mohamad Zainol, penggunaan ‘hidrolisis protein’ sukar dibuktikan kerana memerlukan teknik pecahan sel yang rumit untuk menentukan kandungan enzim khinzir dan bahan buangan haiwan berbanding sel ayam sebenar.

“Bagaimanapun, ujian makmal di Eropah sebagaimana didedahkan Felicity Lawrence menunjukkan seekor ayam yang dibekalkan enzim ini didapati hanya mempunyai 40 peratus daging dan sel ayam sebenar, manakala baki 60 peratus lagi sel babi,” dakwanya.

Beliau mengaku tidak tahu sama ada penternak mencampur enzim sama di dalam makanan ayam mereka untuk mempercepatkan tumbesarannya.

Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) turut menafikan ayam daging yang ada di pasaran tempatan diberi makanan tambahan dengan enzim babi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Abdul Aziz Jamaludin, berkata penyebaran khabar angin itu tidak benar, justeru beliau meminta orang ramai tidak mudah percaya berita berkenaan.

Sementara itu, Konsultan Eksekutif Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Dr Abdul Rahman Md Saleh, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menyifatkan penyebaran e-mel berkenaan sebagai fitnah.

“Kita jaga kepentingan masyarakat, lebih-lebih lagi negara kita negara Islam. Kita sentiasa melakukan pemantauan (penternakan ayam) dan tiada penternak berbuat begitu (menggunakan enzim babi untuk mempercepatkan tumbesaran ayam),” katanya.

“E-mel itu mendakwa ayam boleh dijual ketika berusia 28 hingga 30 hari, tetapi berdasarkan pemantauan kita tiada ayam dijual pada usia itu,” katanya.

Dr Abdul Rahman berkata, dakwaan yang disebarkan itu tiada asas dan menyifatkannya sebagai serkap jarang saja.

BAHEIS

Soalan
:
saya mendapat emel yang mengatakan bahawa ayam-ayam yang diternak di suntik dgn enzim yang mengandungi enzim babi. Dikatakan bahawa ia dapat mempercepatkan proses tumbesaran ayam. Kini, saya risau untuk menjamah daging ayam. Selain daripada itu, sekiranya ini benar, ini bermakna kita umat Islam telah menjadikan babi sebagai darah daging kita.Sekian.
Jawapan
:
Ayam -ayam yang disuntik dengan bahan-bahan yang najis dan haram perlu diuji di makmal Jabatan Kimia Malaysia bagi memastikan status ayam tersebut.Setelah mendapat keputusan ujian makmal berkenaan pihak bertanggungjawab untuk memberitahu kepada orang ramai..

Kesimpulan aku:

Kalau ragu-ragu, jangan makan. Tapi kalau boleh dapat ayam organik, sumber makanan pun halal, cara pembiakan pun lebih normal, mengapa tidak.
 
mungkin gak. 3 bulan je dah dewasa. singkatnya idup.. :p

silap bro ayam yang kita makan skrg bukan 3 bulan tapi dalm lingkungan 40 hari !!!! dah boleh dipasarkn.
aku tau sbb aku pun pernah bercadang utk ternak ayam nie tgk kepada proposal tu... so dlm setahun dlm paling kurang 5 cycle kita leh buat .. hu3
Sebulan lebih je hayat ayam tu(ayam segera)
 
tak dak niat aku nak sabotaj pun
aku cuma nak tau ja cam na rupa ayam organik tu
kawe78 kata rupanya mcm togel kepala botak..
so..aku ingat ayam hat tu la...
so..bukan ek..?? :)) :">

kat mana ko dpt pic tu bro :eek: :eek: :eek:
takde la cam tu skali. cam kena dera je gamak nya kalau cam tu :eek:
yg aku tgk ikut tv hari bulu bahagian leher dia tak de... jenis baka ayam togel rasanya. so senang utk disembelih :D
 
Ayam memang sedap dimakan. Lebih-lebih lagi ayam yang gemuk dan besar. Bila di goreng dengan tepung Kentucky atau di masak rendang, memang terasa kelazatannya. Tapi pernah tak kita terfikir bahawa ayam-ayam yang kita makan itu mengandungi banyak bahan kimia yang tidak baik untuk badan kita?

Oleh itu bermulalah satu era penternakan Ayam Herba Organik yang diusahakan oleh pengusaha tempatan. Harganya pun agak mahal sedikit seperti harga sayur organik yang lebih mahal sedikit dari harga sayur biasa.



Harga Ayam Herba Organik:
Small RM$14 seekor
Medium RM$15 seekor
Large RM$16 seekor

Jika anda berminat untuk mencuba dan ingin menjaga kesihatan anada.Buat masa ini anda boleh dapat dikedai di alamat seperti di bawah atau dari teman perjuangan yang tungkus lumus untuk edarkan ayam ini kepada semua muslimin dan muslimat.

En Husairi Kajang/Bangi 0193324345
En Che Muda Bangi 0123245988
Puan Shidah Shah Alam 0122737301
Tn Haji Azhar Gombak/batu caves 0122882265
En Radzi Puncak Alam 013 6557770
En Jumhat atau Puan Maznah 019 2298950 atau 019 3173330
En Nazaruddin 012 22785502 all KL
Puan Zainun 019 2774927 Subang Jaya
Pasar Tani Taman Melawati Hari Sabtu
Pasar Tani Putra jaya Hari Jumaat
Pasar Tani Kerinci. Taman Angkasa Hari Ahad.
Insyaallah tolong hubungi pembekal yang terdekat dan mereka boleh usahakan untuk hantar ayam kepada anda. Minimum tempahan 2 ekor.

Dr. Mohamad Zainol Ahmad Haja
Head - Research & Development,
Innovation Centre,
Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn Bhd.
No 17. Jalan Nirwana 35.
Taman Nirwana. 68000 ampang.
Selangor. Malaysia.
Tel: 603 92811802 / 92816924
Fax: 603 92816925
email: nattpro@streamyx. com
mobile: 6012 3248081

pengedar kat johor takde ke?
 
Salam..
selain pasar tani putrajaya, ade x no tel pembekal area putrajaya?
 
Back
Top
Log in Register