BTC USD 61,235.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Awie dianugerah gelaran Datuk

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
awwwwiiieieie.transformed_0.jpg

VOKALIS Wings, Awie dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, yang ke-86 bagi tahun 2017.

aweeei.transformed_0.jpg

AWIE dan Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin.

KUALA LUMPUR: Vokalis Wings, Awie dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, yang ke-86 bagi tahun 2017.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 48, berkata penghargaan yang diberikan adalah permulaan yang baik sempena menyambut tahun baharu dan rezeki selepas mendirikan rumah tangga pada hujung tahun lalu.

"Alhamdulillah. Hanya lafaz kesyukuran yang dapat saya ungkapkan ketika ini. Pada masa sama, tiada apa yang berubah, saya masih Awie yang sama dan mencari rezeki di atas pentas sebagai anak seni.

"Penghargaan yang diberikan ini bagaimanapun tentunya diharap dapat membuka lebaran lebih indah untuk tahun baharu memandangkan saya melalui pelbagai cabaran pada 2016.

"Bukan saja berperanan sebagai penyeri kepada keluarga, saya menganggap rezeki ini datang dengan berkat kehadiran isteri saya. Doakan yang baik-baik saja buat saya sekeluarga," katanya kepada BH Online.

Awie mendirikan rumah tangga bersama Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin, 30, pada 7 Oktober lalu dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat.

Selain itu, Awie berkongsi, beliau diberikan penghargaan berganda apabila dipilih sebagai seorang daripada tokoh NGO Islam Kebangsaan oleh Tengku Mahkota Kelantan pada 14 Januari ini.


http://www.bharian.com.my/node/231201
 
ooo..

pahang..

biasalah tu.
 
berapa ratus ribu lebur tu
 
Sepatutnya gelaran hanya terpakai ketika di pahang..bukan gitu?
 
ac mizal dh dpt,hans isaac dh dpt,skg awie plak dpt datuk
tinggal afdlin shauki saja geng 'cuci' blm dpt,
x lama lagi dpt la tu dr sultan pahang,
artis dgn sultan pahang brpisah tiada
 
aik, apsal aku rasa macam kerap sangat Sultan Pahang ni bagi Datuk ek?

Rasanya baru je aritu dia bagi kat Datuk Ifa Raziah.

Bukan time birthday (setahun sekali) je ke boleh bagi? Isk isk...

 
Back
Top
Log in Register