balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Kes pecah kereta kembali aktif sejak akhir-akhir ini - Gambar hiasan.
< 1 / 1 >
SEREMBAN – Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan berwaspada semasa memakir kereta, berikutan terdapat beberapa sindiket yang aktif dalam kegiatan pecah kereta di sekitar daerah ini.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, kegiatan itu dihidu sejak tertangkapnya tiga lelaki warga Indonesia yang mengaku terlibat dalam kegiatan pecah kereta dan mencuri.
Katanya, pada 21 Mei lalu, kira-kira jam 7.45 pagi seorang daripada tiga lelaki Indonesia berjaya ditangkap oleh orang awam semasa memecahkan cermin kereta milik seorang wanita yang sedang menghantar anaknya ke tadika.
“Pada sebelah malam pula, tarikh yang sama terdapat empat lelaki warga negara Indonesia melakukan kegiatan pecah cermin kereta dan mencuri, di sekitar kedai makan dekat City Park.
“Walau bagaimanapun, dua daripada mereka berjaya diberkas anggota polis yang sedang meronda di laluan berkenaan, manakala dua lagi berjaya melarikan diri.
“Aktiviti kumpulan sindiket ini akan dipantau dari semasa ke semasa, dan usaha giat kini dilakukan bagi mengesan mereka yang masih bebas.
“Statistik kegiatan pecah kereta bagi tempoh lima bulan pertama ini mencatatkan penurunan sebanyak 57 peratus, namun sejak akhir-akhir ini kembali aktif, dan dilakukan oleh beberapa individu warga asing yang telah pun dikenal pasti,” katanya.
Tambahnya, hasil pemeriksaan lanjut terhadap kesemua suspek ini mendapati bahawa mereka datang ke Seremban memang mempunyai niat untuk melakukan jenayah, malah ketiga-tiga lelaki ini menginap di hotel bajet yang sama, dan dipercayai saling mengenali antara satu sama lain.
Katanya, pasport yang mereka miliki itu amat meragukan dan telah dihantar ke Jabatan Imigresen untuk dianalisis sebelum tindakan lanjut dilakukan.
Kesemua mereka kini di reman selama 14 hari untuk membantu siasatan.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/awas-sindiket-pecah-kereta-1.394325