BTC USD 61,620.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Awas lokasi virus kencing tikus

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
NIBONG TEBAL - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengunjungi kawasan yang pernah dikesan berlaku kes leptosirosis, demam akibat terkena kencing tikus, buat sementara waktu bagi mengelak terkena jangkitan virus berkenaan.

Menasihatkan demikian, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata virus kencing tikus sangat berbahaya dan boleh membawa maut.

"Kawasan yang disahkan punca kepada penyebaran virus kencing tikus perlu ditutup sekurang-kurangnya enam bulan hingga ke setahun bagi memastikan tempat berkenaan benar-benar bebas daripada virus berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Pulau Pinang, di sini hari ini.

Akhbar semalam melaporkan, Pusat Peranginan Lata Bayu, Asam Jawa, di Baling, Kedah, ditutup sementara kerana disyaki tercemar virus kencing tikus yang menyebabkan kematian seorang lelaki selepas berkelah di kawasan berkenaan, awal bulan ini.

Abu Hanifah Redzuan, 23, anggota kru produksi filem disahkan meninggal dunia Sabtu lepas di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, selepas dikatakan mengalami demam panas lebih seminggu lalu.

Selain Abu Hanifah, enam ahli keluarga mangsa yang turut mandi di air terjun itu, pada hari sama dilapor dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pemantauan doktor. - Bernama
 
Govt kena la listkn kwsn dia utk langkah pencegahan..cuti skolah da dkt ni...:(
 
kencing tikus nie mmg tikus punye kencing ke??
 
dulu x pnh dgr lagi kencing tikus ni....
 
yerlah...dah nama tikus..takkan kencing kucing plak #:-S:">

kekeeke
kencing kucing boleh bt tanam tanaman mati jgak woo.
pokok pasu bunga pun boleh kecut.
 
kalu kira air mengalir dah tu..kuat jgk virus ni..
 
Back
Top
Log in Register