BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Awas Laman Web E-perbankan Palsu

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Orang ramai diminta berhati-hati dengan kegiatan 'phishing' atau penipuan siber melalui laman web palsu dengan menyamar sebagai entiti yang boleh dipercayai seperti laman web perbankan.

Peringatan tersebut diberikan oleh CyberSecurity Malaysia Selasa berikutan pendedahan bahawa aktiviti cubaan 'phishing' semakin meningkat di negara ini.

Kegiatan 'phishing' merupakan proses jenayah penipuan dalam cubaan memperoleh maklumat peribadi seperti nama pengguna, nombor akaun, nombor PIN (nombor pengenalan peribadi), kata laluan serta butiran kad kredit dengan menyamar entiti boleh dipercayai menerusi komunikasi elektronik.

"Pusat Bantuan Cyber999 telah menerima banyak aduan dari pengguna internet di negara ini berhubung laman web 'phishing' yang dihoskan di luar negara yang nampak sama seperti laman web e-perbankan bank tempatan utama," kata Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt.Kol Husin Jazri.

Dalam kenyataan hari ini, katanya, 'serangan phishing' juga mengamalkan kaedah sosial seperti menghantar e-mel spam, yang tidak diundang, nampak seperti dihantar oleh bank terkemuka tempatan.

E-mel yang tidak sahih itu menggunakan perkataan menyakinkan untuk menipu orang dengan klik kepada 'link' atau sambungan yang membuka laman web palsu atau laman web e-perbankan palsu, katanya.

"Oleh kerana laman web palsu nampak sama seperti laman web sahih, pelanggan tertipu untuk memasukkan maklumat peribadi mereka seperti nama pengguna dan kata laluan dalam laman web e-perbankan palsu," katanya.

"Bank tidak akan meminta pelanggan untuk mengemaskini akaun, mengubah semula kata laluan, membuka kunci akaun atau sebarang maklumat berkaitan perbankan melalui e-mel dan alamat URL," katanya.

Oleh itu, Pusat Bantuan Cyber999 menasihatkan orang awam supaya mengendahkan jika menerima e-mel yang nampak serupa dari bank atau mana-mana institusi kewangan.

Pusat itu meminta pelanggan supaya memeriksa kesahihan e-mel yang diterima dengan pihak bank atau menghubungi pusat berkenaan.
-- BERNAMA
 
kene berjaga2 ni...
 
ni yg selalu dok bagi kat email tu ek...
yg bagi link betul tapi gi ke url yg salah... :-? :-?

bahaya woo yg ni...
aritu ada gak datang email ni konon dari maybank
nasib la aku dah tau awal...
 
moralnyer....jgn klik any link yg dapat melalui email....
 
berhati2 jer la, especially yg banyak guna online nya perbankan....





:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register