BTC USD 84,138.7 Gold USD 4,278.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Awas kenderaan pacuan 4 roda.

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661
Kenderaan pacuan 4 roda memang kini semakin mendapat perhatian masyarakat berikutan kemampuannya untuk dipandu di permukaan jalan yang tidak rata serta kegunaan lasak untuk mengankat barang barang . Semasa bencana banjir, kenderaan ini juga sangat berguna untuk memindahkan dan menyelamatkan mangsa.

Kenderaan memang sangat bagus dan berguna, namun apa yang menjadi kebimbangan adalah SIKAP pemandu kenderaan pacuan 4 roda.

Bukan sahaja di Malaysia, pemanduan berisiko pemandu pacuan 4 roda adalah isu global yang telah diperhatikan sekian lama.

Menurut analisa 1 juta rempuhan kenderaan oleh Pusat Penyelidikan Kemalangan Universiti Monash, seorang pemandu kereta kecil yang dilanggar oleh pacuan empat roda adalah 412 kali lebih berkemungkinan maut atau cedera parah. Analisa itu meliputi kemalangan di Australia antara 1987 dan 2000, berdasarkan laporan polis.

Selain itu, Ia (pacuan empat roda) adalah kira-kira 40 peratus lebih berkemungkinan untuk membunuh anda atau mencederakan anda secara serius dalam satu kemalangan kenderaan.

Bukan sahaja untuk pengguna jalan raya lain, pemanduan secara bahaya juga mengundang bahaya kepada pemandu itu sendiri berikutan pusat gravitinya yang lebih tinggi, pacuan empat roda hampir tiga kali ganda lebih berkemungkinan berguling daripada sedan penumpang besar dalam kemalangan satu kereta.

Kenderaan tidak salah 🙏🏻, sikap dan gaya pemanduan yang perlu diubah. Jangan sangka kenderaan anda besar, berkuasa dan kuat, anda boleh memandu secara bahaya di jalanraya.





.........
 
Back
Top
Log in Register