Pistia
Super Active Member
- Messages
- 8,760
- Joined
- Sep 22, 2008
- Messages
- 8,760
- Reaction score
- 48
- Points
- 70
Sekarang kita sering disajikan dengan berita yang memaparkan tentang penggunaan gelatin. Penggunaan gelatin semakin meluas bukan sahaja dalam makanan tetapi turut merangkumi bidang perubatan. Malah penggunaan gelatin juga melebihi 50% dalam makanan, yang mana 41% ialah gelatin daripada kulit ****, 29.5% daripada tulang haiwan dan 28.5% pula daripada kulit haiwan bovine. Sebagai pengguna muslim kita seharusnya mengambil alternatif dan inisiatif supaya kita tidak terus ditipu oleh mereka yang mahu menjatuhkan umat Islam. Tanpa kita sedari, semakin banyak produk makanan mahupun perubatan, kecantikan dan sebagainya menggunakan gelatin. Umat Islam sama ada secara sedar ataupun tidak sering tertipu dengan produk yang menggunakan gelatin. Hal ini demikian kerana, pihak pengeluar tidak menyatakan dengan jelas mengenai kandugan yang terdapat dalam gelatin.
Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut lagi mengenai isu penggunaan gelatin dalam perubatan dan makanan, adalah lebih elok jika kita mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan gelatin. Menurut takrifan yang diberikan oleh Professor Muhammad Abdul Salam, gelatin ialah merupakan hasil pengasingan protein yang dihasilkan dengan cara menceraikan rangkaian kimia yang terdapat dalam protein haiwan yang dikenali dengan nama collagen. Malah ianya diasingkan dengan cara pengoksidaan ataupun dengan menggunakan perantaraan enzim yang akhirnya akan menukarkan struktur kimianya.
Sebenarnya, sumber gelatin diperolehi daripada kulit, tulang sisi tulang dada dan tendon ****. Namun begitu terdapat juga gelatin yang berasaskan ikan tetapi masih dalam peringkat kajian lagi. Malah gelatin juga turut terdapat daripada tumbuh-tumbuhan contohnya ialah bijirin. Di dalam Ensikloedia Malaysiana pula, penggunaan gelatin daripada sayur-sayuran adalah sama dengan gelatin daripada haiwan dari segi fungsinya dan boleh didapati daripada gluten gandum atau bijirin lain.
Sesungguhnya penggunaan gelatin sangat meluas bukan sahaja dalam pemakanan dan farmaseutikal tatapi turut ada dalam kosmetik, pembuatan filem-filem fotografi, filem sinar-X, kertas cetak foto, membuat kotak-kotak, gel dakwat pen. Manakala dalam makanan pula ialah dalam kapsul penyalut ubat,kapsul lembut seperti kapsul minyak ikan, konveksioneri (coklat, gula-gula dan lain-lain), gummy jelly, penstabil berperisa, yogurt, keju, mentega, aiskrim, pencuci mulut segera (terutamanya agar-agar dan pudding), gula-gula getah, produk-produk daging yang diproses. Gelatin yang digunakan dalam produk-produk diatas adalah sebagai agen penstabil, agen penebal, agen pembuih, egen pelakat atau agen pengikat.
Penggunaan gelatin turut meluas terutamanya dalam pembuatan makanan dan penghasilan ubat-ubatan samada ubatan moden mahupuntradisional. Antara penggunaannya dari sudut perubatan ialah kapsul ubat, penyalut kepada ubat untuk melambatkan larut semasa berada dalam sistem penghadaman, ubat krim, ubat yang dimasukkan melalui dubur atau saluran peranakan, penghalang pengeluaran darah dalam pembedahan, pengganti atau penambah plasma darah. Malah menurut kajian Dr. Troum dan Dalton gelatin khinzir boleh digunakan untuk menyembuhkan tulang yang patah. Gelatin yang disteril dengan radiasi uktraviolet boleh merangsangkan pembentukan tulang yang baru (masih dalam kajian). Dalam satu kes seorang yang berumur 72 tahun mengmbil ¼ oz gelatin sehari dalam jus oren selama 6 bulan sebagai rawatan kepada arthtitis pada sendi tangannya. Kesannya telah menambahkanflexibility jarinya dan kesakitan dapat dikurangkan. Oleh hal yang demikian juga, masyarakat Islam mestilah berhati-hati dalam memilih dan membeli makanan kerana dikhuatiri mengandungi gelatin yang tidak halal. Penggunaan gelatin daripada **** kerana kos pengeluarannya hanya mengambil masa sebulan sahaja. Manakala, bovine pula mengambil masa selama tiga bulan. Oleh sebab itu jugalah ramai pengeluar menggunakan gelatin daripada **** kerana kosnya jauh lebih murah.
Sebenarnya gelatin terbahagi kepada dua iaitu gelatin type A iaitu berasaskan daripada kulit **** dan gelatin type B yang berasaskan daripada tulang-tulang dan kulit haiwan bovine seperti lembu, kambing dan kerbau.
Bagi umat Islam, mereka tidak boleh mengambil makanan yang diharamkan seperti ****, binatang bukan sembelihan orang Islam dan makanan yang kotor. Manakala bagi penganut Hindu pula, lembu merupakan makanan yang sensitive untuk mereka. Yahudi pula tidak mengambil **** sama ada sebagai makanan ataupun dalam perubatan. Tetapi, kadangkala makanan haram itu manjadi asas dalam pembuatan sesuatu makanan ataupun ubat-ubatan. Islam mementingkan aspek khasiat dan kebersihan supaya yang dimakan benar-benar membawa manfaat, bukannya kemudaratan. Dalam hadis diceritakan Muslim, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya:
“Wahai orang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu,”

Last edited: