BTC USD 61,063.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Awang hitam mengamuk

-pojie-

CG Top Poster Club
gem
Messages
21,035
Joined
Oct 29, 2008
Messages
21,035
Reaction score
57
Points
130
ne_07.1.jpg


MELAKA - Tindakan seorang Awang Hitam yang cuba melarikan diri sebaik terlepas daripada pergelutan dengan beberapa pegawai Imigresen mengundang padah apabila tulang kepalanya retak selepas terhantuk pada tiang dan tembok bangunan kelmarin.

Lelaki Nigeria berusia lingkungan 30-an itu bagaimanapun dapat ditahan dalam Ops Gagak Hitam selepas ditemui dalam keadaan terlentang sambil mengerang kesakitan dengan kepalanya berlumuran darah di situ. Dia kini dirawat di Hospital Melaka.

Suspek yang mendakwa pelajar sebuah kolej terbabit merupakan antara tujuh Awang Hitam yang ditahan dalam operasi selama tujuh jam bermula pukul 1 petang di dua buah kedai makan di Kota Laksamana dan sebuah pasar raya di Jalan Tun Ali di sini.

Suspek yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan tiga rakannya itu ditahan di Kota Laksamana manakala bakinya ditahan di pasar raya tersebut. Kesemua serbuan dilakukan ketika Awang Hitam berusia di antara 21 dan 51 tahun terbabit sedang makan.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamalludin Ismail berkata, operasi yang diketuai timbalannya, Yusof Hashim mendapati enam daripada suspek merupakan warga Nigeria manakala seorang rakyat Afrika Selatan.

Katanya, ketika ditahan, kesemua Awang Hitam berkenaan bertindak ganas apabila menyiku dan membaling kerusi ke arah pegawainya.
 
kesian mai sini nak lari gak kan dh kena adessssssssss
 
Kelamkabut lah awang hitam :))
 
gomen sengal betul, pentingkan duit dari melihat kes sebegini secara serius....gomen ni selagi tak kena kepada adik beradik saudara mara diaorg, selagi itu buat budus ajer, heran aku, kes2 melibatkan awang hitam dgn gejala negatif diaorg semakin menjadi2 dan mengangap kes terpencil, masih lagi gomen nak berlembut, halang jer pengambilan "student" kununnya, dari afrika yg byk bawa masaalah kepada masyarakat setempat...
 
Back
Top
Log in Register