BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Awan bawa ribut luar biasa (gambar)

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
du_04.1.jpg

Awan hitam yang besar bergerak ke bandar Helsinki baru-baru ini.

-----------------------------------------------------------------
HELSINKI, Finland - Beberapa gambar kejadian ribut luar biasa yang mencederakan berpuluh-puluh orang dan menyebabkan kumpulan rock terkenal, Motley Crue membatalkan konsert mereka di Finland disiarkan media tempatan, lapor sebuah akhbar semalam.

Rakaman tersebut dibuat semasa awam berwarna hitam, angin kencang, hujan lebat dan petir melanda bandar raya Helsinki dan beberapa kawasan lain di negara itu baru-baru ini.

Sejumlah 40 orang cedera dengan dua lagi mengalami kecederaan serius semasa menonton konsert Motley Crue di Festival Sonisphere, di bandar Pori.

Ribut itu turut menyebabkan sebuah pentas rosak teruk.

Festival Heavy Metal Sonisphere dihadiri kira-kira 30,000 peminat yang mahu menyaksikan persembahan kumpulan terkenal seperti Iron Maiden, Alice Cooper dan Motley Crue.

Sebuah pesawat yang disewa khas oleh band Iron Maiden turut rosak apabila ia berada dalam keadaan senget akibat ribut tersebut.

Fenomena awan hitam luar biasa yang membawa ribut itu boleh dilihat di laman YouTube. - Agensi
 
ngeri tol awan ribut tu.....mcm membawa seolah2 ada kejahatan dlm awan tersebut
 
ngeri tol awan ribut tu.....mcm membawa seolah2 ada kejahatan dlm awan tersebut

mcm dalam movie la pulak :))

kalau nak lagi contoh ... dalam awan hitam tu ada ufo besar ..

:)):))
 
:))tu la psal,terigat mcm filem "independent day" laa...cita kapal UFO dlm awan ribut :eek::eek::eek:

bagi aku ... tgk awan hitam rendah besar mcm tu lalu atas kepala ..

mau bergeletar aku ... mcm kiamat ...

ampuni la hamba mu ini :((
 
Back
Top
Log in Register