BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Audit AFC, FIFA bukan bukti kegagalan pengurusan lama FAM - Hamidin

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Audit AFC, FIFA bukan bukti kegagalan pengurusan lama FAM - Hamidin​

3543793.webp

Presiden Kehormat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin

KUALA LUMPUR - Presiden Kehormat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin berkata laporan audit kualiti yang dibentangkan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tidak boleh ditafsirkan sebagai bukti kegagalan pengurusan lama FAM.

Beliau berkata, sebaliknya laporan itu bertujuan memperkukuh tadbir urus persatuan mengikut standard antarabangsa susulan permohonan FAM sendiri kepada AFC dan FIFA untuk menilai keseluruhan struktur pentadbiran badan induk bola sepak negara itu.

"FAM menjalankan tugas mengikut statut yang ada ketika itu, tetapi AFC dan FIFA melihat terdapat ruang yang boleh dipertingkatkan mengikut keperluan bola sepak moden,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Hamidin berkata, audit tersebut penting bagi membantu menambah baik FAM dan membawa badan induk itu ke tahap yang lebih baik secara berperingkat.

"Tetapi ini bukan bererti salah. Ini merupakan satu pembaharuan seperti yang dinyatakan oleh Datuk Seri Windsor Paul John (Setiausahah Agung AFC), iaitu usaha untuk meningkatkan dan menambah baik FAM,” katanya.

Dalam perkembangan lain, bekas Presiden FAM itu pada masa sama berharap kepimpinan baharu badan induk berkenaan dapat menangani isu membabitkan tujuh pemain warisan negara yang sehingga kini masih menjadi topik perbualan dalam kalangan peminat bola sepak.

"FAM seperti diketahui telah mengambil tindakan awal dengan membuat laporan polis dan sehingga kini masih menunggu perkembangan lanjut.

"Mereka (FAM) tidak akan lepas tangan. Saya juga berpandangan bahawa Presiden dan Exco baharu nanti perlu melihat isu ini secara menyeluruh,” kata Hamidin.- Bernama
 
Back
Top
Log in Register