kopirait
CG Top Poster Club

- Messages
- 49,280
- Joined
- Apr 18, 2010
- Messages
- 49,280
- Reaction score
- 5,428
- Points
- 486
ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) hari ini mengesahkan bahawa berlaku serangan siber terhadap rangkaian data milik pasukan itu.
Panglimanya, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, insiden itu telah dikesan oleh Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) serta Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) ATM.
“Sebaik serangan bermula, BSEP dan CDOC telah melaksanakan pengasingan trafik data bagi tujuan mengaburkan lokasi sebenar data-data berdarjah seterusnya melindungi rangkaian yang menjadi sasaran penggodam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, bagaimanapun serangan siber tersebut gagal menjejaskan operasi portal sebenar.
“Sebaliknya hanya berjaya menggodam segmen tertentu yang telah diletakkan di luar rangkaian sejak awal lagi.
“ATM juga menyedari wujudnya cubaan serangan siber yang berterusan terhadap rangkaian maklumat yang dimiliki oleh pihak Kementerian Pertahanan dan ATM,” katanya.
Justeru, beliau berkata, ATM sentiasa memantau dan mempertingkatkan aspek keselamatan siber dari semasa ke semasa.
Tegasnya, aspek keselamatan siber ATM sentiasa bersiap sedia bagi memastikan segala ancaman yang mengganggu rangkaian komunikasi pertahanan dapat dikesan awal seterusnya ditangani sewajarnya.
“Terutama melalui peranan BSEP dan CDOC yang bukan sahaja memperkukuhkan rangkaian pemantauan dan pertahanan komunikasi ATM malah melindungi rangkaian komunikasi strategik pertahanan Negara,” katanya. -Malaysiapost
ATM sahkan rangkaian data digodam - MalaysiaPost
ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) hari ini mengesahkan bahawa berlaku serangan siber terhadap rangkaian data milik pasukan itu. Panglimanya, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, insiden itu telah dikesan oleh Bahagian Siber dan ElektromagnetikPertahanan (BSEP) serta Pusat Operasi Pertahanan...
Kenyataan Media
Last edited: