BTC USD 83,863.4 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Atendan raba nenek

ya btol2!:)) :)paid :)paid

len kli tulis kasi beso sket

owh besar ek....

mahapkan abg ween...
Blush.jpg
 
so kesimpulannye nenek tu ialah frigid03 ke? :-? :-? :-?
 
Aku rasa pun mcm tu jugak.... Betul ker bro gween....:-? :-?

xderlah...frigid03 adalah seorang gadis melayu yg sopan dan berbudi bahasa...


gid...tul ker abg ween cakap ni...
Blush.jpg
 
xderlah...frigid03 adalah seorang gadis melayu yg sopan dan berbudi bahasa...


gid...tul ker abg ween cakap ni...
Blush.jpg

ya btol lg!! :)) :)) :)paid :)paid

nti gid upah abg ween doposen;) ;)
 
Full News Atendan Raba Nenek

KUALA PILAH: “Kalau saya yang sudah berpangkat nenek pun dia tergamak meraba, macam mana dengan orang lain yang lebih muda,” kata Tehar Abdullah yang mendakwa dicabul atendan sebuah hospital di sini, semalam.

Tehar, 65, mendakwa dicabul sebanyak dua kali di bilik persalinan pesakit oleh seorang kakitangan hospital yang bekerja di bahagian X-Ray pada pagi semalam dan kelmarin.

Menurutnya, dia mendapatkan rawatan di hospital itu selepas bahagian tulang belakang sakit akibat terjatuh di pasar basah di Pekan Jelai, Bahau, Isnin lalu.

“Semasa kejadian itu, saya mahu duduk di kerusi plastik tetapi ia tiba-tiba patah menyebabkan saya terjatuh dan sakit bahagian belakang.


“Sakit itu semakin teruk menyebabkan anak saya menghantar saya ke hospital terbabit Selasa lalu untuk menjalani rawatan,” katanya yang ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah di sini, petang semalam.


Dia berkata, pemeriksaan doktor mendapati bahagian antara tulang belakang dengan tulang punggung terkehel sedikit menyebabkan dia terpaksa dimasukkan ke wad.

“Saya kemudiannya dihantar untuk menjalani imbasan X-Ray. Semasa sedang terlentang di atas mesin X-Ray itu, saya terkejut apabila atendan yang berusia lingkungan 20 tahun itu menyelak kain saya.

“Malah dia juga masuk ke dalam bilik persalinan pesakit dan menyandar saya ke dinding sebelum meraba payu dara saya dengan alasan mahu memeriksa jantung,” katanya yang tinggal di Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, dekat sini.

Tehar mendakwa, pada mulanya, dia tidak mengesyaki apa-apa, tetapi terkejut apabila pemuda itu sekali lagi mengambil kesempatan meraba di bilik persalinan buat kali kedua selepas menjalani imbasan X-Ray, pagi semalam.

“Saya mengadu kepada jururawat mengenai sikap tidak senonoh pemuda itu sebelum disampaikan kepada ketua jururawat.

“Pada mulanya, mereka seolah-olah tidak percaya dengan aduan saya dengan bertanyakan sama ada saya ingat atau tidak nombor telefon rumah serta telefon bimbit macam saya sudah nyanyuk.

“Selepas itu, mereka memanggil tiga lelaki termasuk pemuda itu masuk dan meminta saya menunjukkan siapa yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak senonoh itu,” katanya.

Dia berkata, atendan itu kemudiannya memberi alasan kononnya mahu memeriksa jantung menyebabkan dia bertindak sedemikian.

“Walaupun saya sudah tua, namun saya tahu bagaimana pemeriksaan payu dara dilakukan dan mempersoalkan mereka kenapa seorang atendan di bilik X-Ray tiba-tiba bertindak selaku doktor pula untuk memeriksa jantung saya.

“Kakitangan di situ berulang kali meminta maaf kepada saya dan meminta perkara itu tidak diperbesarkan, namun saya terpaksa membuat laporan polis kerana tidak mahu perkara ini berulang, malah bimbang jika ada orang lain menjadi mangsa perbuatan tidak senonoh itu,” katanya.
 
bangga nenek tu..laku lagi aku ni..dlm hati dia:))
 
Back
Top
Log in Register