Tak pernah lagi, tetapi pernah beli dekat Lazada lepas banding harga dia yang termurah.
Sebenarnya semua kedai online ni bukan jual barang dia. Dia orang jadi orang tengah sahaja. Kena tengok nama syarikat pembekal yang akan uruskan pesanan. Biasanya ada tulis tapi fineprint.
Lazada ni sediakan tempat jual sahaja, sesiapa ada barang boleh daftar dan jual. Jadi kalau pembekal tu tipu, memang kena tipu juga. Lepas tu Lazada blacklist lah penjual tu.
Mana yang bising order barang lambat sampai 2 bulan baru terima jenis tak membaca. Sebelah kanan produk jualan tu akan ada tulis barang tu adalah daripada pembekal tempatan atau barang import. Biasanya kalau barang import dia tulis 1 hingga 2 bulan baru terima. Semua barang ada tulis tarikh bila barang ETA terima.
Jadi kalau nak beli online, kena:
1. Semak nama syarikat pembekal
2. Tengok rating dan ulasan pembeli lain
3. Google nama syarikat, biasanya dia ada kedai online sendiri dan mungkin ada blogger sudah buat ulasan kedai dia ok ke tak
Nasihat saya, kalau nak beli dengan Lazada jangan tengok murah sahaja, tengok kalau ada mesej tulis "order fulfillment by Lazada". Ini maknanya Lazada sudah nego beli semua stok dengan pembekal dan dia sendiri yang akan uruskan semua. Waranti pun dengan dia.