BTC USD 86,439.1 Gold USD 4,341.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News ASUS Zenbook S13 OLED - Komputer Riba OLED Ternipis Di Dunia

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,591
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,591
Reaction score
7,741
Points
916
ASUS sebentar tadi telah melancarkan model komputer riba Zenbook S 13 OLED terbaru yang ASUS nyatakan sebagai komputer riba OLED ternipis di dunia. Hanya setebal 1 cm dan seringan 1kg sahaja, sekaligus ini adalah komputer ultra nipis dan ultra ringan terbaik yang ada di pasaran ketika ini.

Malah ASUS turut memberikan kuasa secukupnya untuk komputer riba terbaru ini di mana ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core Gen-13 dan 16GB RAM serta grafik oleh cip Intel® Iris® Xᵉ Graphics. Menjadikan Zenbook S 13 OLED adalah antara model komputer riba berprestasi terbaik yang ditawarkan untuk tahun ini.
Zenbook-S-13-OLED_UX5304_Ponder-Blue_Basic_18.jpg

Skrin ASUS ZenBook S 13 OLED dengan resolusi 2.8K serta kadar cerah sehingga 550nits menerima pensijilan Dolby Vision.

Menerusi Zenbook S 13 OLED ini juga, ASUS meneruskan komitmen mereka untuk menghasilkan produk mesra alam dengan menggunakan bahan kitar semula termasuklah kotak pembungkusan bagui Zenbook S 13 OLED ini.

https://army.cari.gold/wp-content/uploads/2023/04/Zenbook-S-13-OLED_UX5304_Scenario-photo_03.jpg

ASUS Zenbook S 13 OLED dijadualkan akan berada di pasaran Malaysia pada pertengahan bulan Mei 2023 nanti menerusi 2 varian berikut:-​
  • Intel Core i5-1335U, 16GB LPDDR5 RAM dengan storan 512GB berharga RM 4,999 dan;
  • Intel Core i7-1355U, 16GB LPDDR5 RAM, dengan storan 1TB berharga RM 5,999
Dengan penawaran spesifikasi yang berprestasi, mesra pengguna serta harga yang berpatutan, ASUS Zenbook S 13 OLED adalah antara model komputer riba terbaru yang berpotensi menjadi pilihan utama pengguna di Malaysia.​
 
Last edited:
Pandang Pertama ASUS Zenbook S13 OLED - Lebih Nipis, Lebih Ringan, Lebih Berkuasa

Baru-baru ini ASUS telah memperlihatkan beberapa produk baru yang memfokuskan kepada produktiviti harian di pejabat, sekolah dan juga rumah, dan diantaranya ialah komputer riba kelas produktiviti ASUS Zenbook S13 OLED yang akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

1682419098864.png

Baru-baru ini, telah diberi peluang untuk melihat sendiri rekaan dan fungsi komputer riba ini sebelum ia dilancarkan di pasaran tempatan, dan bagi saya, ini merupakan sebuah mesin produktiviti harian yang mungkin saya mahukan untuk diri sendiri.

Spesifikasi

Skrin
ASUS Lumina OLED (2880×1800)
CPU
Intel Core i5-1355U, Intel Core i7-1355U
GPU
Intel Iris Xe
RAM
16GB DDR4
Storan
512GB/1TB M.2 NVMe PCIe
Kamera Utama
1080p Infra Merah
I/O
1 x USB 3.2 Gen 2 Type-A
2 x Thunderbolt 4
Kunci Kensington
Bateri
63 WHr
Pengecasan 65W
SIM/Telefoni
Tiada
WiFi
802.11a/b/g/n/ac/6e
Bicu Audio
Ya
Kalis Air
Tiada
Sistem Imbasan
Wajah Windows Hello
Harga Jualan
RM4999/RM5999

Rekaan

Siri ASUS Zenbook merupakan diantara komputer riba kelas Ultrabook pertama yang diperkenalkan bertahun-tahun dahulu, dan kini dengan model terbaru ini dilihat mengekalkan gabungan rekaan nipis dan ringan dan penggunaan komponen-komponen yang berkuasa. Dari segi binaan rangka, ASUS dilihat menggunakan gabungan aluminum-magnesium untuk bahagian bawah komputer riba ini yang merumahkan komponen-komponen, dan juga sebuah bahan baru yang dinamakan plasma ceramic aluminum ataupun aluminium seramik plasma untuk bahagian belakang paparan.
1682419130773.png

Ini membolehkan komputer riba ini untuk hadir dengan jumlah berat seringan 1kg sahaja, dan mempunyai ketebalan maksima 1cm apabila ia ditutup. Walaupun dengan rekaan yang serba nipis ini. ASUS Zenbook S13 OLED ini masih tampil dengan sejumlah palam terbina yang mencukupi, yang terdiri daripada USB 3.2 Type-A, dua palam Thunderbolt 4, satu palam HDMI 2.1 dan satu palam audio 3.5mm. Dari segi paparan, komputer riba ini hadir dengan paparan ASUS OLED Lumina bersaiz 13.3 inci dengan resolusi 2880×1800 yang mempunyai nisbah paparan 16:10 yang sedikit lebih tinggi, yang akan memanfaatkan mereka yang mahukan lebih banyak ruang untuk bekerja.

ASUS OLED Lumina

Selain daripada spesifikasi cip pemprosesan Intel yang berkuasa, satu kelebihan yang diperlihatkan pada komputer riba ASUS Zenbook S13 OLED ini ialah ia merupakan diantara komputer riba kelas produktiviti ASUS pertama yang menggunakan panel ASUS OLED Lumina yang hadir dengan pelbagai ciri yang menarik.
1682419155769.png

Selain dari menjanjikan olahan warna yang lebih menarik, paparan ini turut hadir dengan ciri-ciri seperti kadar segar semula 120Hz, nilai kecerahan 600 nit, kebolehan untuk mengolah 100 peratus gamut warna DCI-P3, kejituan warna Delta E<1, penjimatan kuasa yang lebih baik, beserta sokongan teknologi paparan DisplayHDR True Black. Selalunya penggunaan komputer riba untuk jangkamasa yang lama tidak digalakkan kerana cahaya biru yang boleh merosakkan mata, tetapi dengan panel baru ini, ASUS menjanjikan pengurangan cahaya biru sebanyak 70 peratus berbanding dengan paparan-paparan yang biasa supaya mata anda tidak begitu cepat penat.

Bateri

ASUS turut menjanjikan bahawa Zenbook S13 OLED ini hadir dengan jangkahayat bateri selama 14 jam melalui bateri 63Wh yang boleh dicas melalui palam USB Type-C yang terbina didalam komputer riba ini. Ia juga hadir dengan sistem pengecasan pantas yang mana dengan pengecasan selama 49 minit, komputer riba ini akan dicas sebanyak 70 peratus. Selain daripada pengecas yang disediakan, anda juga boleh menggunakan pengecas 65W sedia ada jika anda sudahpun memilikinya.
1682419188975.png

Kesimpulan

Pendapat awal, komputer riba ini ialah ia merupakan sebuah komputer riba produktiviti nipis dan ringan yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tidak kira tujuan ataupun sebab. Dari pekerja pejabat ke pelajar sekolah ataupun kolej dan juga mereka yang bekerja dari rumah, ASUS Zenbook S13 OLED ini merupakan sebuah komputer riba yang boleh dimanfaatkan oleh semua.
1682419208470.png
 
ASUS ZenBook S 13 OLED UX5304 - 'Laptop' Premium

ASUS telah pun melancarkan model komputer riba terbaru untuk pasaran global bagi tahun 2023 iaitu ZenBook S 13 OLED. ASUS menyatakan bahawa komputer riba OLED terbaru mereka ini adalah yang ternipis di dunia. Jadi benarkah ia sangat nipis dan adakah ia sekadar itu sahaja?

Sangat ringan dan nipis

Pertama kali memegang ZenBook S 13 OLED memang mengejutkan penulis, ia terasa begitu ringan sekali. Jauh berbeza dengan model komputer riba yang pernah digunakan penulis sebelum ini. Malah ketebalannya terasa begitu nipis seakan memegang sebuah tablet.

ASUS-Zenbook-S-13-OLED-UX5304-11.jpg


Gabungan rekaan nipis dan beratnya yang begitu ringan menjadikan ia begitu istimewa menyebabkan penulis gemar berdamping dengannya dan membawanya ke mana sahaja. Sama ada di pejabat mahupun luar pejabat.

ASUS-Zenbook-S-13-OLED-UX5304-10.jpg

Rekaan kemas

Menyentuh ZenBook S 13 OLED ini memang anda akan terasa dan secara automatik menyedarinya bahawa ia merupakan sebuah komputer riba yang direka dengan begitu baik. Dalam bentuk kecil bersaiz 13 inci ini, ASUS bukan sahaja berjaya menghasilkan sebuah komputer riba ultra nipis dan ringan, tetapi juga memenuhi kehendak pengguna yang mahukannya lengkap dengan sambungan untuk pelbagai peranti. ZenBook S 13 OLED terbaru ini kini padat dilengkapi dengan sambungan 1x USB 3.2 Gen 2 Type-A, 2x Thunderbolt 4 yang menyokong bagi sambungan paparan luar atau pengecasan, 1x HDMI 2.1 TMDS dan 1x bicu audio 3.5mm.Jadi anda tidak perlu membeli sambungan tambahan untuk menyambung peranti lain bersama ZenBook ini.

Moden dan bergaya

Bukan itu sahaja, ZenBook S 13 OLED ini adalah hadir dengan rekaan moden dan bergaya.

Menghiasi di bahagian atas komputer riba ini, ia disaluti dengan lapisan bercorak yang memberikan rasa premium apabila dipegang mahupun dipandang.

ASUS-Zenbook-S-13-OLED-UX5304-1.jpg


Malah ia begitu tahan sehingga ia tahan calar dan kalis cap jari yang boleh menjadikan komputer riba ini kelihatan comot dengan cap jari.

Prestasi premium

Untuk aspek prestasinya pula, ZenBook S 13 OLED dikuasakan oleh cip pemprosesan berkuasa dari Intel Core i5 Evo Gen-13 atau Intel Core i7 Evo Gen-13.

Penggunaan cip berkuasa ini sekaligus menandakan bahawa ZenBook S 13 OLED terbaru ini adalah komputer riba premium dan berprestasi yang menyokong ciri moden seperti sokongan sambungan WiFi/Bluetooth pantas dan peranti luar berkelajuan tinggi, pembatalan hingar dan sokongan khas ciri kamera serta penjimatan bateri.

ASUS-Zenbook-S-13-OLED-UX5304-5.jpg

Dikuasakan oleh cip Intel evo sekaligus menyatakan status ZenBook S 13 OLED ini sebagai sebuah komputer riba premium.

Kuasa grafiknya pula dikuasakan oleh cip Intel Iris Xe Graphics yang memberikan kualiti visual mengagumkan menerusi skrin OLED 13.3 inci, 2.8K (2880 x 1800). Kualiti visual dari skrin ZenBook S 13 OLED ini sememangnya tidak perlu dipertikaikan akan paparan visualnya yang mengagumkan.

ASUS-Zenbook-S-13-OLED-UX5304-4.jpg


Menonton video di sini secara penstriman sememangnya sangat memuaskan hati kerana ia begitu terang dan kaya dengan warna. Layan movie pun jadi best.

Bateri tahan lama

Walaupun nipis, ASUS berjaya memuatkan ZenBook S 13 OLED dengan bateri yang mampu beroperasi untuk tempoh yang cukup lama. Cukup untuk beroperasi sepanjang hari kerja anda.

ASUS-Zenbook-S-13-OLED-UX5304-6.jpg

Sudut bukaan skrinnya boleh dibuka sehingga 180 darjah.

Penulis yang mencuba sendiri komputer riba ini mampu mendapat sehingga 10 jam dengan tetapan kadar kecerahan skrin pada tahap 70% bagi melayari internet, mendengar lagu, menonton video di YouTube dan menaip bersamanya. Malah ia berupaya beroperasi lebih lama jika tetapan pada sistem operasi Windows 11 ditetapkan kepada mod penjimatan bateri.

Berbaloikah?

Persoalan seterusnya adakah ia berbaloi untuk dimiliki?

ASUS-Zenbook-S-13-OLED-UX5304-7.jpg


Rekaan moden, buatan kemas dan berkualiti, spesifikasi premium serta harga yang berpatutan iaitu bermula dari RM4,999, ASUS ZenBook S 13 OLED sudah pastinya komputer riba ultra ringan dengan skrin OLED terbaik di pasaran ketika ini. Ia amat sesuai bagi anda yang mahukan sebuah komputer riba ringan, nipis, berprestasi dan bergaya untuk kerjaya mahupun pelajar universiti. Untuk pencipta kandungan pula, ZenBook S 13 OLED ini mungkin adalah komputer riba permulaan yang sesuai dan terbaik untuk anda.

Beli ASUS ZenBook S 13 di Shopee
Beli
ASUS ZenBook S 13 di Lazada
 
Back
Top
Log in Register