BTC USD 83,335.8 Gold USD 4,179.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Asus Tak Lagi Benar Bootloader Zenfone & ROG Phone Dinyahkunci

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,634
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,634
Reaction score
7,745
Points
916
Asus didapati tidak lagi menawarkan kemudahan menyahkunci bootloader kepada penggunanya. Apabila pertanyaaan disalurkan kepada pihak Asus, salah seorang pengguna berkongsikan jawapan yang Asus memang tidak lagi membenarkan bootloader telefon mereka dibuka. Tidak setakat pengguna Zenfone telah dihalang untuk menyahkunci bootloader, didapati yang kemudahan nyahkunci untuk ROG Phone 7 juga telah tiada sejak awal tahun 2023 lagi. Apabila pengguna tersebut menghubungi pihak Asus, dia dimaklumkan yang perisian yang terlibat sedang dinaik taraf dan dijangka siap dalam Suku 3 2023, namun sejak itu, tiada perkembangan terbaharu dikongsikan.
​
1691483158622.png

Dengan tiadanya bootloader terbuka, maka pengguna tidak lagi boleh memasang custom firmware kepada telefon Asus. Golongan yang cenderung gunakan Android berbanding iOS sebahagian besarnya disebabkan keversatilannya untuk diubah suai mengikut citarasa penggunaanya pada tahap yang lebih mendalam berbanding yang lain. Walau bagaimanapun, bootloader yang tidak dikunci adalah gerbang kepada pengubahsuaian itu.

Sumber asal Android Authority​
 
Back
Top
Log in Register