BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,333.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ASUS Acah Komputer Riba Gaming TUF Dengan Rekaan Logo Baru

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,591
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,591
Reaction score
7,741
Points
916
ASUS bakal memperkenalkan siri komputer riba terbaru mereka di sebuah acara pada 12 Januari 2021 kelak. Hari ini, syarikat teknologi dari Taiwan tersebut telah memperlihatkan sebuah video acah mengenai siri komputer riba gaming ASUS TUF (The Ultimate Force) mereka yang akan diperkenalkan kelak.

ASUS-TUF-Gaming-2021-Laptop-950x534.jpg.webp

Dari video tersebut, ia dapat dilihat bahawa siri komputer riba terbaru ini, walaupun ia mengekalkan warna peraknya, hadir dengan logo yang lebih moden, dan mempunyai rekaan yang dikatakan lebih nipis dan ringan berbanding apa yang ditawarkan sebelum ini.

ASUS-TUF-Gaming-2021-Laptop3-950x534.jpg.webp

Lebih menarik lagi, komputer riba ASUS TUF baru ini juga nampaknya akan hadir dengan sistem penyejukan CPU dan GPU yang baru, yang diharap akan membuatkannya lebih sejuk berbanding dengan apa yang digunakan pada komputer riba tersebut sebelum ini.

ASUS-TUF-Gaming-2021-Laptop2-950x534.jpg.webp

Tiada butiran yang diberitahu mengenai komponen-komponen yang akan digunakan didalam komputer riba ini, tetapi ia dijangka akan dikuasakan oleh CPU Intel dan AMD terbaru, bersama-sama dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3000 untuk komputer riba yang akan diperlihatkan tidak lama lagi.

 
ASUS TUF Dash F15 - Noetbook Gaming Nipis & Berkuasa Pertama Dalam Siri Tersebut

Apabila bercakap mengenai siri komponen ataupun komputer riba The Ultimate Force keluaran ASUS, ia biasanya boleh dikatakan versi lebih “mampu milik” komputer-komputer riba gaming ASUS yang lain. Di acara pelancaran produk ASUS baru-baru ini, mereka telah memperkenalkan sebuah model TUF Gaming baru dengan ASUS TUF Dash F15, iaitu komputer riba gaming nipis dan berkuasa yang pertama didalam siri tersebut. ASUS TUF Dash F15 ini hadir dengan ketebalan 19.9mm dengan berat 2kg sahaja, dan dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Tiger Lake-H sehingga model Intel Core i7, mempunyai sokongan memori DDR4 sehingga 32GB dan storan NVMe PCIe yang cukup pantas.

Dari segi pilihan GPU, ASUS mengatakan bahawa komputer riba ini hanya hadir dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3070, dan ia akan dipadankan dengan paparan 15.6 inci dengan resolusi Full HD dengan pilihan kadar segar semula 240Hz ataupun 144Hz. Dengan rekaan yang lebih nipis ini, TUF Dash F15 ini juga hadir dengan sistem penyejukan baru yang lebih efisyen dimana dua kipas penyejuk mengalirkan haba daripada permukaan bongkah penyejukan keluar dari belakang komputer riba, dan juga sistem pembersihan dalaman yang akan diaktifkan secara automatik apabila komputer riba dihidupkan.

Dalam pada itu ASUS juga menjanjikan jangkahayat bateri selama 16.5 jam apabila digunakan secara biasa, dan pengecas 200W yang menjanjikan pengecasan semula yang pantas. ASUS mengatakan bahawa komputer riba ini akan tiba ke pasaran-pasaran terpilih pada suku pertama tahun ini, dimana tanda harganya akan diumumkan kelak.

Screenshot-3694.jpg
 
Siri ASUS TUF Gaming Komponen AMD, Intel & NVIDIA Terbaru Akan Tiba

ASUS TUF Gaming biasanya dipasarkan sebagai siri komputer riba gaming “mampu milik” yang masih lagi hadir dengan spesifikasi dalaman yang agak berkuasa. ASUS telah mengemaskini siri The Ultimate Force mereka dengan komponen-komponen terbaru keluaran AMD dan juga NVIDIA, dimana selain daripada ASUS TUF A15, mereka juga telah memperkenalkan model ASUS TUF Dash F15 iaitu komputer riba gaming nipis dan berkuasa pertama untuk siri tersebut. Bermula dengan ASUS TUF A15, ASUS Malaysia mengesahkan bahawa ia akan menerima sejumlah kemaskini dari segi spesifikasi luaran dan juga dalaman. Bermula dengan paparan skrin, ia dilengkapi paparan IPS bersaiz 15.6 inci dengan resolusi Full HD dan pilihan kadar segar semula 144Hz ataupun 240Hz.

Dari segi spesifikasi dalaman, ASUS TUF A15 ini dikuasakan dengan CPU AMD Ryzen 7 5800H dengan memori DDR4 sehingga 16GB dan juga pilihan storan SSD NVMe PCIe sehingga 1TB. Dari segi pilihan GPU, komputer riba ini dikuasakan oleh pilihan NVIDIA GeForce RTX 3060 ataupun NVIDIA GeForce RTX 3070 bergantung kepada keperluan pengguna. Beralih kepada ASUS TUF Dash F15, seperti yang kami laporkan sebelum ini, ia adalah komputer riba gaming nipis dan berkuasa yang dikuasakan CPU Intel Core i7-11370H, memori DDR4 sehingga 16GB, storan SSD NVMe sebesar 1TB dan menggunakan NVIDIA GeForce RTX 3070 didalam rangka komputer riba yang seringan 2KG sahaja.

Menurut ASUS Malaysia, ASUS TUF Dash F15 dan ASUS TUF A15 ini akan mula tiba di pasaran tempatan bermula penghujung bulan Januari ini pada harga RM6699 untuk ASUS TUF A15 dengan kad grafik NVIDIA GeForce RtX 3070, manakala ASUS TUF Dash F15 akan dijual pada harga RM6999. ASUS TUF A15 dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060 pula akan tiba di pasaran tempatan pada bulan Februari kelak pada harga RM5299.

Screenshot-3715.jpg
 
Back
Top
Log in Register