saerm
Fun Poster
- Messages
- 927
- Joined
- Jun 5, 2008
- Messages
- 927
- Reaction score
- 2
- Points
- 25
PELANGGAN pakej sukan bagi televisyen berbayar Astro bakal menikmati lebih pilihan apabila satu lagi saluran baru, Astro SuperSport 2 dilancar pada 18 November ini.
SuperSport 2 yang boleh ditonton pada saluran 816, lanjutan daripada Astro SuperSport (saluran 811) memberikan lebih banyak pilihan kepada peminat sukan tanah air.
Antara acara sukan menarik bakal dimuatkan di saluran 816 itu adalah Kejohanan Badminton BWF, Tenis Jelajah ATP, bola sepak Bundeliga Jerman, Ligue 1 Perancis serta sukan Amerika seperti NFL dan NHL.
Malah, sukan tinju yang sebelum ini dikenakan bayaran tambahan untuk ditonton juga akan dimuatkan di saluran itu yang pastinya memuaskan hati pelanggan Astro.
Dalam kenyataan media, Ketua Perniagaan Sukan Astro, Lee Choong Kay berkata: “Kami amat teruja untuk membawakan Astro SuperSport 2 sebagai saluran tetap dalam pakej sukan di samping menyiarkan acara langsung dari masa ke masa. Ini adalah inisiatif kami dalam meningkatkan mutu kandungan sukan dengan menambah jumlah jam untuk program baru.”
Choong Kay juga yakin dengan adanya saluran baru itu, peminat bola sepak juga dapat mengikuti perkembangan semasa program TV Manchester United, TV Chelsea, TV Liverpool dan TV Barcelona yang memberi peluang kepada peminat menerima berita terkini daripada kelab bola sepak kegemaran masing-masing.
Kini, secara keseluruhan, peminat sukan boleh menonton enam saluran melalui pakej membabitkan Astro SuperSport, ESPN, Eurosport, Golf Channel, Star Sports dan Astro SuperSports2.