BTC USD 81,227.0 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Astro dapat hak eksklusif EPL lagi

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,648
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,648
Reaction score
38,262
Points
2,836
4feb-astroepl.transformed.jpg

KUALA LUMPUR: Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) sekali lagi diberi hak eksklusif menyiarkan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Malaysia selama tiga tahun bermula kempen 2016-17 sehingga 2018-19

"Astro memperkukuhkan lagi kedudukannya sebagai pembekal kandungan sukan dengan terus menawarkan pilihan yang tiada tandingannya kepada peminat sukan. Kali ini kami bawakan tiga lagi aksi musim EPL bermula dari 2016-17 sehingga 2018-19."

"Kami begitu teruja untuk meneruskan kesinambungan kolaborasi bersama EPL dengan menawarkan siaran terbesar dan terhebat di dunia untuk tiga tahun yang akan datang," kata Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan

Katanya, peminat setia bola sepak di negara ini bakal merasai pengalaman istimewa menonton di barisan hadapan terutamanya apabila menyaksikan pasukan kegemaran masing-masing beraksi dalam kesemua 380 perlawanan secara langsung dalam versi berdefinisi tinggi (HD)

Pengerusi Eksekutif EPL, Richard Scudamore pula berkata: "Kami amat berbesar hati apabila Astro sekali lagi memilih untuk melabur dalam memiliki hak penyiaran EPL di Malaysia

Kami percaya tahap kualiti produksi Astro yang tinggi adalah faktor utama bagi peningkatan populariti EPL di Malaysia

"Kami berharap kerjasama bersama Astro ini akan dapat diteruskan bagi memastikan kandungan terbaik EPL dapat dinikmati oleh semua peminat di Malaysia."
 
jgn naik hrga langganan utk sports channel lagi dahla...
 
Faktor utama pelanggan pakej sport kat astrok...takde EPL..cukup langgan family jer
 
klo naik bayaran xtaolaa..dgn UERO lagi ni..
 
Back
Top
Log in Register