aim02Aug
Legendary Member

- Messages
- 17,610
- Joined
- Sep 5, 2011
- Messages
- 17,610
- Reaction score
- 3,278
- Points
- 261
dijangka jatuh kt mana?
nk beli flight tiket larik siap2
nk beli flight tiket larik siap2
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.


Membaca amalan mulia, bila masa kata nak jatuh baca lek lok bang...dijangka jatuh kt mana?
nk beli flight tiket larik siap2

Membaca amalan mulia, bila masa kata nak jatuh baca lek lok bang...![]()

kann bang -asal bleh smash jeMana lah tahu serpihan" serpihan sesat mampu sampai ke bumi
he3

"Kalau kena sipi itu alamatnya director ahmad nisfu nak mampos.."Sipi"...kalau kena sipi itu....
lol

Yang tu kena tanya Utusang, depa yang buh tajuk berita lagu tu..kann bang -asal bleh smash je- tula berita rempuh bumi
tu yg tanya kena rempuh area mana - nk baca tang mana plak![]()



![]()
![]()
BERITA
Kapal angkasa NASA berjaya hentam asteroid
Kapal angkasa milik NASA berjaya menghentam sebuah asteroid pada malam Isnin dalam usaha menyelamatkan Bumi satu hari nanti, lapor Agensi Anadolu.
Ujian Pengalihan Asteroid Berganda (DART) disiarkan secara langsung oleh agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS) untuk menunjukkan kepada dunia ujian pertahanan planet sekiranya bumi berdepan ancaman pelanggaran asteroid pada masa hadapan.
Pelanggaran dua objek yang disengajakan itu adalah hasil tujuh tahun penelitian, NASA membuat penyelidikan sama ada pertembungan kapal angkasa dengan asteroid secara manual mampu memesongkan trajektorinya bagi mengelakkan bencana kepada bumi.
"Wah, itu menakjubkan, bukan?" kata ketua saintis DART Nancy Chabot sejurus selepas kapal angkasa itu berjaya menghentam asteroid terbabit.
![]()
ADS
Misi DART dilancarkan November lalu dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg di California.
Pada malam Isnin, sebuah kapal angkasa dihantar ke angkasa lepas dan mensasarkan asteroid yang dipanggil Dimorphos iaitu 6.5 juta batu (10.5 juta kilometer) dari Bumi.
Kapal angkasa itu berjaya menghentam asteroid pada kelajuan 15,000 batu sejam (24,140 km sejam) dan kesan kosmik itu berjaya dirakam kamera khas dari probe angkasa Itali.
"Ini adalah demonstrasi teknologi yang sangat sukar melibatkan asteroid kecil, kami tidak pernah lihat kejadian seperti itu sebelum ini, dan melakukannya dengan cara yang begitu hebat," kata Chabot.
ADS
NASA memaklumkan matlamatnya bukan untuk memusnahkan asteroid tetapi untuk melihat sama ada laluan asteroid mampu dipesongkan secara manual supaya tidak menghentam Bumi.
Para saintis merekodkan data daripada kesan rakaman teleskop untuk melihat perbezaan dan kesan terhadap trajektori asteroid.
Menurut NASA, setakat ini tiada asteroid yang diketahui lebih besar daripada 450 kaki (137 meter) mempunyai peluang besar menghentam Bumi dalam tempoh 100 tahun akan datang.
- Bernama

