BTC USD 85,877.3 Gold USD 4,348.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Assalamualaikum

zam757

Fun Poster
Messages
867
Joined
Jan 19, 2009
Messages
867
Reaction score
1
Points
15
CARA MEMBERI SALAM YANG SALAH
Di Malaysia, ramai yang memberi ucapan salam dengan betul, malah telah membudayakan salam selaras dengan perintah Allah dan rasulNya. Namun terdapat sebahagian masyarakat termasuk kalangan ahli agama (ustaz) yang masih mengucapkan salam dengan cara yang salah. Mereka menyebut:

"Assalamu alaikum wa rahmatullahi ta'ala wa barakatuh"

Kalimat "TAALA" tidak pernah ada dalam sebutan Al Quran dan Hadits Rasulullah (saw). Menyebut demikian adalah menambah perintah Allah dan Rasulullah (saw). Baginda dalam banyak hadits-hadits telah memberi petunjuk yang cukup sempurna mengenai cara memberi salam.

Kita menyebut "Allahu Taala" atau "Subhanahu wa Taala" ketika memuja dan mengagungkan Zat Allah. Kita tidak menyebut "Rahmatullahi Taala" kerana rahmat itu pemberian Allah dan bukan ZatNya. Kita juga tidak menambah "Taala" pada sifat Allah seperti "Rahman/Rahim". Kalimat seperti Fadzlullah, Maghrifatullah, Ridzwanullah dan sebagainya tidak boleh sama sekali ditambah dengan "Taala". Jika ditambah, ia menjadi salah disegi konsep aqidah.

Menambah perkataan berlainan dalam susunan salam yang diajar Allah dan RasulNya adalah mendustakan hadits/ sunnah Rasulullah (saw). Jika ini dilakukan dengan sengaja, maka adalah dosa besar dan mesti bertaubat segera. (Hadits riwayat Bukhari dan Al Tirmizi daripada Abdullah bin 'Amru bin al 'Aas), bermaksud: "...... dan sesiapa yang sengaja membohongi aku, maka ambillah tempatnya di neraka."

Tetapi jika berlaku tanpa disedari sebagai kesalahan, maka diharap Allah mengampuninya dan memberi taufiq supaya ia dibetulkan. Dan jika ditegur, hendaklah serta merta berhenti.

Amalan salam yang salah ini, malangnya, hanya berlaku di Malaysia sahaja.

MENGAPA TERJADI SALAH?
Kebanyakan umat lslam tidak pernah belajar mengenai salam. Mereka lahir dalam masyarakat yang telah ada budaya Salam. Di sekolah-sekolah telah dibiasakan memberi salam, tetapi haqiqat bagaimana cara yang betul, tidak atau jarang sekali diajar. Salam menjadi budaya ikut-ikutan tanpa realisasi makna dan tujuananya.

Ramai kawan atau guru/ustaz yang secara tidak sedar memberi ucapan salam yang tidak selaras dengan hadits dan firman Allah, berterusan sepanjang masa dan keadaan, tanpa teguran dan pembetulan, malahan menjadi bertambah rosak apabila sebahagian ustaz/guru agama, melalui ceramah dan media-media massa terus memberi ucapan salam yang salah. Mungkin sebahagian menganggap soal ini adalah kecil sahaja, tanpa menyedari maksudnya yang suci dan mulia..

"Salam" melibatkan perintah Allah dan RasulNya, dan bersangkutan pula dengan 'aqidah, 'ibadat dan akhlak. Mengikut perintah dengan cara yang salah, mengelirukan masyarakat dan menghilangkan berkat, lantas menjadi amalan yang sia-sia.

Wallahu A'lam

 
bagus TT tapi kena tukar tajuk ler org ingat new member nak kenalkan diri...
 
Terima kasih tt, ilmu yang cukup berguna..semoga ia menjadi saham tt,insya-Allah..tt, kalau ada nas2 dan rujukan hadith tentang salam boleh letakkan di sini..
 
Last edited:
Ingatkan bagi salam perkenalan kat CG tadi....:D
Info yg berguna..thx TT
 
thanks tt..aku time blaja dulu ada ustaz kat skola dah tegur pasal mende ni..

skrg ni aku perasan ramai je imam2 kat masjid still bagi salam letak "ta'ala"..selalu perasan masa khutbah jumaat..
 
tq... Benda simple tapi selalu tak persan
 
awat nick lain macam ja nak dekat sama dah sorang tu
 
Back
Top
Log in Register