BTC USD 62,947.4 Gold USD 4,300.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Asparagine halang penularan kanser

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
image.jpg

ASPARAGUS mengandungi asparagine yang boleh menghalang pertumbuhan dan penularan sel kanser dalam badan.Bahan asas protein ini terdapat dalam makanan seperti asparagus, ayam, makanan laut


LONDON 8 Feb. - Para saintis di Universiti Cambridge mendedahkan terdapat beberapa bukti menunjukkan makanan seperti sayur asparagus boleh mengubah polar pertumbuhan dan menghalang penularan sel kanser.

Hal ini kerana asparagine yang juga boleh ditemukan dalam makanan seperti ayam dan makanan laut merupakan sejenis asid amino iaitu bahan asas untuk membina protein, menghalang penularan sel kanser.

BBC melaporkan, menerusi penyelidikan yang dilakukan terhadap tikus yang menghidap kanser payudara menunjukkan tumor tersebut semakin besar dan merebak jika tidak mengambil nutrien asparagine.

Ketua penyelidik, Prof. Greg Hannon berkata, kebiasaannya tikus yang menghidap kanser payudara jenis agresif akan mati dalam tempoh beberapa minggu.

Namun, apabila tikus berkenaan diberikan diet rendah asparagine, tumor tersebut dilihat sukar untuk membesar atau merebak.

Sehubungan itu, Hannon melahirkan harapan untuk membangunkan kajian terhadap makanan bagi meningkatkan kemampuan rawatan kanser.

“Kami lihat terdapat banyak bukti yang boleh mengaitkan kanser dengan komponen diet tertentu.

“Pada masa akan datang, mengubah diet pemakanan pesakit atau menggunakan ubat yang boleh mempengaruhi sel kanser memperoleh nutrien berkenaan diharap meningkatkan keberkesanan rawatan kanser,” ujarnya.








sumber: http://www.utusan.com.my/berita/lua...alang-penularan-kanser-1.605522#ixzz56xBchEeC





.
 
Back
Top
Log in Register