BTC USD 61,989.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ASM - Amanah Saham Malaysia

stanwhisky

Freshie
Messages
3
Joined
Sep 23, 2007
Messages
3
Reaction score
0
Points
3
Dear all,

Lebih kurang 2 bulan yang lalu, ASM ada units boleh beli kat Malaysian Local Bank. Boleh saya tanya sikit sesiapa tahu or ada ASM punya performance dan anual return macam percentage return utk 5 - 6 tahun?

Ada orang tahu ASW2020, tetapi sesiapa tahu utk ASM?

Thanks for sharing.

Stan
 
ade sesape leh jawap pertanyaan saudara kite ni? :D
 
soalan macam dah berabad.. tapi jawapan tak muncul muncul...
 
Both ASM and ASW are fixed-priced equity funds open to all Malaysians aged six months and above. However as for before, 51% of the ASW 2020 units will reserved for Bumiputra investors with the balance available to non-Bumiputras. ASM has no bumiputra quota.

ASM was launched in April 2000 with an initial fund size of two billion units, and has twice offered additional units since then. As at March 6, ASM fund stood at 4.2 billion units. ASW, the first fund open to all Malaysians, was launched in 1996 with an initial fund size of three billion units. It launched another one billion units last year, which saw the 49% non-bumiputera units fully taken up in less than half an hour.

As for the distribution rate, ASM declared a distribution of 6.8 sen and 7.1 sen per unit for 2006 and 2005 respectively, whereas ASW 2020 declared 6.75 sen and 7.2 sen per unit for 2006 and 2005 respectively. So this gives a rough indicator the type of return that can be expected from both funds.

Also, PNB has announced that it is planning to allocate up to 30% of its assets under management into overseas investments going forward. This will provide for greater diversification, and perhaps even higher returns for ASM and ASW investors.

Good luck — hope everyone gets a fair go this time around!

Chapter from mywealthplanner

#hanya kedua2 produk ASM & ASW boleh dilabur oleh bukan bumiputra pulangannya lebih lumayan dr fd.ttp biasanya bila dana baru dibuka ia akan habis kurang dr 3 jam ia dibuka,ia bole di beli melalui kaunter PNB ataupun agen2 nya..

more info visit www.pnb.com.my
 
ASM ni bukan unit trust product ker? Aku rasa cam unit trust product..
 
1.6b ASM bertukar tangan?

Petikan Utusan Online
ARKIB : 11/07/2009
1.6b ASM bertukar tangan?

Oleh WAN NAJIB WAN DAUD
[email protected]

KUALA LUMPUR 10 Julai - Sikap suka bertangguh dalam melabur kini menyaksikan 1.6 bilion unit amanah Amanah Saham Malaysia (ASM) yang diperuntukan kepada bumiputera akan dijual kepada kaum lain.

Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (gambar) hari ini sekali lagi mengulangi kenyataannya kerana jualan ASM itu gagal mendapat sambutan.

Katanya, ASM yang mempunyai saiz 3.3 bilion unit, telah habis dijual untuk kuota kaum Cina manakala bagi India pula sehingga kini kuota mereka semakin habis dilanggani.

"Cuma yang tinggal adalah peruntukan Bumiputera sahaja dan jika ia tidak dapat dijual PNB mengambil keputusan untuk menjual kuota Bumiputera kepada kaum lain,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Buku Sajak 30 Tahun PNB yang dilancarkan oleh Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, di sini hari ini.

Menurut Hamad Kama, terdapat enam bilion baki unit saham amanah Permodalan Nasional Bhd. (PNB) yang diperuntukkan untuk Bumiputera masih lagi boleh dilanggan.

Katanya, antara baki saham amanah untuk Bumiputera yang masih boleh dilanggan ialah Amanah Saham Wawasan, Amanah Saham Didik, Amanah Saham Nasional dan Amanah Saham Nasional 2.

Manakala, Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang dananya terbuka adalah terhad kepada 200,000 unit bagi setiap pelabur.

"PNB masih mengharapkan agar Bumiputera mengambil kesempatan terhadap baki yang tinggal untuk melabur," katanya.

Hamad Kama berkata, setakat ini peluang untuk bumiputera melabur masih lagi terbuka dan berharap peluang itu segera diambil berdasarkan pulangan yang diberikan adalah kompetetif berbanding pelaburan dalam dana lain.

Dalam pada itu katanya, PNB tidak menafikan akan memperkenalkan dana-dana baru pada masa depan namun ia bergantung kepada keperluan dan kesesuaian.

"Kita tengok dari segi keperluan dan ia akan diumumkan apabila kita merasakan dana baru perlu diperkenalkan kepada umum nanti," katanya ketika merujuk kepada satu laporan akhbar yang menyatakan PNB akan memperkenalkan dana baru tidak lama lagi.

Hamad Kama berkata, pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum satu-satu dana itu diperkenalkan kerana ketika ini masyarakat lebih berminat kepada dana-dana yang berharga tetap.

Beliau berkata, sehingga kini Bumiputera telah melabur dalam semua unit amanah PNB sebanyak 77 bilion dan angka itu jika dilihat merupakan satu peningkatan positif.

Bagaimanapun katanya, angka itu boleh meningkat lagi jika kesedaran pelabur Bumiputera terhadap dana-dana PNB yang dilihat berdaya saing dan menawarkan pulangan tinggi berbanding instrumen pelaburan lain di negara ini.
 
ASM: Jangan jual kuota bumi

Petikan Utusan Online 13/7/09
ASM: Jangan jual kuota bumi

Oleh ainul asniera ahsan
[email protected]

KUALA LUMPUR 12 Julai - Permodalan Nasional Berhad (PNB) didesak supaya tidak mengambil jalan singkat menjual unit Amanah Saham Malaysia (ASM) kuota bumiputera yang masih gagal dilanggani kepada pelabur bukan bumiputera.

Tindakan itu bukan hanya tidak membantu penyertaan bumiputera dalam industri unit amanah saham tetapi bakal meluaskan lagi jurang pemilikan ekuiti kaum bumiputera dengan kaum-kaum lain di negara ini.

Sebaliknya, PNB disaran lebih kreatif termasuk menggunakan pengaruh 'paksaan' bagi menarik penyertaan bumiputera melanggan unit-unit yang ditawarkan.

Pakar ekonomi, Dr. Hamzaid Yahya mempersoalkan tindakan PNB itu sambil mendakwa tindakan itu sudah menyimpang daripada matlamat asal penubuhan firma pelaburan terkemuka itu.

Menurut beliau, PNB ditubuhkan di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan tujuan untuk meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera dan meskipun DEB sudah tiada tetapi rohnya masih kuat khususnya bagi kaum Melayu.

''Cadangan PNB ini bukan sahaja tidak membantu tetapi melebarkan lagi jurang pemilikan ekuiti kaum Melayu dengan kaum-kaum lain.

''Saya tidak nampak PNB akan mengalami kerugian sekiranya kuota ASM untuk bumiputera masih gagal dihabiskan.

''Dan, situasi ini juga menunjukkan PNB masih belum cukup berjaya untuk menarik penyertaan kaum bumiputera melabur,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman kelmarin bahawa PNB akan menjual kuota bumiputera bagi unit ASM kepada kaum lain sekiranya dana itu masih tidak mendapat sambutan di kalangan bumiputera.

ASM yang mempunyai saiz dana 3.3 bilion unit menyaksikan kuota kaum Cina habis dilanggan sepenuhnya manakala kuota India pula semakin hampir dilanggani sepenuhnya.

Hamzaid bimbang sekiranya kuota unit ASM itu mula dibuka kepada semua, tidak mustahil pendekatan yang sama akan digunapakai kepada unit-unit amanah lain juga.

Hamad Kama Piah juga berkata, selain ASM, terdapat dana lain seperti unit Amanah Saham Wawasan 2020, Amanah Saham Didik, Amanah Saham Nasional dan Amanah Saham Nasional 2 yang masih lagi belum habis dilanggani bumiputera.

Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia), Datuk Salleh Majid yang tidak menyetujui langsung langkah itu, berkata PNB tidak seharusnya ketandusan idea untuk menarik penyertaan bumiputera melanggan unit-unit amanah yang dijualnya.

Jelasnya, sebagai sebuah firma yang gah, PNB tidak boleh sekadar menjual produk tetapi juga perlu mempunyai kepakaran memasarkan produk-produknya khusus kepada golongan bumiputera.

''PNB tidak boleh berterusan mengguna pakai pendekatan yang berhati-hati kerana tindakan seumpama itu tidak membantu meningkatkan kefahaman atau menarik penyertaan kaum bumiputera.

''Sebab itulah, kaum bumiputera masih kurang memahami industri unit amanah dan apabila pemahaman kurang, inilah yang terjadi (kurang penyertaan bumiputera),'' jelas beliau.

Penganalisis ekonomi tempatan, Profesor Madya Dr. Mohd. Noor Yazid juga tidak setuju dengan pendekatan yang bakal diambil PNB kerana dianggap sebagai liberal dan mampu menjejaskan matlamat asal penubuhannya.

Katanya, PNB yang kini berusia 30 tahun sepatutnya mengakui hakikat bahawa kaum bumiputera masih lagi terkebelakang dalam aspek kuasa beli kerana bangsa itu bukan pemain utama dalam ekonomi negara.

''Dalam konteks sebagai sebuah negara berbilang bangsa memang menjadi satu keperluan memperuntukan kuota-kuota khusus bagi setiap bangsanya.

''Dan kuota itu perlu dihormati termasuklah dalam konteks isu ini,'' ujar beliau.

Sementara itu, penganalisis ekonomi, Haim Hilman Abdullah pula berpendapat, biarpun masih terdapat dana-dana amanahnya yang lain, cadangan PNB itu seolah-olah meminggirkan kepentingan hak bumiputera.

Jelasnya, meskipun tindakan itu baik untuk pertumbuhan ekonomi negara bagi jangka pendek tetapi langkah itu seperti menarik balik keistimewaan orang Melayu.

''Dalam memacu ekonomi negara, memang perlu dasar liberalisasi tetapi sekiranya terlalu liberal dalam semua aspek ekonomi, ia akan memberi ancaman kepada kaum bumiputera sebagai kaum majoriti,'' tambahnya.

Haim Hilman berkata, sepatutnya kegagalan PNB menjual apa sahaja produk bagi kuota bumiputera tidak timbul sekiranya PNB mengubah strategi pelaburannya dengan membuka penyertaan kepada entiti yang dikuasai oleh bumiputera.

''Ia tidak setakat kepada Syarikat Milik Kerajaan tetapi juga koperasi, majlis zakat dan pertubuhan milik bumiputera.

''Mungkin dengan cara ini lebih baik daripada tertumpu kepada individu sahaja," katanya.

p/s: Kuota ASB pun x dapat penuh...Jgn citer pasal 1Malaysia lagi..Bumi ni lebih minat SkimCepatKaya via kaedah Personal Loan je..:-?
 
Petikan BH 15//7/09
PNB tawar 1.6bilion unit tambahan ASM mulai Selasa

KUALA LUMPUR: Perbadanan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan tawaran 1.6 bilion unit tambahan Amanah Saham Malaysia (ASM) yang dibuka untuk langganan kepada semua rakyat Malaysia bermula 21 Julai.

Had pelaburan maksimum sebanyak 20,000 unit dikenakan untuk setiap pemegang akaun selama tujuh hari sehingga 27 Julai depan.

Jualan untuk unit tambahan itu berdasarkan 'siapa cepat dia dapat', kata Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, di sini, hari ini.
p/s: pasti licin disapu dek non bumi...
 
Back
Top
Log in Register