kakigossip
Active+ Member
- Messages
- 3,067
- Joined
- Apr 21, 2011
- Messages
- 3,067
- Reaction score
- 40
- Points
- 40
Aslam akui tinggal berasingan dengan Marissa
ASLAM dan Marissa hadir ke mahkamah bagi prosiding permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk. - Foto SHIDDIEQIN ZON
"Aslam akui tinggal berasingan dengan Marissa" KUALA LUMPUR – Suami kepada pempengaruh kontroversi Marissa Dania Hakim, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid mengakui kini tinggal berasingan selain menunggu keputusan daripada pihak mahkamah berhubung status rumah tangga mereka, hari ini.
Aslam atau nama sebenarnya Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid 27, ketika ditemui media di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pagi tadi tampil memberikan jawapan ringkas berhubung dakwaan tersebut.
“Ya betul. Saya pun tak tahu lagi sekarang, kita tunggu keputusan daripada pihak mahkamah,” katanya kepada Kosmo! Online.
Terdahulu, Aslam dilihat tiba di mahkamah sekitar pukul 9.30 pagi, hadir berasingan dengan isterinya, Marissa, 21, bagi prosiding permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk.
Marissa yang tampil anggun dalam busana rona merah jambu belacan bagaimanapun memilih untuk mengunci mulut sepanjang prosiding berlangsung, namun riak wajahnya jelas menzahirkan kesedihan.
Mereka ditemani peguam syarie, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri yang mewakili Aslam.
Sebelum ini, Muhammad Ammar dilapor berkata anak guamnya memfailkan pengesahan lafaz cerai dan rujuk pada 10 Mac lalu.
Muhammad Ammar Yaser dilapor berkata, Aslam melafazkan lafaz cerai dan rujuk terhadap isteri keduanya itu sebanyak dua kali, iaitu pada September 2024 dan rujuk pada bulan sama.
Aslam kemudian melafazkan cerai buat kali kedua pada April tahun lalu dan pasangan itu difahamkan kembali rujuk, dua bulan kemudian.
Muhammad Ammar juga dilapor berkata anak guamnya memfailkan pengesahan lafaz cerai dan rujuk pada 10 Mac lalu.
==============================
Alaaa adik Marissa, sabar je lah... suka2 nak rujuk cerai dua kali. Kat IG posing ceria je, hmmm dunia online ni memang buat malas2 nak percaya. Drama betul diorang ni.
Aslam akui tinggal berasingan dengan Marissa
Suami kepada pempengaruh kontroversi Marissa Dania Hakim, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid mengakui kini tinggal berasingan selain menunggu keputusan daripada pihak mahkamah berhubung status rumah tangga mereka, hari ini.
www.kosmo.com.my